Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Padin June 12, 2026 @ 6:40pm

Untung Cecah RM10,000 Sehari, Abang Sado ‘Durian Papa Muda’ Tak Serik Dikecam Walau Ada Ambil Kesempatan

Pernah viral kerana aksi lelaki bertubuh sasa menjual raja buah, Durian Papa Muda kembali meraih sorotan ramai sempena musim durian tahun ini selepas sekali lagi tular di media sosial menerusi kandungan yang memaparkan rutin harian mereka menguruskan perniagaan.

Sebelum ini, nama perniagaan tersebut menjadi bualan netizen apabila video memaparkan sekumpulan pekerja lelaki tanpa berbaju ketika memunggah durian mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.

Walaupun menerima kecaman daripada sesetengah pihak, populariti yang diraih ternyata memberi impak besar kepada perniagaan mereka apabila berjaya mencatat keuntungan mencecah RM10,000 sehari.

Pemilik Durian Papa Muda, Muhamad Hairul Hafiz berkata, kandungan yang dikongsikan di media sosial sebenarnya bertujuan menunjukkan perjalanan operasi perniagaan dan bukannya untuk menarik perhatian menerusi unsur lain.

“Bagi kami, situasi membuka baju ketika melakukan kerja berat di bawah cuaca panas bukan sesuatu yang luar biasa. Ketika memunggah durian dari lori, sudah tentu peluh akan membasahi pakaian.

“Namun ketika berurusan dengan pelanggan dan menjalankan jualan, kami tetap berpakaian seperti biasa. Apa yang berlaku hanyalah salah faham apabila ada pihak mentafsir kandungan tersebut dengan cara berbeza.

“Saya tidak terlalu memikirkan kecaman yang diterima. Apa yang lebih penting adalah memastikan pelanggan mendapat durian yang berkualiti dan servis yang baik,” katanya.

@durianpapamuda

Kedai dah buka ye , boleh datang dah 😍

♬ original sound – DURIAN PAPA MUDA

Mengulas mengenai perjalanan perniagaan selepas menjadi tular, Hairul mengakui bukan semua pengalaman yang dilalui indah seperti disangka.

Menurutnya, terdapat individu yang cuba mengambil kesempatan ketika perniagaan mereka mula mendapat perhatian ramai.

“Antara perkara yang paling mengecewakan adalah apabila orang yang kita percayai sendiri cuba mengambil kesempatan terhadap kita.

“Tetapi saya melihat semua itu sebagai sebahagian daripada cabaran dalam dunia perniagaan. Setiap ujian mengajar saya untuk menjadi lebih berhati-hati dan memperbaiki strategi pada masa akan datang.

“Saya tidak berniaga seorang diri. Kakitangan yang bekerja bersama saya sudah dianggap seperti keluarga. Sebab itu saya tidak boleh mudah mengalah apabila berdepan masalah,” katanya.

Kini, Durian Papa Muda beroperasi di lokasi baharu di Laman Duta, Presint 15, Putrajaya bagi menampung permintaan pelanggan yang semakin meningkat.

Bagi memeriahkan lagi musim durian tahun ini, Hairul turut memperkenalkan promosi khas Musang King dengan harga serendah RM15 sekilogram.

“Ramai yang menganggap Musang King mahal dan tidak mampu dibeli. Jadi kami mahu lebih ramai orang menikmati durian premium ini pada harga yang lebih berpatutan.

“Sudah tentu setiap perniagaan mahu menjana keuntungan, tetapi dalam masa sama saya juga mahu berkongsi rezeki dengan pelanggan yang sentiasa menyokong kami,” ujarnya.

@durianpapamuda Teriknya hari hari, kedai buka macam biasa deh. 📍 Laman Duta, Presint 15, Putrajaya 📍 Waze: Durian Papa Muda HQ 🕘 9 Pagi – 12 Malam @DurianAbangSado @DURIANPAPAMUDA88 #DurianAbangSado #durianpapamuda #dpm #musimdurian #DurianPapaMudaHQ ♬ bunyi asal – Cik_Sha … – _𝘾𝙎_

Dalam perkembangan sama, Hairul turut membuka peluang kepada pemborong dari seluruh negara untuk mendapatkan bekalan durian dari kebun miliknya di Pagoh, Johor.

Meskipun pernah berdepan kecaman dan pelbagai cabaran, Hairul percaya setiap dugaan yang datang hanyalah sebahagian daripada proses untuk membina perniagaan yang lebih kukuh pada masa depan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 7 Mar 2022

“Terima Kasih Marsha” – Akim Ahmad & Stacy Anam Tersentuh Hati Lihat Persembahan Marsha Milan di AJL 36

Tahniah buat Marsha, Akim dan Stacy atas kejayaan manis ini! #NaibJuaraAJL36 🥳

Trending Tue, 17 Mar 2020

Bencana Sosial: Penyebaran COVID-19 Tanda Dunia Nak Kiamat? Ustaz Ini Ada Jawapannya

Usah mempersoalkan dan menyalahkan ramai pihak, sebaliknya kembali kepada Nya..

Featured Tue, 7 Jun 2022
Featured Sat, 6 Aug 2022

[VIDEO] Syukur Tidak Cedera! Aina Abdul Terpeleot Ketika Persembahan – “Jatuh Pun Ada Gaya”

Jatuh pun performance still onzz 😍 Apapun Aina tetap slayy tambah dengan traditional inspired outfit 🔥👑

Cahaya Mata Sat, 14 May 2022

“Serik Ya Allah…” – Syatilla Melvin Masuk Hospital Semula Akibat Sakit Kepala & Tulang Belakang

Bak kata Tilla penangan anak ketiga… Apapun semoga Syatilla cempat sembuh!

Featured Thu, 9 Dec 2021
error: Content is protected !!