Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Featured By: Salma Syahbuddin June 10, 2026 @ 12:09pm

“Bukan Semua Orang Lahir Dalam Keadaan Classy” – Janna Nick Akui Bawa Imej ‘Rempit’, Pernah Membesar Di Kawasan Flat & Tunggang Motosikal Ke Sekolah

Pelakon dan penyanyi, Janna Nick berkongsi pandangannya terhadap persepsi segelintir masyarakat yang melabel seseorang itu sebagai ‘Perempuan Classy’ dan ‘Cantik Rempit’ berdasarkan penampilan di media sosial.

Kata Janna atau nama lengkapnya, Nurul Jannah Muner, 31, dirinya lebih ke arah imej ‘rempit’ dek kerana membesar di kawasan kampung dan mula menunggang motosikal seawal usia 11 tahun.

“Saw a post pasal Perempuan cantik classy dan cantik rempit. Saya rempit (bukan la minah rempit pergi race malam malam), tapi sebab membesar dekat kampung, umur 11 tahun dah bawak moto. Pergi sekolah pun bawak moto sendiri for years. Pernah juga membesar dalam kawasan flat,” katanya.

Akuinya, latar belakang kehidupan seseorang memainkan peranan besar dalam membentuk personaliti dan gaya hidup individu itu sendiri.

Maka, adalah tidak adil untuk membuat penilaian hanya berdasarkan penampilan luaran semata-mata.

Dalam hantaran sama, pelantun lagu Mungkin Saja itu mengakui, sifat atau pembawaan yang dianggap ‘classy’ bukan sesuatu yang boleh dipaksa atau dibuat-buat kerana ia banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan pengalaman hidup seseorang.

“So memang tak boleh lari dari nampak rempit! Cuma nak cakap, bukan semua orang bernasib baik membesar dalam environment yang classy.

“Dan classy tu tak boleh dibuat-buat. Kalau rempit tu..rempit je lah,” jelasnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 30 Oct 2025
Featured Thu, 9 Apr 2026

Kongsi Pantun ‘Deep’, Jefri Nichol Anggap Fedtri Yahya Kelakar – “Tak Nak Kerja Lah Esok”

Nichol menyifatkan pantun yang dihasilkan oleh pengacara program, Malaysia Hari Ini itu sebagai menghiburkan dan mencuit hati.

Hiburan Mon, 20 Nov 2017

恭喜!玛格罗比怀孕了

玛格罗比(Margot Robbie)在《Suicide Squad》中饰演「小丑女」爆红,随即在2016年底宣布和汤姆艾克力(Tom Ackerley)结婚,原本以为她可能打算就此隐归家庭生活,但她不想错失多个争相邀约演出的好机会,因此生育计画也因此延后,为了未来宝宝也特地冻卵,没想到就在20日时爆出她已经怀孕3个月了!

Featured Tue, 19 May 2020
Hiburan Fri, 18 Apr 2025

Bercinta Sejak Marissa Sekolah Rendah, Suami Abby Abadi Pernah Tampar Aslam

Abby Abadi dedah suami pernah tampar Aslam selepas kantoi bercinta dengan Marissa di bangku sekolah

Featured Fri, 30 Sep 2022

[VIDEO] “Dia Rajin Mandi Awal Pagi…” – Netizen Dedah Rahsia Awet Muda Nasha Aziz

Betul ke petua tu? Boleh cuba kalau nak cantik macam Nasha Aziz 😍

Hiburan Fri, 31 Mar 2023
error: Content is protected !!