Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 13, 2026 @ 4:00pm

Beli Mikrofon Cecah Puluhan Ribu Ringgit & Ubah Penampilan… Haqiem Rusli Sedar Kurang Dapat Perhatian Lepas Kahwin – “Kalau Statik Je Tak Ke Mana”

“Bak kata isteri, tak salah invesr walaupun mahal”.

Demikian respons penyanyi, Haqiem Rusli ketika disoal mengenai dirinya yang kini sedang melalui fasa ‘rebranding’ terutama melibatkan berimej baharu selain membuat pelaburan besar membeli mikrofon sendiri yang mencecah harga puluhan ribu ringgit demi kualiti persembahannya.

Menurut pemilik nama, Ridzuan Haqiem Rusli, keputusan untuk mengubah penampilannya timbul selepas menonton filem legenda pop dunia, Michael Jackson.

Katanya, dedikasi yang ditunjukkan Michael terhadap setiap aspek persembahan termasuk penampilan membuatkan dia terinspirasi.

“Saya rasa benda tu perlu. Dan to be honest, saya buat keputusan untuk try benda baru pun selepas saya tengok movie Michael Jackson. Benda tu banyak memberi impak pada saya.

“Saya tengok kesungguhan dia, sedetail-details nya. Dari segi rambut dia, penampilan dia. So saya reflect balik diri saya, dulu saya macam gitu-gitu je. Dan saya pun kalau sedar awal, mungkin lagi ready awal lah dari segi inspirasi tu.

“Senang cerita, kena berevolusi. Kalau statik je nanti tak ke mana. Mungkin dalam 10 tahun lagi saya nak look old money sikit ke?,” katanya.

View this post on Instagram

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Berkongsi mengenai mikrofon baharu miliknya, pelantun lagu Tergantung Sepi itu bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sebenar mikrofon tersebut.

Jelasnya, dia akhirnya membeli mikrofon sendiri buat pertama kali khas untuk konsert Sound Stage selepas lebih sedekad bergelar penyanyi profesional,

“Harganya… rahsia. Tapi inilah dia, first time untuk konsert ni. Sebab kalau ikutkan saya antara yang paling lambat beli mikrofon sendiri sebenarnya.

“Kalau kita tengok penyanyi lain macam Hael Husaini, Ernie Zakri, Khai Bahar… semua dah ada mic sendiri. So saya rasa saya perlu. Sebab kalau nak cakap sekarang, mikrofon tu salah satu memberi saya semangat baru. Dan sekarang pun saya tengah rebranding diri balik. Maksudnya saya tengah mencuba macam look
baru, semua baru.

“Saya seorang yang suka simpan duit. Tapi macam Sofia cakap, tak salah untuk invest walaupun mahal, tapi berbaloi untuk invest untuk kepuasan saya sebagai seorang penyanyi. So, saya belilah,” ulasnya.

Haqiem berkata demikian ketika ditemui pada konsert Sound Stage yang dipentaskan sempena malam kemuncak Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-40 di Zepp Kuala Lumpur, pada Jumaat.

Mengulas mengenai ‘turning point’ yang menyebabkan dia melakukan transformasi, Haqiem mengakui, kegagalannya mara ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL40) baru-baru ini menyebabakan dia nekad keluar dari zon selesa.

“Saya tak tahu saya patut cakap ke tak. Mungkin selepas saya (gagal ke) semi-final Muzik Muzik.

“Saya dah lima atau empat tahun menunggu untuk kembali ke pentas Anugerah Juara Lagu. Jadi, bila tahun kelima tu saya masih tak dapat lagi, benda tu lah yang menjadi turning point untuk saya fikir mungkin saya sendiri kena try benda baru. Muzik baru, look baru untuk orang ingat balik,” jelasnya.

Di soal mengenai sama ada statusnya yang sudah mendirikan rumah tangga menjadi punca dia kurang mendapat perhatian, anak muda berusia 27 tahun itu bagaimanapun menyifatkan perkara demikian adalah lumrah yang dilalui oleh kebanyakan selebriti.

“Bagi saya benda tu lumrah. Saya dah tengok ada artis-artis lain yang berkahwin… itu lumrah. Mungkin dari segi peminatnya akan kurang sikit. Tapi untuk saya, kalau seseorang peminat tu, kalau dia meminati seseorang artis tu, minat karyalah dia kan? Jangan disebabkan saya dah kahwin dah tak minat ke… bagi saya tak fair lah benda tu.

“ Sebelum saya kahwin pun saya dah predict benda ni akan berlaku. Sebab saya kahwin masa selepas menang Anugerah Bintang Popular. Masa tu nama tengah di atas.

“Masa tu ramai macam tak setujulah, “Kenapa Haqiem nak kahwin masa tengah peak?” Tapi jawapan saya, saya percaya rezeki Allah.  Kalau lepas kahwin naik lagi ke, turun ke, itu semua takdir. Sebab bagi saya kahwin tu benda yang baik. So saya just percaya rezeki Allah lah,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 16 Mar 2018

三胞胎「大韩」近照公开!宋一国:别再长了

韩国最萌三胞胎「大韩、民国、万岁」从实境秀窜红,离开节目后回归正常生活,粉丝只能从星爸宋一国的IG才能得知他们近况。趁着三人满6岁生日的前夕,爸爸公开老大摘掉眼镜的「近照」,已逐渐看出小男孩的轮廓,让他舍不得大呼:「别再长啦!」

Trending Mon, 28 May 2018

12 Epic Quotes by Tun Mahatir That We All Love

Our 7th Prime Minister is very witty indeed.

Featured Thu, 20 May 2021

Tak Dapat Tidur Malam Lihat Video Kanak-Kanak Diseksa, Vivy Yusof Kutip Lebih RM1 Juta Dana Buat Rakyat Palestin

Usahawan dan pengasas jenama Fashion Valet dan Duck Scarves, Datin Vivy Yusof mengakui beliau amat tersentuh dengan penderitaan rakyat Palestin. Menurut Vivy lagi, sebagai seorang ibu dia tidak sanggup melihat kanak-kanak di sana saban hari […]

Trending Fri, 20 Mar 2020

Amy Search “Sound” Kru Produksi, Nabila Huda Selamat Sampai Rumah

KITA semua sedia tahu, perintah kawalan pergerakan telahpun diarahkan oleh Perdana Menteri Malaysia berkuatkuasa 18 Mac sehingga 31 Mac bagi mengurangkankan penularan wabak covid-19. Sepanjang tempoh kawalan pergerakan, rakyat Malaysia diperintahkan supaya mengkuarantinkan diri rumah […]

Hiburan Fri, 7 Nov 2025
Hiburan Fri, 27 Apr 2018

艾维奇死因曝光「是自杀」家人悲痛

瑞典知名DJ艾维奇(Avicii)20日被发现陈尸于阿曼(Oman)首都马斯喀特,突如其来的消息震惊全球粉丝。相隔近一个礼拜后,他的家人26日发出声明,证实他是死于自杀。

Featured Tue, 17 Jul 2018

Tak Suka Makan Durian? Anda Mungkin Ubah Fikiran Selepas Ketahui Khasiat Raja Buah Ini

Anda boleh mula ‘jinak-jinakkan’ diri dengan meminati dan makan buah durian selepas membaca manfaatnya.

error: Content is protected !!