Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 15, 2026 @ 12:30pm

Hael Husaini Bersuara Isu Album Tertangguh, Tegas Bukan Salah Syarikat Rakaman

Selepas timbul pelbagai spekulasi mengenai album baharunya yang masih belum menemui peminat, penyanyi dan komposer, Hael Husaini akhirnya tampil menjelaskan keadaan sebenar.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Hael atau nama sebenarnya, Hal Husani Razmi menegaskan keputusan menangguhkan pelancaran album itu dibuat atas pertimbangannya sendiri, sekali gus menepis dakwaan yang mengaitkan perkara tersebut dengan syarikat rakamannya.

Menurut Hael, setiap perancangan berkaitan karya dan pelancaran muziknya sentiasa dibuat berdasarkan keputusan yang dirasakan terbaik untuk kerjayanya.

“Penangguhan album itu adalah keputusan saya sendiri. Ia akan dilancarkan apabila tiba masa yang tepat,” katanya.

Dalam masa sama, penyanyi berusia 39 tahun itu meluahkan penghargaan terhadap syarikat rakaman yang disifatkan sentiasa memberikan sokongan penuh sejak awal pembabitannya dalam industri muzik.

Malah, katanya, pihak label tidak pernah menyekat sebarang perancangan seni yang ingin dilaksanakan, termasuk soal pelancaran karya baharu.

“Syarikat rakaman saya sentiasa menjadi sistem sokongan yang sangat baik untuk kerjaya muzik saya sejak 2013.

“Mereka memberi kebebasan sepenuhnya kepada saya untuk merancang dan membuat keputusan mengenai sebarang pelancaran karya,” katanya.

Susulan itu, Hael berharap orang ramai tidak terburu-buru membuat andaian atau menuding jari kepada syarikat rakaman apabila sesuatu projek tidak menjadi kenyataan mengikut jadual asal.

“Jangan sesuka hati menyalahkan syarikat rakaman. Kadang-kadang, artis sendiri yang menentukan apa yang terbaik untuk mereka,” katanya.

Penjelasan itu dibuat selepas wujud perbincangan dalam kalangan peminat yang mempersoalkan kelewatan album baharu Hael, selain mengandaikan ia berpunca daripada campur tangan pihak label.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 7 Jan 2025
Trending Wed, 26 Sep 2018

Anak Gaduh Bapa Campur Tangan, Rakan Sekelas Mati Ditikam Tanpa Belas Kasihan! Kejamnya!

Budak lelaki dijumpai terbaring dan berlumuran darah di atas lantai bilik air.

Trending Sun, 10 Jun 2018

Kejam Betul! Bayi Lelaki Ditinggalkan Dalam Mangkuk Tandas

Polis masih mengesan individu yang terlibat dan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan.

Hiburan Fri, 12 Jul 2024
Hiburan Wed, 25 May 2022

“Pernah Terfikir Nak Potong Perut” – Janna Nick Terasa Hati Dipanggil Gemuk

Janna Nick sedih dikutuk gemuk, mahu buktikan dia boleh kuruskan badan.

Trending Tue, 22 Oct 2019
Hiburan Sat, 5 Apr 2025
Hiburan Sun, 5 Jan 2025

CSOIAM: Zazzleen Bakal Nyanyikan Lagu Wajah Rahsia Hati, Fauziah Ahmad Daud Titip Ucapan Selamat Maju Jaya

Fauziah Ahmad Daud ucapkan selamat maju jaya buat Zazzleen di CSOIAM.

error: Content is protected !!