Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 11, 2026 @ 1:32pm

Siti Khadijah Ulas Babak Berkemban Dalam Filem Khadam, Produksi Siap Tempah Kardigan Khas – “Kami Mahu Nampak Realisitik”

Pelakon Siti Khadijah Halim tampil menjelaskan mengenai adegan berkemban dalam filem seram thriller terbaharunya, Khadam.

Kata Siti, dia berasa kurang selesa melakonkan babak tersebut namun, demi memberikan kualiti dan jalan cerita yang realisitik, pihak produksi sepakat menyediakan kardigan khas demi tuntutan wataknya dalam filem tersebut.

“Memang ada babak berkemban dan mereka pun ada tanya saya,”Siti okey tak?”. Sudah tentu saya tak okay. Jadi saya pun cakap “Boleh tak tutup (cover) apa-apa?”. Sebab kita nak kena realistik juga.

“Zaman dulu mana kita nak ada kamera nak tahu mereka mandi macam mana kan? Jadi saya cakap boleh tak kalau tutup apa-apa, pakai tuala ke? So, apa yang kita boleh buat ialah mereka buatkan kardigan khas untuk saya,” katanya.

Siti berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan khas bersama media filem Khadam yang di adakan baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @khadamthemovie

Mengulas mengenai penampilannya dalam naskhah berkenaan, pelakon itu berharap penonton dapat memahami setiap perubahan yang dilakukan terhadap kostum demi menjaga kesesuaian dan batas yang ditetapkannya.

Menurutnya, dia tidak mahu timbul sebarang kritikan dalam kalangan netizen yang mempersoalkan ketepatan busana yang digunakan dalam filem berkenaan.

“Saya harap netizen bila tengok cerita ni tak adalah mereka cakap “Mengarutnya, mana ada kardigan zaman dulu ni”. Memang tak ada, tapi untuk kau orang tak berkata sedemikian rupa, kita orang adakan.

“Sebab saya adalah orang yang menjaga penampilan, tak pernah berlebih-lebihan. Jadi, bila ditawarkan untuk berkemban tu, memang saya akan letak syarat,” jelasnya.

Tegasnya, dia akan sentiasa berpegang pada prinsip untuk menjaga penampilan dalam setiap tawaran yang diberikan.

“Projek apa pun kalau yang memerlukan saya pakai ketat ke? seksi ke? Saya akan minta tukar.

“Saya rasa orang-orang yang bekerja dengan saya pun tahu benda tu semua. Tapi kalau atas tuntutan kerja atau watak, saya cubalah untuk berbincang. Semua benda boleh bincang,” ujarnya.

Sekadar info, filem seram thriller Khadam arahan Shamyl Othman ini lahir daripada keinginan untuk meneroka sisi seram yang lebih dekat dengan kehidupan dan budaya masyarakat Melayu.

Diterbitkan oleh Red Communication dan Komet Production, Khadam akan memulakan tayangan rasminya di lebih 120 pawagam seluruh negara bermula 11 Jun ini.

Selain Siti Khadijah, antara barisan pelakon hebat yang terlibat dalam filem ini adalah, Datuk Remy Ishak, Jun Lojong, Zarra Zhaff, Karl’El dan pelakon popular Indonesia, Aghniny Haque.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Mar 2019

4,000 Peminat Banjiri Stadium Axiata Arena Demi Ong Seong Wu

Peminat mesti fanatik jumpa oppa diorang kan?

Kes Mahkamah Thu, 13 Jun 2024

Ibu Bapa Zayn Rayyan Mengaku Tidak Bersalah 

Ibu bapa Zayn mengaku tidak bersalah

Trending Thu, 28 Apr 2022

Bayar Online Pun Boleh… Jom Semak 10 Kaunter Zakat PPZ Yang Dibuka Untuk Pembayaran Zakat!

Zakat adalah antara rukun Islam yang paling penting. Memetik petikan dari laman rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, hukum zakat mempunyai dalil-dalil mu’tamad dari sudut petunjuk dan sabitnya. Ia menjadikan hukum zakat itu jelas dan mudah diketahui dari […]

Hiburan Sat, 1 Jun 2019

2019年ntv7及八度空间《校园主播培训营》正式开放网上报名!

2019年ntv7及八度空间《校园主播培训营》正式开放网上招募!

Featured Thu, 24 Jul 2025

Blood Brothers Gegar Pentas AMT2025, Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle & Zamarul Hisham Calon Top 10 Selebriti Maskulin Terhangat

Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle dan Zamarul Hisham, barisan pelakon hebat ini antara yang tersenarai dalam Top 10 kategori Selebriti Maskulin Terhangat.

Hiburan Tue, 26 Mar 2024

Alami Pendarahan Tak Berhenti, Vivy Yusof Keguguran Anak Ke-5

Allahuakbar, semoga Vivy sekeluarga tabah 😢

Featured Fri, 12 Jun 2020
Trending Thu, 29 Nov 2018

Boy Genius Says Malaysian Education System is Too Restrictive

He’s a renowned teacher and lecturer but he doesn’t even have an SPM certificate or equivalent.

error: Content is protected !!