Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 8, 2026 @ 12:20pm

Syasya Rizal Jawab Tuduhan ‘FOMO’, Dedah Bukti Minat BTS Sejak Usia 13 Tahun – “Sekarang Dah Ada Suami, Tak Ikut Perkembangan Artis Macam Dulu…”

Penyanyi, Syasya Rizal tampil menjelaskan dakwaan segelintir netizen yang mendakwa dia baru meminati kumpulan K-pop terkenal BTS kerana terikut-ikut dengan trend semasa.

Menurut bekas anggota kumpulan Dolla itu, minatnya terhadap BTS sudah bermula sejak usia remaja dan bukannya sesuatu yang muncul secara tiba-tiba seperti diperkatakan ramai.

Malah, Syasya berkata dia mempunyai banyak bukti yang menunjukkan dirinya sudah lama bergelar peminat setia atau Army sejak era awal kemunculan kumpulan berkenaan.

“Ada yang cakap saya tiba-tiba jadi Army sebab Fear Of Missing Out (FOMO), tiba-tiba nak pergi konsert. Tapi rasanya Army yang lama tahu, zaman dulu kita bukan setakat stream lagu.

“Kita siap buat fanfic dekat Facebook lagi,” katanya menerusi hantaran di Threads.

Bagi membuktikan dakwaannya, Syasya turut berkongsi beberapa hasil karya fanfik yang pernah dihasilkannya sekitar tahun 2014 hingga 2015 ketika berusia 13 dan 14 tahun.

“Ini antara receipt tahun 2014-2015. Masa umur 13-14 tahun, level delulu sampai edit cover fanfic sendiri tau.

“Banyak lagi video cover dance BTS sebenarnya, cuma yang itu saya simpan sebab waktu itu saya belum bertudung,” ujarnya.

Dalam masa sama, Syasya menjelaskan kehidupannya kini jauh berbeza berbanding ketika zaman remaja memandangkan dia sudah berkeluarga dan mempunyai komitmen tersendiri.

“Sekarang saya dah ada suami, anak, kerjaya dan kehidupan yang berbeza. Jadi memang saya dah tak follow perkembangan artis macam dulu.

“Saya juga cuba menjaga batas serta menghormati suami saya,” jelasnya.

Bagaimanapun, Syasya mengakui muzik BTS tetap mempunyai nilai sentimental dalam hidupnya kerana menjadi sebahagian daripada kenangan zaman remajanya.

“Tapi muzik yang pernah menjadi sebahagian daripada zaman remaja saya? Mestilah saya masih hargai sampai hari ini.

“Jadi kalau nak kata saya baru minat BTS sebab FOMO, haha ada banyak bukti ni kita fans dari era ‘We Are Bulletproof’ lagi,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 24 Nov 2019
Trending Tue, 17 Apr 2018

Dear Malaysians, You NEED to Know These 10 Things When You Vote

Even people whom have voted before should take note of these things.

Selebriti Mon, 9 May 2022
Hiburan Thu, 7 Dec 2017

BISIK PADA LANGIT BIKIN KONTROVERSI

Tidak semua cerita melayu yang  bila sahaja kita habis menyaksikan filem tersebut, kita akan mendapat input dari cerita itu. Ada cerita Melayu yang kita pergi ke pawagam, menonton cerita itu sehingga habis tetapi, “kosong” dan ada juga yang memberi kesan sehingga kita tersedar dari lamunan.

Featured Wed, 21 Dec 2022

Nyanyi ‘I Believe I Can Fly’ Atas Awan, Netizen Puji Tahap Keberanian Daiyan Trisha – “She Is So Brave!”

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha menaiki luncur layar (paragliding) di Switzerland sehingga berjaya mencuri perhatian ramai. Menerusi hantaran tersebut, Daiyan sedang menikmati permandangan di atas awan sambil menyanyi sebuah lagu […]

Hiburan Wed, 11 May 2022
error: Content is protected !!