Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 20, 2026 @ 11:57am

Adam Shahz Tolak Tawaran Watak Utama, Hampir Terjerat Sisi Gelap Industri Hiburan – “Dia Suruh Datang Rumah…”

Pelakon Adam Shahz mendedahkan dirinya juga pernah berdepan pengalaman hitam dalam industri hiburan seperti dikongsikan aktres Zara Zya sebelum ini.

Menerusi ciapan di platform Threads, Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani berkata, pelakon lelaki juga tidak terkecuali menjadi mangsa situasi tidak menyenangkan dalam industri.

“Bukan perempuan saja, lelaki pun sama. Ada saja kawan-kawan lelaki yang mengadu nasib,” katanya.

Menurut Adam, dia sendiri pernah menerima tawaran watak utama, namun diminta menghadiri pertemuan di sebuah rumah bagi tujuan perbincangan dan urusan tertentu.

“Aku sendiri pernah mengalami. Ditawarkan watak utama, diminta datang ke rumah untuk perbincangan dan ‘dealing’.

“Masa itu dah tak sedap hati, dan aku tolak.

“Sampai ke hari ini tak pernah ‘shoot’ dengan produksi itu,” katanya.

Adam berkongsi perkara itu ketika membalas video temu bual Zara bersama Nona TV3 yang menceritakan detik dirinya hampir menjadi ‘perangkap’ individu kenamaan (VVIP) di sebuah bilik hotel.

Sebelum ini, Zara mendedahkan dia pernah berdepan situasi mencurigakan apabila diminta menghadiri pertemuan bersama seorang individu berpengaruh atas urusan kerja, namun bertindak mengelak selepas menyedari keadaan tidak selamat.

Artikel Berkaitan: “Suruh Saya Buka Baju” – Zara Zya Dedah Pernah Jadi Mangsa Gangguan Dalam Industri Hiburan, Hampir ‘Diperangkap’ VVIP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 19 Aug 2019

Enraged Fans Started #TreatLuaBetter After Weki Meki’s Recent Comeback

Fans felt betrayed when Lua, one of the 8-member girl group Weki Meki received unfair treatment.

Hiburan Mon, 14 Jan 2019

Tersalah Muatnaik Foto, Neelofa Mohon Maaf

Jangan kecoh-kecohkan keadaan, Lofa dah minta maaf tu…

Hiburan Wed, 29 Nov 2023
Hiburan Sat, 10 Aug 2019

Iqram Dinzly Buat Hal Lagi?

Apa pula kali ini?

Featured Tue, 2 Mar 2021

Pergerakan Rentas Daerah Kecuali Di Sabah Dibenarkan Mulai…

Dalam sidang media Majlis Keselamtan Negeri hari ini, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan pergerakan rentas daerah  dibenarkan mulai 5 Mac ini kecuali di Sabah. Manakala bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di 4 […]

Hiburan Sun, 23 Sep 2018

Anytime! Lisa Surihani Dah Siap Sedia

Kata pelakon berusia 32 tahun ini, dia dan suami mementingkan soal pendidikan anak-anak kerana ia membabitkan kos yang mahal sekarang.

Featured Thu, 18 Mar 2021
Trending Tue, 9 Jul 2019

“Peguambela Tertuduh Sangat Berprofil Tinggi “-Terbela Atau Tidak Kematian Zulfarhan?

Dikatakan berprofil tinggi dan “mahal”, siapa peguambela tertuduh?

error: Content is protected !!