Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 18, 2026 @ 11:58am

“Tutup Saja Telefon…” – Jojo Ghazali Kongsi Cara Hadap Buli Siber, Anggap Media Sosial Punca Kemurungan

Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali tampil berkongsi pandangannya mengenai isu buli siber yang semakin membimbangkan, terutama dalam kalangan pengguna media sosial masa kini.

Menerusi perkongsian di Threads, Johan atau lebih mesra disapa Jojo mengakui dia sering diajukan soalan mengenai cara dia berdepan dengan kecaman serta komen negatif yang diterimanya di media sosial.

Menurut Jojo, ramai beranggapan dirinya tidak mudah terkesan dengan apa jua komen yang dilemparkan kepadanya.

“Saya pernah ditanya, ‘Macam mana anda berdepan dengan buli siber?’ dan ‘Anda sentiasa nampak seperti tiada apa yang mengganggu anda’.

“Jawapan saya sentiasa sama… tutup saja telefon anda,” tulisnya.

Tambah Jojo, media sosial kini menjadi antara faktor terbesar yang menyumbang kepada masalah kemurungan.

“Media sosial adalah salah satu faktor terbesar yang menyebabkan kemurungan pada zaman moden ini. Dunia dalam telefon dan dunia sebenar adalah sesuatu yang berbeza sama sekali.

“Jalankan tanggungwab anda dan kekal menjadi diri sendiri dalam kedua-duanya. Apabila ia menjadi terlalu berat, ambil masa untuk menjauh dan nikmati kehidupan. Alhamdulillah,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 9 Dec 2024
Selebriti Mon, 15 Aug 2022

Anjur Majlis Ilmu, Linda Rafar Syukur Ramai Rakan Artis Hadir

Pelakon dan penyanyi Linda Rafar telah menganjurkan satu majlis ilmu dan ramah mesra bersama penceramah terkenal Ustaz Wadi Annuar, baru-baru ini. Dalam perkongsian di laman Instagram, Linda memanjatkan rasa syukur kepada Allah atas penganjuran majlis […]

Trending Thu, 4 Oct 2018
Featured Tue, 13 Dec 2022

Nafi ‘Playboy’, Ismail Izzani Tegur Individu Wanita Sebar Gosip Liar – “Saya Minta Maaf, Tolong Berhenti Ugut”

Alahai kesian Ismail Izzani 🥲 Kalau dah sentuh isu keluarga ni, kita pun jadi geram! 🥵

Hiburan Mon, 24 Jul 2023
Trending Fri, 16 Aug 2019

Imam Terbunuh Ketika Solat Jumaat

Lagi kejadian serangan bom selepas solat Jumaat.

error: Content is protected !!