Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 10, 2026 @ 12:11pm

Remy Ishak Tak Melatah Nama Digugurkan Akibat Hasad Dengki Rakan Seperjuangan – “Saya Percaya Allah Sudah Sediakan Jalan Untuk Saya”

“Perkara itu normal. Sampai sekarang pun masih berlaku. Ada beberapa projek yang saya malas nak cakap, tetapi tak mengapalah”.

Demikian luahan pelakon popular, Datuk Remy Ishak susulan provokasi yang terimanya sebelum ini melibatkan namanya digugurkan daripada projek filem gara-gara hasad dengki rakan seperjuangan.

Kata Remy, perkara itu berlaku selepas dia menerima skrip dan dimasukkan ke dalam kumpulan Whatsapp produksi namun, ada pihak yang sanggup meletakkan syarat kepada penerbit supaya namanya digugurkan jika projek berkenaan ingin diteruskan.

“Perkara itu sampai sekarang pun masih berlaku. Ada beberapa projek yang saya malas nak cakap, tetapi tak mengapalah.

“Setiap orang ada fasa masing-masing. Saya terima sahaja dan bersabar. Insyaa-Allah,” katanya.

Remy berkongsi perkara demikian ketika ditemui usai sesi tayangan khas bersama media filem Khadam yang berlangsung di GSC, Mid Valley pada Selasa.

Enggan melatah dengan isu yang berlaku, Remy bagaimanapun percaya bahawa rezeki setiap individu telahpun ditetapkan Allah SWT.

“Saya orang yang terluka, tetapi tidak mengapalah. Saya percaya pada rezeki. Kalau orang tutup satu pintu rezeki kita, Allah akan buka sepuluh lagi pintu.

“Saya sentiasa pegang prinsip itu. Jadi walaupun pernah digugurkan atas sebab tertentu, saya cuba untuk terus positif,” jelasnya.

Mengulas lanjut, pelakon filem seram thriller, Khadam ini mengakui, dakwaan dan hasutan yang timbul memberi kesan kepada perjalanan karier seninya apatah lagi ada peminat menganggap dia kini sudah tidak lagi aktif berlakon.

“Orang ingat saya senyap dan tak nak berlakon lagi, padahal saya sendiri ak ada kerja pada ketika itu. Saya pun tak tahu kenapa.

“Alhamdulillah tahun ini ada Kifarah, Mikael dan Khadam. Sebelum itu, orang tertanya-tanya ke mana saya menghilang, sedangkan saya sendiri rasa seperti ‘ditanam’,” kongsinya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @khadamthemovie

 

Ketika disoal mengenai identiti individu yang cuba menjatuhkannya, Remy menganggap apa yang berlaku sebagai sebahagian daripada adat persaingan dalam industri seni.

“Cukuplah, benda dah berlaku. Ada yang baharu dan ada juga yang seangkatan dengan saya. Ini persaingan dan juga perniagaan.

“Orang baik memang selalu kena pijak kan? Begitulah. Tetapi tak mengapa, saya reda… Saya percaya Allah SWT dah sediakan jalan untuk saya.

“Tutup macam mana pun Allah bagi peluang lagi. Insya-Allah. Doakanlah saya,” ujarnya.

Terdahulu, menerusi sesi temu bual bersama audio siar SembangOhhYeah, Remy mendedahkan, wujud cubaan pihak tertentu yang menghasut penerbit filem untuk menggugurkan namanya daripada sebuah projek.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 6 Dec 2018
Featured Mon, 4 May 2020
Events Thu, 10 Jan 2019

Singapore’s Iconic Comedian Kumar to Tour Malaysia!

The multi-talented queen will be visiting multiple cities and towns across Malaysia.

Featured Sun, 29 Jun 2025

Aliff Aziz Kembali Memukau, Lepas Gian Buat Persembahan Di Singapura – “Ia Pengalaman Yang Sangat Menarik”

liff masih tidak mengecewakan peminat apabila tampil membuat persembahan di Marina Quay, Olympic Walk, Singapura.

Hiburan Sat, 4 Feb 2023
Hiburan Thu, 29 Nov 2018
Hiburan Sat, 6 Jan 2024

Hasrat Terbantut Nak Sambut Hari Jadi Alyah, Tok Ram Diserang Vertigo

Allahu semoga Tok Ram cepat sembuh! Happy belated birthday Alyah

Featured Sat, 4 Mar 2023

Tayangan Filem Sensasi Mentega Terbang Akhirnya Dihentikan!

Akhirnya filem sensasi ini dihentikan tayangan👀

Trending Sun, 16 Sep 2018
error: Content is protected !!