Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 25, 2026 @ 11:36am

“Perkahwinan Ni Macam Perjudikan Nasib” – Syifa Melvin Simpati Masa Depan Wanita Salah Pilih Pasangan Hidup

Pelakon Syifa Melvin meluahkan rasa simpati terhadap nasib segelintir golongan wanita yang berdepan ujian rumah tangga.

Menurut pemilik nama sebenar, Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 32, antara perkara paling menyedihkan buat seorang wanita adalah tersalah memilih pasangan hidup terutamanya yang mempunyai sikap narsistik (Narsistic Personal Disorder).

Malah, situasi menjadi lebih malang apabila pihak keluarga mentua juga bertindak menyalahkan golongan wanita jika berlaku konflik dalam rumah tangga.

“Sebenarnya perempuan ni sedih sangat nasib kalau dapat pasangan hidup yang salah. Semua pasangan pun tak perfect tapi paling malang bila dapat yang NPD version.

“Lagi malang family in law sedar tapi apa-apa benda buruk jadi, masih tetap salahkan si perempuan malang tu.. Sedih la ya hidup,” katanya di Threads.

Akuinya, kehidupan selepas berkahwin bukanlah sesuatu yang mudah dek kerana seseorang individu itu sebenarnya sedang mempertaruhkan nasibnya.

“Aku selalu pesan dekat kawan-kawan aku yg masih single tak kahwin lagi, aku pesan ‘tak payah sedih kalau tak kahwin lagi, enjoy je lagi. Sedih kalau kau dapat yang salah, sebab perkahwinan ni sebenarnya kau sedang perjudikan nasib kau, lagi-lagi bila ada anak,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan koman, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan yang dikongsikan ibu anak dua itu sekali gus ada yang tampil berkongsi pengalaman sendiri berhubung topik yang dibincangkan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 30 Jun 2025

Comelnya! Fatima Titip Pesan Kepada Fazura – “I Miss You… But, Please Don’t Cry”

Fazura terkejut apabila anak perempuan tunggalnya, Nur Fatima Aisya sempat meninggalkan pesanan kepadanya.

Trending Tue, 5 Jan 2021

Kaedah Pembayaran i-Sinar Dan Tarikh Rasmi Pembayaran

Buat pemohon i-Sinar, korang wajib baca info ni!

Hiburan Mon, 27 Nov 2017

Sudah Bertaubat Dan Ingin Lupakan, Kata Diana Amir

Sudah Bertaubat Dan Ingin Lupakan, Diana Amir Mohon Stesen Televisyen Tidak Siarkan Filem Lakonannya Sebelum Bertudung

Hiburan Tue, 1 Jan 2019

Aizat Amdan Tukar Selera Sempena 2019

Doa yang baik-baik. Saya percaya semua orang ada impian untuk ke arah itu. Kalau jadi, jadilah…

Hiburan Sat, 13 Oct 2018

Munafik 2 Bocor Di Laman Sosial Buat Mawi Bengang?

Sebenarnya benda ini dah lama berlaku cuma kali ini, suspek itu ‘terkena’. Tolonglah berhenti buat kerja macam ni ya!

error: Content is protected !!