Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 9, 2026 @ 12:30pm

Neelofa Terap ‘Word Of Affirmation’ Pada Anak Seawal Usia 3 Tahun – “Satu Benda Yang Paling Saya Nak Adalah…”

Usahawan dan selebriti popular, Neelofa berkongsi pendekatannya terutama dalam mendidik anak-anak dengan menerapkan amalan ‘words of affirmation’ atau kata-kata positif sesuai ajaran agama seawal usia tiga tahun.

Menerusi perkogsian di ruangan Instagram Story (IGS),  Neelofa berkata, dia pernah menghias bilik anak sulungnya, Bilal dengan pelbagai kata-kata ucapan yang mengingatkan tentang Allah SWT dan ajaran Islam.

Pendekatan itu dibuat Neelofa sebagai inisiatif untuk membentuk asas keimanan anak-anaknya ketika mereka masih kecil.

“Dulu saya pernah buat words of affirmation dalam bilik Bilal, seperti “I Love Allah”, “Allah Loves Me” dan macam-macam lagi. Selepas mereka boleh faham dan baca, saya buat lagi yang lain seperti “I Belong to Allah”, “I Love the Quran” dan “I Follow the Sunnah of Rasulullah SAW”.

“Kenapa saya buat benda ini pada usia mereka 3-4 tahun? Sebab itulah ucapan yang saya nak mereka ingat dan sentiasa bermain dalam fikiran mereka sejak usia yang muda lagi.

“Supaya bila dah membesar nanti, dalam diri mereka dah ada benda itu. Macam dari kecil, words of affirmation ini sentiasa berada dalam minda mereka.
Daripada kita cakap “I Want to Be a Rich Man”, yang itu later on tak apa. Kita kena buat asas dulu (akidah).

Dalam pada itu, ketika disoal menerusi audio siar Sembang Khair bersama suami, Muhamamd Haris Ismail atau PU Riz tentang apakah yang Neelofa ingin lihat pada anak-anaknya dalam jangka masa lima tahun kedepan, selebriti popular itu menegaskan, adab dan akhlak adalah menjadi keutamaan berbanding pencapaian akademik.

“Daripada apa yang saya observed, anak-anak kalau pergi sekolah lambat atau tidak boleh speaking itu semua boleh nanti boleh pick up. Tapi ada satu benda yang saya sangat nak kan iaitu apabila tiap kali melihat pada sesetengah anak-anak adalah adab.

“Anak yang mempunyai adab dari segi percakapan, fizikal, gesture… semua itu adalah apa yang sangat saya nak ada pada Bilal dan Abbas. Seperti mana yang diterapkan dalam keluarga.

“Dan itu yang paling saya harap dan nak sangat menjadi anatara yang paling nombor satu dalam diri mereka,” jelasnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 19 Jul 2019

Jatuh Cinta Pandang Pertama, Nick & Simon Pilih Malaysia!

Nick & Simon menjadikan Malaysia sebagai lokasi pertama untuk mula menapak di rantau Asia.

Hiburan Tue, 3 Jul 2018

Sam Smith Putus Cinta Dengan ‘Kekasih’

Akui Sam, dia sudah putus cinta dengan pasangan sejenis, pelakon siri 13 Reasons Why, Brandon Flynn.

Hiburan Tue, 24 Dec 2019

Kris Jenner Surprises Granddaughter Stormi With Her Own Playhouse For Christmas

Literally this is the ‘Best Christmas Gift of All Time’!

Hiburan Thu, 22 Aug 2019
Hiburan Sat, 29 Mar 2025

[VIDEO] Sebak! Nurul Shuhada Kongsi Gelagat Anak Sampai Tertidur Nak Cari Abah Baru – “I Dont Have A Father…”

Anak Hafidz Roshdi iaitu Umar mencuri perhatian mahu cari bapa baru untuk Shuhada

Hiburan Fri, 29 Dec 2023

Fazley Yaakob Terkesan Dengan Pemergian Fiza Kamarudin

semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman

error: Content is protected !!