Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 19, 2026 @ 6:22pm

Fenomena Koplo Makin Menular, KOPLOVE Live In Kuala Lumpur 2026 Bakal Satukan Peminat Malaysia Dan Indonesia

Gelombang muzik koplo yang semakin rancak di Indonesia kini mula mencuri perhatian peminat muzik di Malaysia. Rentaknya yang rancak serta gabungan elemen dangdut moden menjadikan genre itu semakin diterima, khususnya dalam kalangan generasi muda.

Menyedari perkembangan tersebut, Zona Joget bakal menganjurkan KOPLOVE Live In Kuala Lumpur 2026 pada 1 Ogos depan, jam 8 malam di VOX Live Kuala Lumpur, Platinum Park.

Konsert berkenaan bakal menampilkan dua nama besar dari Indonesia iaitu START KOPLO dan Lilo, selain turut disertai beberapa DJ tempatan yang akan memeriahkan pentas.

Menurut Pengarah Urusan Ace Talents, Azuein Alonto, Kuala Lumpur dilihat sebagai lokasi terbaik untuk memperkenalkan budaya koplo kepada khalayak lebih luas memandangkan penerimaan masyarakat tempatan terhadap muzik dari Indonesia semakin memberangsangkan.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kita dapat lihat muzik Indonesia diterima dengan sangat baik di Malaysia. Daripada pop dan indie sehinggalah kepada dangdut serta koplo yang semakin mendapat perhatian di media sosial.

“Bagi kami, koplo bukan sekadar muzik, tetapi satu pengalaman yang menghimpunkan orang ramai menerusi nyanyian, tarian dan suasana yang penuh interaksi. Sebab itu kami percaya KOPLOVE mempunyai potensi untuk berkembang di sini,” katanya.

Tambah Azuein, selain komuniti Indonesia yang besar di Malaysia, minat dalam kalangan penonton tempatan terhadap pengalaman hiburan yang lebih interaktif juga semakin meningkat.

Mengulas pemilihan START KOPLO dan Lilo sebagai bintang utama konsert, Azuein berkata kedua-dua nama itu membawa identiti tersendiri dalam budaya koplo moden.

“START KOPLO dikenali dengan kreativiti mereka dalam mengolah lagu-lagu popular dengan sentuhan koplo yang dekat dengan generasi muda. Mereka juga mempunyai komuniti peminat yang kuat dan sentiasa berjaya mencipta suasana meriah setiap kali membuat persembahan.

“Lilo pula mempunyai tenaga yang luar biasa di atas pentas dan bijak membaca emosi penonton. Gabungan kedua-duanya akan memberikan pengalaman yang lebih lengkap kepada penonton,” katanya.

Menurutnya, KOPLOVE bukan sekadar sebuah acara hiburan, sebaliknya menjadi platform untuk membina komuniti pencinta muzik koplo di Malaysia.

“Kami mahu mewujudkan ruang untuk orang ramai berkumpul dan meraikan muzik yang mereka minati tanpa mengira latar belakang.

“Sebab itu kami sering menggunakan slogan ‘Be Part of The Movement’ kerana kami percaya KOPLOVE bukan hanya tentang artis di atas pentas, tetapi semua yang hadir dan menjadi sebahagian daripada pengalaman tersebut,” katanya.

Azuein berharap penganjuran edisi pertama KOPLOVE mampu menjadi titik permulaan kepada perkembangan budaya koplo yang lebih besar di negara ini serta membuka lebih banyak peluang kolaborasi antara Malaysia dan Indonesia pada masa akan datang.

Bagi penganjuran kali pertama ini, pihak penganjur menyasarkan kehadiran sekitar 1,000 penonton di VOX Live Kuala Lumpur.

“Koplo sebenarnya merentasi generasi. Ramai yang membesar dengan lagu dangdut dan muzik Indonesia yang mempunyai elemen hampir sama.

“Akhirnya, KOPLOVE adalah tentang kebersamaan dan pengalaman yang dikongsi bersama. Kami mengalu-alukan kehadiran rakyat Malaysia, komuniti Indonesia, pelajar, golongan profesional dan sesiapa sahaja yang cintakan muzik serta suasana positif,” katanya.

Tiket KOPLOVE Live In Kuala Lumpur 2026 dijual pada harga RM99 bagi kategori Early Bird, RM148 untuk tiket biasa dan RM169 bagi pembelian di pintu masuk pada hari acara menerusi laman web Ticket2U.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Nov 2019
Kisah Viral Sat, 24 Dec 2022

Dokumentari Khas Majalah 3 ‘Tragedi Di Batang Kali’ Bakal Bersiaran 26 Disember Ini

Majalah 3, siri dokumentari popular Malaysia bakal memaparkan dokumentari khas tragedi cerun runtuh di Batang Kali yang melibatkan 92 mangsa. Penerbit Kanan Majalah 3 dan juga merangkap wartawan lokasi, Christine Lee dan jurukamera, Mohd Zahril […]

Hiburan Fri, 18 Oct 2019

Siti Sarah Terkilan Sebab…?

Peringatan buat kita semua…

Hiburan Fri, 18 Aug 2023
Hiburan Thu, 11 Dec 2025
Hiburan Mon, 13 Jan 2020
Trending Tue, 4 Dec 2018

Tiga Maut Akibat Letupan Di Kompleks City One Megamall

Restoran berkenaan akan dibuka secara rasmi esok dan hari ini pekerja restoran berkenaan serta pekerja kontrak sedang sibuk membuat persiapan akhir.

Hiburan Fri, 16 May 2025

Hafiz Suip Diuji Batu Karang, Peminat Titip Doa Segera Sembuh

Hafiz Suip alami batu karang dalam buah pinggang

error: Content is protected !!