Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 13, 2026 @ 8:35pm

Watak Gadis Malang Teraniaya Beri Kesan Besar, Trisha Ooi Ambil Masa 2 Minggu ‘Buang’ Karakter

Membawakan watak seorang gadis malang yang melalui pelbagai derita, aktres Trisha Ooi mendedahkan dia mengambil masa hampir dua minggu untuk memulihkan emosi dan kembali kepada kehidupan normal.

Menjayakan karakter Balqis dalam filem seram Nar’sata: Sekutu Setan, pemilik nama sebenar Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi, 27, itu mengakui watak yang dijayakan sarat dengan trauma dan memberi kesan mendalam terhadap emosi sehingga mempengaruhi rutin harian selepas penggambaran tamat.

“Sepanjang penggambaran semuanya berjalan lancar dan saya tidak mengalami sebarang kecederaan. Tetapi cabaran sebenar datang selepas selesai penggambaran sebab saya susah hendak lepaskan watak Balqis.

“Saya ambil masa lebih kurang dua minggu untuk kembali seperti biasa. Watak itu terlalu berat sampai ada masa saya menangis sebelum masuk set,” katanya kepada XTRA.

Trisha ditemui pada malam gala dan sidang media filem Nar’sata: Sekutu Setan di TGV Sunway Pyramid, malam tadi.

Selain Trisha, filem arahan Pierre Andre itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Mawar Rashid, Khatijah Tan, Wan Hanafi Su, Aniq Suhair, Fadlan Hazim dan Imranul Effendy.

Tambah Trisha, sepanjang tempoh tersebut dia menjadi lebih pendiam selain kurang berinteraksi dengan orang sekeliling.

“Saya rasa susah hendak berbual macam biasa dan lebih suka bersendirian. Pada mulanya saya sendiri tak sedar perubahan itu sehinggalah pengurus yang tegur.

“Makan pun jadi kurang dan waktu tidur saya juga tak menentu,” kata pemenang trofi Pelakon Wanita Harapan Festival Filem Malaysia 33 itu.

Bagaimanapun, gadis kacukan Melayu dan Cina ini berkata, keadaan tersebut mula berubah selepas pengurusnya meminta dia mengurangkan masa bersendirian dan lebih banyak meluangkan masa bersama orang lain.

“Bila pengurus nampak saya banyak diam, dia mula tanya apa yang berlaku. Dari situ saya cuba keluar makan dan elakkan duduk seorang diri terlalu lama di rumah,” katanya.

Nar’sata: Sekutu Setan bakal menemui penonton di pawagam bermula 21 Mei ini dengan mengetengahkan kisah Balqis, seorang wanita yang hidupnya musnah selepas menjadi mangsa kekejaman sekumpulan lelaki sebelum diselamatkan seorang nenek tua yang akhirnya mengubah seluruh jalan hidupnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 14 Dec 2018
Hiburan Fri, 7 Dec 2018

Che Ta Mengaku Seronok Bila Dapat Melaram

Kami memang suka melawa, qasa seqonok, qasa enjoy qasa puaih tak qasa panaih, tak qasa bersusah payah pun…

Trending Fri, 2 Aug 2019
Featured Mon, 20 May 2024
Events Fri, 3 Oct 2025

“Dalam Keadaan Sekarang Pun Masih Mencari Salah, Bukan Calang Orang Mampu Terlibat Dalam Misi Kemanusiaan” – Betty Rahmad

Kata Betty, ini bukan masanya untuk mana-mana pihak bertelagah khasnya dalam isu misi kemanusiaan.

Featured Sat, 28 Jun 2025

Kehilangan 2 Rakan, Tam Spider Akui Masih Ralat… Bangkit Dengan Konsert Berskala Besar

Kehilangan dua anggota Spider membuatkan Tam masih berasa ralat.

Hiburan Fri, 10 Nov 2017

大马演员钟玉芳入围《亚洲电视大奖》戏剧类最佳女主角

2017年《第22届亚洲电视大奖》在日前宣布入围名单,本地艺人钟玉芳凭都市奇幻剧《美丽新世界》里的第一单元《乌鸦》中饰演的母亲一角,成功入围戏剧类最佳女主角奖项。

Hiburan Wed, 2 Aug 2023

Anak-Anak Sumber Kekuatan, Almy Nadia Harap Karya Sulung Fizz Fairuz Dapat Sambutan – “Saya Tahu Segala Peritnya”

Alhamdulillah, min suka tengok relationship Datin Almy dengan Datuk Fizz 🥰

error: Content is protected !!