Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 27, 2026 @ 6:10pm

Komposer Kongsi Kisah Sebenar Di Sebalik Singe Baharu Danial Kifli ‘Ku Yang Berjuang’ – “Dia Pergi Waktu Saya Nazak”

Baru beberapa hari dilancarkan, lagu Ku Yang Berjuang nyanyian Danial Kifli sudah mula mencuri perhatian ramai apabila berjaya memasuki carta trending selain tular di media sosial.

Namun di sebalik sambutan luar biasa diterima lagu tersebut, tersimpan kisah peribadi yang cukup menyentuh hati daripada komposernya, Jal Arya yang menjadikan pengalaman hidup sendiri sebagai inspirasi utama penghasilan karya berkenaan.

Menurut Jal Arya, lagu itu lahir daripada detik paling sukar dalam hidupnya selepas terlibat dalam kemalangan serius sehingga menyebabkan dia koma dan berada dalam keadaan kritikal.

“Saya koma disebabkan kemalangan dan ketika itu doktor beritahu peluang untuk saya hidup sangat tipis. Tapi alhamdulillah, dengan izin Allah saya masih diberikan peluang untuk terus hidup,” katanya.

Apa yang lebih menyakitkan, Jal Arya berkata dia turut kehilangan insan yang paling dipercayai ketika sedang bertarung antara hidup dan mati.

“Bila saya sedar daripada koma, saya terus cari dia. Tapi dia dah hilang, semua media sosial dan nombor telefon saya kena sekat. Dia pergi ketika saya sedang nazak,” katanya.

Tambah Jal Arya, pengalaman tersebut meninggalkan kesan mendalam terhadap emosi dan mentalnya kerana terpaksa menerima kehilangan tanpa sebarang penjelasan ketika dirinya masih berusaha untuk pulih.

Daripada luka dan pengalaman itulah lahirnya Ku Yang Berjuang, sebuah lagu yang menggambarkan tentang kehilangan, kejatuhan dan kekuatan untuk bangkit semula dalam keadaan paling sukar.

Lagu tersebut turut diperkuatkan dengan vokal penuh emosi Danial Kifli yang berjaya menyampaikan setiap bait lirik dengan cukup jujur sehingga mudah menyentuh hati pendengar.

ARTIKEL BERKAITAN: Muncul Dengan Single Baharu Berjudul ‘Jauh’, Danial Kifli Mahu Fokus Genre Balada

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas Sukses Dengan Pergilah Cinta, Danial Kifli Tampil Dengan Single Musnah

Sejak dilancarkan, Ku Yang Berjuang menerima sambutan luar biasa terutama di TikTok apabila ramai pengguna mula mengaitkan lagu tersebut dengan kisah hidup dan pengalaman peribadi masing-masing.

Momentum itu sekali gus membawa lagu berkenaan menduduki tangga ketiga carta trending hanya dalam tempoh dua hari selepas dilancarkan.

Ku Yang Berjuang kini boleh distrim di semua platform digital manakala muzik video rasmi lagu tersebut sudah tersedia di YouTube.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 6 Jun 2024
Featured Wed, 22 Sep 2021
Featured Tue, 9 May 2023
Hiburan Tue, 7 Jan 2020
Trending Wed, 20 Oct 2021

“Kepada Yang Mudah Terhibur Dengan Cerita ‘Sampah’ 2 Manusia Tu…” – Izwan Azir Saleh Minta Media Hentikan ‘Drama’ DSV & Iqbal

Penyampai radio Buletin FM, Izwan Azir Saleh memohon agar media tertentu berhenti memberikan liputan terhadap kisah yang berlaku antara usawahan selebriti, Datuk Seri Vida dan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli. Izwan yang mengendalikan segmen […]

Trending Tue, 23 Jan 2018

Benarkah Laptop Ganggu Kesuburan?

Pernahkah anda mendengar bahawa laptop mampu menganggu kesuburan seseorang? Benarkah fakta ini atau ia hanya mitos semata-mata? Terdapat segelintir berpendapat bahawa haba daripada laptop boleh menjejaskan kesuburan dengan merosakkan telur wanita dan sperma lelaki.

Trending Wed, 6 Jan 2021
error: Content is protected !!