Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 29, 2026 @ 2:17pm

Marissa Dania Ziarah Kubur Anak Undang Rasa Sayu Netizen – “Al-Fatihah Wildan Syurga, Untung Ada Yang Menanti Depan Pintu”

Pempengaruh media sosial, Marissa Dania menyentuh hati ramai apabila menziarahi pusara anak sulungnya.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim itu memuat naik sekeping foto yang memaparkan dirinya berada di tanah perkuburan.

Walaupun tidak menitipkan sebarang kapsyen, perkongsian tersebut cukup menggambarkan kerinduan mendalam Marissa terhadap cahaya mata yang telah pergi buat selama-lamanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa simpati selain menitipkan kata-kata semangat agar Marissa terus tabah menghadapi ujian hidup.

Malah, ada yang berpendapat Marissa bertuah kerana mempunyai seorang anak yang sedang menantinya di pintu syurga.

Terdahulu, Marissa pernah berkongsi detik sukar apabila terpaksa melahirkan bayinya ketika kandungan berusia enam bulan selepas mengalami sakit perut yang teruk.

Bagaimanapun, bayi tersebut disahkan meninggal dunia.

Untuk rekod, Marissa mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Aslam sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Perkahwinan mereka mencetuskan perhatian ramai apabila didakwa berlangsung tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan serta keluarga kedua-dua belah pihak, termasuk ibu bapa Marissa, Norman Hakim dan Abby Abadi.

Difahamkan, Aslam pernah melafazkan cerai terhadap Marissa di luar mahkamah pada September 2024 dan Jun 2025. Namun, pasangan itu dilaporkan kembali rujuk dalam tempoh bulan yang sama.

Artikel Berkaitan: Alami Sakit Perut, Bayi Sulung Marissa Dania Hakim Meninggal Dunia Ketika Dilahirkan 

Artikel Berkaitan: Marissa Dania Akui Kini Dalam Proses Berpisah Dengan Aslam – “Tolong Beri Kami Ruang”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 30 Mar 2026

Patimah Ismail Puji Nur Fazura Ikhlas Dalam Persahabatan, Netizen Dakwa Ayat ‘Kejarlah Kalau Sayang’ Tuju Pada Que Haidar?

Menurut Patimah, Que seharusnya mengejar Fazura sekiranya dia benar-benar mahu bersama selebriti itu. 

Trending Thu, 27 Dec 2018

Lirik ‘Kemarin’ Gambaran Episod Sedih Sedang Dilalui Ifan Seventeen Ketika Ini. Salam Takziah!

Ifan bukan sahaja kehilangan tiga rakan pemuzik yang bersamanya sejak 20 tahun lalu, bahkan isteri tercinta, Dylan Sahara.

Trending Sun, 30 May 2021

PU Riz Dedah Susah Senang Jaga Neelofa

Pendakwah selebriti, Haris Ismail atau PU Riz mendedahkan ada waktu sukar dan senang menjaga isterinya, selebriti dan usahawan popular Neelofa. Menurut Haris, memandangkan Neelofa sudah lama menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan menjadi ‘boss’ untuk […]

Hiburan Wed, 8 May 2019

Anak Belum Usia Setahun, Adira Mengaku Terkejut Hamil Lagi

Anak belum sampai setahun, Adira mengaku terkejut hamil lagi.

Hiburan Thu, 11 Jan 2024
Hiburan Tue, 28 Aug 2018

暗中感受《黑暗心乐会》为视障朋友带来光明

《黑暗心乐会》结合音乐表演,声音体验、心灵疗愈的完美交融,首个完全由视障者参与制作、表演的声演会,前所未有的视觉革命!

Featured Tue, 24 Sep 2024

“Taasub Nak Tayang Body Sangat” – Netizen Bitter Aedy Ashraf Tunggang Moto Tanpa Pakai Baju

Memang macam ni lah ek budak lelaki zaman now nak enjoy dengan kawan-kawan. 😎✌️

Trending Fri, 6 Nov 2020
Hiburan Wed, 18 Mar 2026

“Saya B40, Tak Layak Salam Datin T20″ – Azza Elite Jawab Dakwaan ‘Tak Semenggah’, Dikritik Sendu… Akui Ada ‘Penyakit’ Rendah Diri

Keutamaan hidupnya kini lebih tertumpu kepada ketenangan dan kestabilan berbanding mengejar populariti.

error: Content is protected !!