Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 11, 2026 @ 1:42pm

Intan Najuwa Akui Tak Sanggup ‘Giveaway’ Baju Anak, Mahu Simpan Sebagai Kenangan – “Nilai Sentimental Itu Terlalu Besar”

Pelakon, Intan Najuwa menjelaskan sebab dia enggan menjual atau membuat giveaway pakaian milik anak sulungnya, Imane Lunara meskipun menerima banyak mesej daripada netizen yang mempersoalkan tindakannya itu.

Menurut Intan atau nama lengkapnya, Intan Najuwa Abdul Wahid, 29, ramai tidak memahami setiap pakaian bayi yang disimpan mempunyai nilai sentimental tersendiri buat dirinya sebagai seorang ibu.

“Alamak, banyak juga DM saya dapat marah sebab tak nak preloved dan giveaway baju-baju Inara.

“Ramai ibu akan faham perasaan ini dan tahu apa yang saya cuba sampaikan,” katanya menerusi Instagram Story miliknya.

Tambah aktres drama rantaian Racun Rihanna ini, keputusan menyimpan pakaian anak bukan disebabkan soal wang sebaliknya ia berkait rapat dengan kenangan sepanjang membesarkan Lunara.

“Ia bukan tentang duit. Ia tentang memori, usaha, masa dan saya sanggup pergi merata tempat semata-mata nak pilih setiap pakaian untuk anak dengan penuh rasa teruja dan kasih sayang.

“Setiap outfit ada memori berbeza untuk saya. Sebab itu saya tak sanggup lepaskan kerana nilai sentimental itu terlalu besar,” ujarnya.

Dalam pada itu, Intan berkata ada pakaian yang mengingatkannya pada momen awal kelahiran Lunara selain detik-detik yang tidak mungkin dapat diulang semula.

“Mungkin bagi orang lain ia cuma pakaian, tetapi bagi saya ia adalah sebahagian daripada perjalanan menjadi seorang ibu dan kenangan yang saya mahu simpan selamanya,” katanya.

Artikel Berkaitan: “Jika Ada Rezeki, Mungkin Tiga Orang Anak” – Intan Najuwa Tak Rancang Keluarga

Artikel Berkaitan: “Saya Memang Ibu Tegas” – Intan Najuwa Akui Garang Demi Didik Lunara, Elak Terlalu Manja

Artikel Berkaitan: Jarak Kehamilan Dipersoal, Intan Najuwa Perjelas ‘Bersedia’ Untuk Kehamilan Kali Kedua 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 14 Dec 2018
Hiburan Thu, 25 Jul 2019

Tahniah…Ammar Drama Band Selamat Bergelar Bapa!

Ammar Habir memaklumkan isterinya, Sheila Abdul selamat melahirkan bayi perempuan, Ahad lalu.

Trending Mon, 25 Mar 2019
Featured Mon, 21 Feb 2022
Hiburan Mon, 5 Aug 2019

‘Tak Sempat Nak Zip Seluar Tiba-Tiba…’- Aliff Syukri Kongsi Pengalaman Cemas!

Bayangkan staff dan team abang menjerit datuk datuk-datuk…

error: Content is protected !!