Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 11, 2026 @ 2:02pm

Bawa Watak Perempuan Bisu, Umie Aida Puji Lakonan Mantap Aghniny Haque Dalam Khadam – “Energinya Konsisten Dalam Setiap Babak”

“Jika salah pilih pelakon mungkin dalam 20 minit pertama penonton boleh hilang fokus”.

Demikian respons pelakon popular, Datin Seri Umie Aida sebaik sahaja menonton tayangan filem seram thriller terbaharu, Khadam.

Kata Umie, dia berasa kagum terhadap setiap lakonan yang diberikan para pelakon yang terlibat dalam naskhah thriller ini.

Jelasnya, kekuatan skrip, pemilihan pelakon dan pasukan produksi yang mantap menjadikan filem Khadam sebagai karya yang wajib di tonton.

“Bagi saya apabila sesebuah naskhah mempunyai skrip yang kuat, pasukan produksi yang bagus dan barisan pelakon yang mantap, yang memberikan energi yang tepat, sebagai penonton kita rasa puas hati. Itu yang saya rasa selepas menonton filem Khadam.

“Secara keseluruhan, saya sangat menikmati filem ini namun, sebagai seorang pelakon sudah tentulah saya lebih tertumpu kepada aspek lakonan. Tahniah kepada semua pelakon yang terlibat kerana memberikan lakonan yang cemerlang,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by umie aida (@umieaida9)

Tambah Umie, sebagai seorang pelakon, fokusnya diberikan lebih kepada aspek lakonan sekali gus memuji lakonan pelakon Indonesia, Aghniny Haque yang membawakan watak Melor, seorang wanita bisu yang disifatkannya sebagai antara watak paling mencabar dalam filem tersebut.

Menurutnya, pemilihan pelakon yang tepat memainkan peranan penting kerana kesilapan dalam memilih pelakon boleh menyebabkan penonton hilang fokus terhadap jalan cerita.

“Watak Melor (lakonan Aghniny) sangat mencabar. Membawa watak seorang yang bisu bukanlah sesuatu yang mudah, jika tersalah pilih pelakon mungkin dalam 20 minit pertama penonton boleh hilang fokus. Tapi Melor berjaya buktikan segalanya.

“Energi yang Aghniny berikan dalam setiap babak juga konsisten, dengan turun naik emosi membuatkan saya terus terikat dengan perjalanan watak Melor, tahniah!.

“Saya juga nak memuji pelakon kanak-kanak (Zarra Zhaf dan Karl’ El). Putih (Zarra) emosi awak sangat jujur, saya sangat sukakannya. Sebagai penonton, kita boleh rasa chemistry Melor dengan Putih.

“Remy Ishak pula memberikan nafas yang menyeramkan bila kehadirannya dalam filem ini. Setiap babak lakonan beliau membuatkan kita ternanti-nanti. Tahniah sekali lagi buat semua pasukan filem Khadam. Memang kena tengok!,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:“Dia Buat Saya Tak Senang Duduk” – Amir Ahnaf Puji Filem Khadam, Sempat Kongsi ‘Spoiler Review’ Pada Peminat

Artikel Berkaitan:Siti Khadijah Ulas Babak Berkemban Dalam Filem Khadam, Produksi Siap Tempah Kardigan Khas – “Kami Mahu Nampak Realisitik”

Artikel Berkaitan:Remy Ishak Tak Melatah Nama Digugurkan Akibat Hasad Dengki Rakan Seperjuangan – “Saya Percaya Allah Sudah Sediakan Jalan Untuk Saya”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 6 Sep 2022
Hiburan Sun, 29 Jul 2018

Fazley Yaakob Naik Pelamin Lagi?

Hasrat untuk bersanding kali kedua dengan isterinya Azrene Soraya bakal dikotakan pada November depan.

Trending Thu, 20 Jun 2019

Isteri Sultan Kelantan Buka Akaun Instagram, Kongsi Detik Manis Perkenalan

Rihana Oksana kini membuka akaun rasmi Instagramnya dan dilihat aktif berkongsi beberapa foto peribadi bersama suami dan puteranya. 

Featured Thu, 23 May 2019
Featured Thu, 29 Mar 2018

Review Barang Mainan Di YouTube, Budak 6 Tahun Ini Peroleh RM42 Juta Setahun!

Kecil-kecil dah jadi jutawan. Cara dia mendapatkan keuntungan sebegitu pun nampak macam mudah, tapi orang dewasa belum tentu boleh ikut.

Hiburan Wed, 22 Jan 2020
Hiburan Thu, 16 Nov 2023
Hiburan Tue, 27 Mar 2018

Lima Ciri Bakal Menantu Idaman Rohana Jalil

“ Saya akui ramai jejaka yang cuba dekati dia. Ada yang handsome, kaya dan banyak kriteria menarik pada lelaki-lelaki itu tetapi nampaknya adik mahu fokus pada kariernya buat masa ini,” jawabnya ringkas.

error: Content is protected !!