Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 28, 2026 @ 1:35pm

Pernah Diuji Hingga Dihalau, Dibaling Makanan… Ozlynn Syukur Rumah Tangga Masih Utuh

Pelakon, Ozlynn Wati berkongsi pengalaman pahit yang pernah dilalui pada fasa awal perkahwinannya bersama suami, penyampai radio dan pelakon, Johan Raja Lawak.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Ozlynn, 44, mengakui rumah tangga mereka pernah diuji dengan pelbagai dugaan sehingga meninggalkan kesan sedih buat dirinya.

“Ujiannya dapat pada awal perkahwinan, sadis dan sedih. Pernah dihalau, dibaling makanan. Tak naklah kenang,” katanya.

Bagaimanapun, Ozlynn bersyukur kerana dia dan Johan sentiasa berdepan setiap ujian bersama-sama sepanjang melayari alam rumah tangga.

“Yang penting sepanjang ujian kami suami isteri hadap sama-sama.

“Sekarang menikmati ujian dengan tenang dan sabar dengan karenah anak-anak yang semakin membesar,” katanya lagi.

Ozlynn berkata demikian ketika membalas pertanyaan seorang individu mengenai cabaran terbesar pernah dilalui pasangan suami isteri sepanjang perkahwinan mereka.

Untuk rekod, Ozlynn dan Johan mendirikan rumah tangga pada tahun 2009 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan lima cahaya mata.

Artikel Berkaitan: Ozlynn Enggan Buka Aib Azar Azmi, Akui Bantuan Diberi Ikhlas Kerana Allah – “Saya Bukan Nak Menunjuk-Nunjuk”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 24 May 2023
Hiburan Wed, 17 Apr 2019

BTS ft Halsey’s ‘Boy With Luv’ Shoots Up High on Spotify

Our Oppas are making their way to the top of the charts!

Hiburan Thu, 21 Mar 2019
Featured Thu, 24 Mar 2022
Featured Fri, 12 Dec 2025

“Jodoh Tak Perlu Hebat, Tapi Boleh Buat Kita Rasa Luar Biasa” – Zara Zya

Pelakon popular, Zara Zya menarik perhatian warganet apabila berkongsi pandangan ringkas namun mendalam mengenai soal jodoh.

Trending Fri, 5 Mar 2021
error: Content is protected !!