Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 11, 2026 @ 1:22pm

Aaron Aziz Jadi Mangsa Scammer, Nama Dijual Perdaya Pelabur Projek Filem

Pelakon, Datuk Aaron Aziz mendedahkan namanya pernah digunakan tanpa kebenaran oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi meyakinkan pelabur untuk melabur dalam projek perfileman yang sebenarnya tidak pernah mendapat persetujuannya.

Menurut Aaron, dia pernah didatangi individu yang mendakwa sudah mengeluarkan dana untuk projek yang kononnya membabitkan dirinya, sedangkan tiada sebarang perjanjian pernah dimeterai.

Katanya, taktik menggunakan nama dan reputasi artis bagi meraih kepercayaan pelabur bukan perkara baharu, malah sudah beberapa kali berlaku sepanjang pembabitannya dalam industri seni.

“Selepas bertemu dan bergambar dengan saya, ada pihak menggunakan pertemuan itu sebagai bukti kononnya saya sudah bersetuju menyertai projek mereka.

“Saya sendiri terkejut apabila ada pelabur datang memaklumkan sudah melabur dalam projek yang dikaitkan dengan saya, sedangkan saya langsung tidak tahu mengenai perkara itu,” katanya.

Aaron berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran dan tayangan perdana drama Bidadari Tanpa Syurga terbitan Viu di ibu negara, pada Rabu.

Aaron berkata, tindakan segelintir pihak menggunakan nama artis untuk mendapatkan dana bukan sahaja merugikan pelabur, malah memberi kesan buruk kepada industri perfileman tempatan.

Menurutnya, apabila semakin ramai pelabur menjadi mangsa penipuan, mereka akan hilang keyakinan untuk menyokong projek yang benar-benar berpotensi dan berkualiti.

“Masalahnya, apabila pelabur sering tertipu, mereka akan mula berasa sangsi untuk melabur dalam industri filem. Akhirnya, penerbit atau pihak yang benar-benar serius juga terkesan kerana kepercayaan itu sudah hilang,” ujarnya.

Dalam pada itu, Aaron turut mendedahkan satu lagi insiden berlaku baru-baru ini apabila namanya sekali lagi digunakan untuk menarik minat pelabur walaupun perbincangan masih berada pada peringkat awal.

Katanya, pihak pengurusannya terpaksa menghubungi pelabur terbabit bagi menjelaskan tiada sebarang persetujuan atau kerjasama rasmi dicapai.

“Apa yang berlaku hanyalah sesi perkenalan dan rundingan awal, tetapi ada pihak menggambarkan seolah-olah semuanya sudah dimuktamadkan. Itu yang menjadi masalah,” katanya.

Mengulas lanjut, Aaron mengakui sukar membendung kegiatan sedemikian kerana masih ada individu yang sanggup mengambil kesempatan demi keuntungan peribadi tanpa memikirkan kesan terhadap orang lain.

Pada masa sama, Aaron berkata lambakan syarikat produksi baharu dalam industri turut menyukarkan artis mengenal pasti pihak yang benar-benar serius atau sebaliknya.

“Kita sebagai artis memang akan bertemu ramai orang dan bakal rakan kerjasama. Namun, untuk mengetahui sama ada seseorang itu benar-benar ikhlas atau mempunyai niat lain, ia bukan perkara yang mudah,” katanya.

Artikel Berkaitan: “Umur Dah Cecah 50 Tahun, Mana Tahu Kubur Memanggil…” – Aaron Aziz Nekad Elak Babak Dukung, Bersentuhan

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aaron Aziz Tuntut Hutang RM65,000, Agensi Umrah & Haji Didakwa ‘Lesap’

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 29 Jan 2019

Lebih ONG Dengan CJ WOW SHOP

Semestinya WOW bersama CJ WOW SHOP!

Hiburan Mon, 10 Jun 2024
Featured Tue, 9 Jun 2026

“Pelajaran Terbesar Saya Adalah Tak Perlu Disukai Semua Orang” – Reen Rahim

Reen berkata, kebahagiaan sebenar bukanlah berlandaskan perhatian yang diraih, sebaliknya sentiasa dikelilingi insan ikhlas dan tidak hipokrit.

Hiburan Sat, 27 Oct 2018

#MuzikMuzik33; Debaran Kali Kedua Ben Ladin

Lagu Hikayat Ben Ladin nyanyian penyanyi Ben Ladin berjaya mara ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 33. Ben Ladin atau nama sebenarnya Muhammad Benladin Munshi Shaihan meluahkan rasa teruja apabila single karya komposer Malique dan Dedeq ketika […]

Hiburan Tue, 13 Jun 2023
Trending Wed, 18 Dec 2024

Kembali ke Sabah Selepas 5 Tahun, Mari Meriahkan Karnival Jom Heboh Pada 27 Hingga 29 Disember Ini!

Karnival Jom Heboh Sabah 2024 akan berlangsung pada 27 Disember hingga 29 Disember 2024 (Jumaat, Sabtu & Ahad) di Kompleks Sukan, Kota Kinabalu Sabah!

Hiburan Fri, 20 Aug 2021

Tampil 2 Single Baharu Dalam Tempoh 2 Minggu, Zynakal Tak Rasa ‘Membazir’

Tampil dua single baharu dalam tempoh dua minggu, penyanyi rap Zynakal tidak merasakan tindakan terbabit sebagai satu ‘pembaziran’. Zyn atau nama sebenarnya, Muhammad Raziq Rosli mengeluarkan single Sayang Aku Tanya Apa Khabar kolaborasi bersama Dayang […]

Hiburan Sat, 4 May 2019

出道19年!范玮琪707首度来马开唱

出道近19年,华语乐坛「温暖天后」范玮琪终于首度来马开唱!

error: Content is protected !!