Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 11, 2026 @ 1:08pm

“Expect Saya Pakai Jubah Ke?” – Terkilan Niat Ikhlas Dipersoal, Nabila Huda Kecewa Bisnes Pasta Dikecam

Pelakon versatil, Nabila Huda tampil memberi penjelasan susulan kritikan segelintir pihak terhadap cara penyediaan makanan ketika mengadakan jelajah kecil menjual pes pasta homemade miliknya, Amora in Cucina.

Menerusi perkongsian panjang di platform Threads, Nabila atau mesra disapa Abil berkata perniagaan itu hanyalah projek kecil yang dilakukan atas dasar minat dan mahu bertemu peminat, bukannya sebuah perniagaan besar seperti yang disangka ramai.

Menurutnya, Amora in Cucina bukan restoran mahupun festival makanan yang mempunyai pasukan besar, sebaliknya sekadar konsep ‘homecook’ yang berkongsi masakan dengan orang ramai.

“Tour ni pun honestly bukan niat utama untuk buat duit. Selama 42 tahun hidup ni, kerjaya sebagai pelakon tetap nombor satu dalam hidup saya.

“Yang ini cuma sesuatu yang menyeronokkan dan ikhlas dari hati sebab saya nak travel, jumpa supporters dan bagi mereka rasa masakan saya sendiri,” katanya.

Nabila turut menjelaskan setiap lokasi jelajah hanya menyediakan sekitar 50 hidangan pasta dan 150 hingga 200 botol sos sahaja, sekali gus menjadikan jualannya cepat habis kerana konsepnya yang terhad dan dibuat secara kecil-kecilan.

Katanya lagi, keuntungan yang diperoleh juga tidak besar kerana banyak kos perlu ditanggung termasuk minyak, tol, hotel, bahan dapur dan sewaan karavan.

“Sewa caravan empat hari sahaja sudah RM2,700. Honestly semua tu dah lebih daripada hasil jualan pasta tu.

“Tapi saya buat sebab happy tengok orang datang support, datang makan dan borak. Yang peliknya kenapa ramai sangat nak cari salah sampai pemakaian pun jadi isu,” katanya.

Dalam masa sama, aktres filem Libang Libu itu mengakui sedih apabila usaha kecil yang dilakukan dengan ikhlas bertukar menjadi bahan kecaman netizen.

“Saya bukan buka restoran fine dining pun. Saya cuma buat small pop up, masak sendiri, drive sendiri all the way dan tak expect langsung orang support seramai ni.

“Kadang sedih juga bila benda yang dibuat dengan ikhlas dan happy-happy bertukar jadi benda orang nak kecam every single thing,” katanya.

Malah, Nabila turut menegaskan dirinya bukan seorang yang hipokrit semata-mata mahu meraih perhatian atau pujian orang ramai.

“Saya bukan seorang yang hipokrit. I don’t need to fake myself nampak baik, sopan, lemah lembut konon untuk buat orang sayang dan puji.

“Kalau effort kecil saya ni pun orang salah anggap macam-macam, honestly rasa macam better stop this tour dan jual online saja,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 23 Mar 2022
Filem Wed, 20 May 2026

Remy Ishak Lebih Peka Soal Kesihatan – “Kalau Tiba-Tiba Jatuh Sakit, Siapa Nak Jaga Keluarga?”

Remy Ishak mengakui faktor usia membuatkan dirinya kini lebih peka terhadap soal kesihatan dan gaya hidup selepas pernah mengalami masalah akibat kurang rehat serta terlalu memaksa diri bekerja.

Hiburan Fri, 21 Sep 2018

‘Kerana Hati, Sudah Dimiliki’, Elfira Loy Mengaku Dah Bertunang

Saya berkongsi sekeping foto pada majlis istimewa yang berlaku tahun ini. Saya sangat gembira, terharu dan tersentuh. Tahniah, El & pasangan!

Hiburan Tue, 7 Oct 2025

Belum Hamil, Janna Nick Dedah Wajah Sembab & Badan Naik Akibat Jalani Dua Rawatan Dapatkan Zuriat

Janna Nick perjelas badan naik dan wajah sembab sebab cucuk hormon kehamilan

Trending Wed, 20 Nov 2019

Check Your Ingredients Now Because Your Sunscreen May Potentially Deteriorate Coral Reefs

You use sunscreen to protect your skin, but did you know that it doesn’t protect the coral reef?

Hiburan Wed, 7 Feb 2024
Featured Mon, 17 Nov 2025

“Kepada Haters Teruskan Membitter & Membusuk”- Intan Najuwa

Lebih memeranjatkan terdapat segelintir dalam kalangan netizen  yang sanggup mereka cerita semata-mata mahu menjatuhkannya.

error: Content is protected !!