Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 22, 2026 @ 4:13pm

“Selalu Mengaku Ada Boyfriend, Supaya Selamat Daripada Buaya Darat” – Anzalna Nasir Bersuara Isu Selebriti Diganggu VIP

Pelakon, Anzalna Nasir tampil bersuara mengenai isu segelintir selebriti yang pernah berdepan gangguan orang kenamaan atau VIP dalam industri hiburan.

Menerusi perkongsian di platform Threads miliknya, Anzalna mengakui perkara itu bukan sesuatu yang asing, khususnya buat wanita yang memiliki rupa paras dan bentuk tubuh menarik, tidak kira dalam bidang pekerjaan apa sekalipun.

“Terbaca kisah kawan-kawan selebriti yang diganggu VIP. Sebenarnya kalau awak ada rupa atau tak ada rupa sekalipun tapi bentuk badan menarik memang akan sentiasa ada VIP atau suami orang yang cuba mendekati. Tak kisahlah kerja apa pun,” katanya.

Susulan itu, Anzalna mendedahkan caranya menjaga keselamatan diri daripada tidak diganggu VIP atau individu berstatus suami orang adalah dengan sentiasa memberitahu dirinya sudah mempunyai teman lelaki.

“Sepanjang saya jadi pelakon, saya memang pilih untuk ada teman lelaki sebab sekurangnya orang tak berani nak kacau sangat.

“Memang merata saya cakap saya dah ada kekasih, sampai pernah dipersoalkan ‘ tak takut ke nanti tak terkenal sebab dah ada teman lelaki?’. Saya tak kisah pun.

“Yang penting saya tahu saya selamat daripada buaya darat. Sampai ke mana-mana pun saya akan bawa Hanif sekali demi keselamatan diri. Dan sekarang, teman lelaki itu jadi suami saya. My one and only,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap Anzalna yang pandai menjaga kehormatan diri agar tidak terperangkap dengan ‘sisi gelap’ industri hiburan.

Artikel Berkaitan: “Suruh Saya Buka Baju” – Zara Zya Dedah Pernah Jadi Mangsa Gangguan Dalam Industri Hiburan, Hampir ‘Diperangkap’ VVIP

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 25 Feb 2019
Featured Sat, 28 Jun 2025
Hiburan Wed, 12 Sep 2018

Lepas Bobo Di Mana, Aliff Syukri Nyanyi Lagu Nasyid Pula?

Shahida turut memberitahu suaminya memang tahu suara dia tak berapa nak sedap tapi sebab suka nak jadi artis, beliau usahakanlah dia jadi artis nasyid. Korang sokong dan setuju tak?

Trending Thu, 16 May 2019

Alahai…Gambar Skandal Keempat Pula Tersebar

Kata wanita yang menggunakan nama akaun Mei Fina di Instagram, dia mengingatkan netizen agar tidak menyebarkan gambar-gambar lamanya.

Featured Thu, 15 Sep 2022

Lakonan Fattah Amin Makin Mantap, Fazura Banyak Bagi Nasihat

Gunakan kecaman sebagai pembakar semangat!

Hiburan Wed, 9 Oct 2024

Debaran Semakin Terasa, Ini Senarai Penuh Calon Top 5 ABPBH 36!

Siapa agaknya bakal merangkul gelaran Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian ABPBH ke-36? Saksikan secara langsung pada Jumaat, jam 9 malam di TV3!

Featured Thu, 7 Nov 2024

“Tak Semua Rindu Boleh Diluah Dengan Kata-Kata”- Patimah Ismail

Menerusi hantaran di Instagram, Patimah berkata, bahawa tidak semua rindu itu boleh diluahkan dengan kata-kata.

Hiburan Fri, 9 Mar 2018

Blue Tick punya pasal, hubungan UNIC- Caprice dingin?

Caprice menafikan hal itu dan memberitahu ada 999 mesej lain yang masih belum dibuka.

Hiburan Sun, 12 Jan 2025

CSOIAM: “Apa Jadi Dengan Awak Ni?” – Yusry & Ziana Beri Kritikan Tajam Kepada Rezza Shah, Menyesal Beri Imuniti?

Juri tetap CSOIAM, Ziana Zain & Yusry Abdul Halim memberikan komen pedas kepada Rezza Shah.

error: Content is protected !!