Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 5, 2026 @ 11:00am

Bapa Bangga Lihat Amad Dayyan Tekun Belajar, Selit Pesanan Buat Pengkritik – “Abaikan Mulut Yang Menyalak”

Anak kepada penyanyi, Siti Saerah, iaitu Ahmad Dayyan sekali lagi menjadi perhatian warganet selepas tular beberapa foto memaparkan dirinya tekun mengulang kaji pelajaran.

Menerusi perkongsian di platform Threads, bapanya, Saiful Anuar, berkongsi rutin harian remaja yang lebih mesra disapa sebagai Amad itu yang kini dilihat semakin memberi tumpuan terhadap pembelajaran.

“Time belajar tolong fokus dan serius Amad. Jangan main-main dalam pelajaran. Siapkan kerja sekolah, minggu depan dah mula sekolah semula dan tuisyen.

“Belajar bersama sepupu yang sebaya dan sama sekolah, Allah bagi mudah,” tulisnya.

Dalam masa sama, Saiful turut menitipkan kata-kata semangat buat anaknya agar tidak mempedulikan kritikan negatif dan terus berusaha mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang.

“Abaikan mulut-mulut yang menyalak tak tentu hala, teruskan misi menjadi penghibur yang berkaliber, berilmu dan berjaya dalam semua bidang. Itu baru style,” katanya.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara kehidupan Amad atau nama penuhnya, Ahmad Dayyan Saiful Anuar, yang disifatkan lebih seimbang apabila menjalani kehidupan seperti remaja biasa lain tanpa terlalu dibebani komitmen dalam dunia hiburan.

“Suka tengok Amad sekarang. Dia jalani hidup normal sebagai anak remaja yang letak fokus pelajaran nombor satu.

“No more ‘over work’ show sana sini sampai tak cukup rehat, kesihatan dan pelajaran terabai.

“Alhamdulillah, Amad lebih baik dalam jagaan ayahnya. Insya-Allah, rezeki dalam bidang seni akan sentiasa ada,” tulis seorang netizen.

Sebelum ini, Saerah memaklumkan Amad membuat keputusan untuk menetap bersama bapanya di Kuantan, Pahang.

Artikel Berkaitan: Siti Saerah Tak Halang Amad Menetap Dengan Bapa Di Kuantan – “Ibu Mana Tak Sedih, Tapi Itu Pilihan Dia”

Artikel Berkaitan: Umairah Hilang Tempat Luah Perasaan, Terkejut Amad Pindah Kuantan Bersama Bapa – “Bila Dah Tak Duduk Sekali Rasa Kosong”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 14 Apr 2018

Jom Balik Mengundi, Air Asia Tawar Tambang Murah!

Dalam kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata, tambang sehala bagi laluan di Semenanjung dan Sabah, Sarawak ditetapkan pada harga RM99.

Featured Mon, 22 Jan 2024

“Saya Tak Boleh Hidup Tanpa Dia” – Izzue Islam Menangis, Sanggup Doa Minta Meninggal Dunia Bersama Dengan Isteri

Sebaknya! Macam cerita Habibie & Ainun pulak dah😭😭😭Moga Izzue & Awin bahagia sampai syurga.

Featured Tue, 25 Oct 2022

Didakwa Jadi Gigolo & Bercinta Dengan Pondan, Rizky Billar Ambil Tindakan Saman Pemfitnah

Walaupun kes melibatkan isu keganasan rumah tangganya masih belum selesai, kini timbul pula gosip liar kononnya pelakon dan pengacara, Rizky Billar pernah menjadi lelaki simpanan atau gigolo. Bengang dengan tuduhan melampau yang diberikan, Rizky bagaimanapun […]

Featured Wed, 12 Apr 2023
Filem Tue, 25 Oct 2022
Hiburan Sat, 1 Sep 2018

Hamil Anak Kedua, Puteri Sarah Kongsi Pengalaman Luar Biasa

Kesakitan itu bukan hanya sesekali datang, ada ketika dirasai sepanjang hari. Nak ambil ubat, risau bahayakan kandungan pula…

Featured Sun, 28 May 2023
Hiburan Wed, 4 Jun 2025
error: Content is protected !!