Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 23, 2026 @ 12:44pm

Ozlynn Tegur Netizen, Jangan Banding Ibu Bersalin Normal Atau Czer – “Semua Sakit & Ada Perjuangan Sendiri”

Pelakon, Ozlynn Wati berharap orang ramai berhenti membandingkan pengalaman ibu yang bersalin secara normal mahupun pembedahan Caesarean (czer) kerana kedua-duanya mempunyai cabaran dan kesakitan tersendiri.

Berkongsi pengalaman menerusi Threads, Ozlynn berkata dia sendiri sudah melalui kedua-dua proses kelahiran itu selepas dikurniakan enam cahaya mata.

“Saya ada enam orang anak, ada czer dan normal. Cerita pasal normal, contractions punya sakit tak tahu nak describe macam mana. Dengan doktor dok korek nak tengok bukaan, sakit sampai jahit pun tak rasa.

“Czer pula sakit tapi tak macam normal. Namun nak jaga badan lepas czer, sakit dia datang selepas habis bius. Proses berpantang pula, jaga selepas bersalin normal lebih mudah berbanding czer. Jadi setiap kelahiran ada pro dan cons,” katanya.

Menurut Ozlynn, dia kurang senang apabila ada segelintir pihak yang cuba menentukan kaedah kelahiran mana lebih sukar kerana setiap ibu mempunyai ujian yang berbeza.

“Jadi jangan nilai orang lahir normal atau czer. Semua sakit. Lahir setiap anak pun lain-lain ujian dia.

“Ada yang tengah teran, doktor tiba-tiba suruh berhenti sebab tali pusat dah terbelit.

“Untuk saya, hargai setiap kelahiran dan jangan sakiti hati setiap ibu. Masing-masing ada ujian masa nak melahirkan. Semua ada struggle ya. Czer ke normal tetap sakit dan perlu lalui setiap fasa,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ozlynn turut berkongsi pengalamannya mendapatkan semula bentuk badan selepas bersalin yang menurutnya mengambil masa lebih lama selepas menjalani pembedahan czer.

“Czer untuk aku, nak jaga dan dapat balik perut slim hampir setahun, sedangkan normal tiga bulan dah kempis,” katanya.

Di akhir perkongsian, Ozlynn turut menitipkan ucapan buat para ibu serta mendoakan wanita yang sedang berusaha mendapatkan cahaya mata.

“Apa pun, nak ucap tahniah buat semua ibu-ibu. Yang masih TTC, saya doakan semoga Allah bagi nikmat mengandung, melahirkan dan membesarkan anak sendiri. Amin,” katanya.

Artikel Berkaitan: Miliki Latar Pendidikan Agama, Ozlynn Akui Perjalanan Hijrah Masih Belum Sempurna – “Moga Pengakhiran Kita Semua Lebih Baik”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 16 Feb 2023
Hiburan Mon, 28 Jan 2019

‘Hello, Boleh Saya Bantu?’ -Zaaim Rindu Kerja Kedai Fast Food

Wah…seronok lah pelanggan bila pesanan diambil daripada sang Juara pula tu!

Hiburan Mon, 4 Jun 2018

Nora Danish Sedih Netizen Kutuk Baby Ney Ney Lagi!

Status selebriti bukan bermaksud dia perlu menerima dan menelan apa yang dikatakan oleh netizen tentang dirinya atau keluarga. Kerana, beliau juga mempunyai perasaan sama seperti orang lain malah lebih beremosi dan sensitif kerana beliau adalah orang seni

Hiburan Tue, 1 Oct 2024

“Bila Berdiam Diri Banyak Spekulasi Timbul Hingga Jadi Fitnah” – Marissa Dania

Kadang kala perlu bersuara juga kan demi pertahankan diri

Featured Thu, 2 Jan 2025
Trending Tue, 31 Dec 2019

Murid Darjah Satu Pimpin Mak Ayah Buta Tunjuk Satu Sekolah Undang Sebak

Hari terakhir penghujung tahun 2019, maka bermulah sesi orentasi bagi pelajar darjah satu di beberapa buah sekolah sekitar Malaysia. Bukan sahaja pelbagai kerenah kanak-kanak dapat dilihat, tetapi reaksi ibu ayah yang pastinya teruja melihat anak […]

Featured Sat, 25 Sep 2021
Featured Wed, 7 Sep 2022
error: Content is protected !!