Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 8, 2026 @ 8:06pm

“Order Barang Saya, Tapi Yang Sampai Kertas” – Risau Ramai Kena Scam Video AI Palsu, Aliff Syukri Lancar Kempen Jualan Baharu

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan kebimbangan apabila wajah dan identitinya kini antara yang paling kerap disalahgunakan oleh sindiket penipuan di media sosial.

Menurut Aliff, situasi tersebut menjadi semakin membimbangkan apabila scammer kini menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan video dan audio palsu yang menyerupai dirinya.

“Muka saya memang antara yang paling banyak digunakan untuk tujuan scam di media sosial. Sekarang lagi bahaya sebab mereka sudah mula guna AI untuk tiru suara dan wajah saya dengan sangat realistik.

“Mereka buat video seolah-olah saya sendiri yang bercakap dan mengajak orang beli produk tertentu, padahal semuanya palsu. Saya risau ramai orang terutama golongan yang kurang faham teknologi akan mudah terpedaya,” katanya.

Tambah pelakon filem Badang ini, dia mengambil keputusan untuk tampil memberi penjelasan kerana tidak mahu lebih ramai peminat menjadi mangsa penipuan.

“Saya bukan cakap benda ini untuk publisiti. Saya cuma mahu orang lebih berhati-hati dan hanya membeli melalui platform rasmi sahaja.

“Kalau tengok iklan terlalu bagus sampai tak masuk akal, kena semak betul-betul dulu. Ada yang sanggup gunakan nama dan muka saya untuk tipu orang,” katanya lagi.

Menurut suami kepada Datin Seri Nur Shahida ini, ada mangsa yang terpedaya selepas melihat iklan palsu menggunakan teknologi AI sebelum menerima barang yang langsung tidak sama seperti dijanjikan.

“Ada yang beli sebab nampak muka saya dalam video AI. Bila barang sampai, bukan produk sebenar pun. Ada yang dapat kertas, lampin bayi dan macam-macam lagi.

“Paling teruk bila ada yang gunakan nama saya untuk cabutan bertuah palsu dan minta deposit ratusan ringgit. Saya sudah buat laporan polis, tetapi bila melibatkan sindiket luar negara seperti Vietnam dan China, agak sukar untuk diambil tindakan,” katanya.

Dalam masa sama, Aliff turut mengumumkan kerjasama pertama antara Dherbs Holdings dan GNI Pharma menerusi kempen Jualan Mega Terlajak Raya Aidiladha yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM300,000.

Menurut Aliff, kempen tersebut bukan sahaja sempena sambutan Aidiladha, malah sebagai usaha memastikan pelanggan membeli menerusi saluran rasmi yang selamat.

“Daripada orang tertipu dengan scammer, lebih baik sertai kempen rasmi ini. Saya mahu kongsi rezeki dengan pelanggan yang sentiasa menyokong saya selama ini.

“Belum pernah lagi kami tawarkan hadiah sebesar ini. Ada hadiah tunai, pakej umrah dan juga percutian,” ujarnya.

Kempen yang berlangsung dari 21 hingga 25 Mei itu turut memperkenalkan produk baharu Sabun Blue Peptide yang dihasilkan khusus untuk golongan berusia 30 tahun ke atas.

Menurut Aliff, produk tersebut diformulasikan untuk membantu penjagaan kulit badan terutama bagi mereka yang berdepan masalah kulit kusam, kering dan kurang anjal apabila usia semakin meningkat.

“Blue Peptide ini bukan sabun biasa. Ia membantu menyokong keanjalan kulit dan kolagen supaya kulit nampak lebih sihat dan segar.

“Sebab itu saya anggap ia sebagai produk penjagaan kulit badan premium dengan formulasi yang lebih berkualiti,” katanya.

Antara hadiah yang ditawarkan menerusi kempen tersebut termasuk RM100,000 tunai untuk seorang pemenang utama, hadiah pembeli terpantas, pakej umrah bersama Aliff serta pakej percutian.

Pelanggan boleh menyertai kempen dengan mendaftar menerusi waiting list dan membuat pembelian melalui pautan rasmi yang akan diberikan dalam saluran WhatsApp rasmi kempen.

Dalam pada itu, Aliff turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat transaksi menerusi akaun peribadi atau pautan tidak rasmi.

“Kalau bukan daripada media sosial rasmi saya atau GNI Pharma, jangan mudah percaya. Pembelian yang sah hanya melalui pautan rasmi yang diberikan dalam WhatsApp channel rasmi kami,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 27 Jan 2019

Teguran Tak Diendah, Datuk Red Luah Rasa Kecewa

Kita manusia sudah mencuba segala terdaya tapi apa kam daya hanya Allah sahaja tempat mengadu. Ya Allah, ampuni dosa aku…

Hiburan Sun, 21 Jul 2019
Hiburan Fri, 5 Apr 2019

詹雪琳首推中文流行音产业书!教你如何用音乐找饭吃

Serene詹雪琳推出全球首本中文流行音乐产业书,教你如何用音乐找饭吃!

Trending Thu, 22 Aug 2019
Trending Wed, 6 Jul 2022

Mira Filzah Sedih Berjauhan Dengan Anak, Bakal Bekerjasama Dengan Neelofa

Mira Filzah sukar berjauhan dengan anak, kongsi bakal bekerjasama dengan Neelofa.

Hiburan Mon, 6 May 2019

‘ Saya Mula Suka Dengan Dia Sejak Minggu Pertama’- Juara Lagu Cinta Kita Tidak Tolak Jodoh Bersama!

Kalau bertemu jodoh pun apa salahnya kan, dua-dua pun single lagi!

Featured Wed, 28 Dec 2022
error: Content is protected !!