Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 3, 2026 @ 11:28am

“Kerja 9 Pagi Hingga 5 Petang Lagi Rileks, Boleh Makan Dengan Family & Rehat” – Yusuf Bahrin

Pelakon Yusuf Bahrin berkongsi pandangan peribadinya mengenai persepsi segelintir masyarakat yang menganggap kerjaya sebagai seorang pelakon sentiasa dipenuhi dengan dunia glamor.

Kata Yusuf,  apa yang dilihat orang ramai di kaca televisyen mahupun media sosial hanyalah sebahagian kecil daripada realiti sebenar yang harus dilalui oleh seorang anak seni.

“Ramai ingat berlakon ni glamor. Jumpa artis, masuk tv, ramai kenal.

“Tapi, apa yang orang nampak cuma 10 peratus sahaja. Lagi 90 peratus tu berlaku belakang kamera,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Jelasnya, kerjaya sebagai seorang pelakon bukan sahaja memerlukan pengorbanan dari segi masa dan tenaga malah, ia juga menuntut komitmen yang tinggi.

Akui aktor drama rantaian TV3 ‘Perempuan Tidak Ternikah’ ini, dia menganggap waktu bekerja 9 pagi sehingga lima petang adalah lebih terattur selain boleh meluangkan masa bersama keluarga dan berehat.

“Kerja 9 pagi hingga lima petang lagi rileks dalam banyak keadaan. Petang dah boleh balik rumah, makan dengan family dan rehat,” tambahnya.

Menjengah ke ruangan balas, pelakon versatile, Beto Kusyairy juga tampil memberikan reaksi terhadap kenyataan yang ditinggalkan Yusuf.

Menurutnya, tuntutan sebagai pelakon sangat tinggi dan memerlukan persiapan rapi sebelum memulakan sesebuah penggambaran.

“Kerja kita ni bukan hanya bermula di set. Tuntutannya tinggi. Berminggu atau berbulan sebelum shoot dah kena buat segala persiapan, segala segi untuk menjayakan tanggungjawab.

“Baca skrip berulang kali, discussion, research, menonton reference, acting workshop, fitness dan training. Ada yang nak kena tambah atau turunkan berat badan, rehersals, wardrobe fitting, makeup test, kamera dan sebagainya,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

FESYEN Fri, 13 Jul 2018

Ini Komen Bella Dally Dilabel Sama Standard Dengan Pengasuh Anak Che Ta

Bella Dally dilihat memakai baju yang sama seperti baju pengasuh anak kesayangan Che Ta,  Aaisyah Dhia Rana. Kedua-duanya dilihat memakai baju tersebut dalam sebuah majlis yang sama

Trending Tue, 8 Sep 2020

Cara Bayar Caruman Pekerja KWSP Secara Online

Jom tengok cara bayar caruman pekerja KWSP!

Featured Mon, 20 Apr 2020

Artritis menyerang tidak kenal usia

Jari juga perlu rehat

Featured Wed, 5 Oct 2022
Hiburan Thu, 19 Mar 2026

“Biarlah Mereka Fitnah…” Aisha Retno Kongsi Pernah Dianiaya, Pilih Balas Dengan Kebaikan

Aisha berkata dia percaya setiap fitnah dan tohmahan yang dilemparkan akan dibalas seadilnya oleh Allah.

Hiburan Mon, 24 Jul 2023
error: Content is protected !!