Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 23, 2026 @ 3:36pm

Netizen Ucap Tahniah Buat Umisya Mazlan, Harap Aslam Lebih Menghargai Isteri – “Menang Tanpa Bertanding”

Perkongsian bekas madu pempengaruh, Marissa Dania iaitu Umisya Mazlan kembali meraih tumpuan ramai susulan heboh mengenai berita status perkahwinan kedua suaminya, Ahmad Aslam.

Berdasarkan perkongsian video di TikTok Umisya, netizen membanjiri hantaran tersebut dengan ucapan tahniah serta meluahkan rasa kagum terhadapnya atas kesabarannya menempuh ujian rumah tangga terutama ketika dimadukan tanpa pengetahuannya.

Hantaran tersebut dimuat naik pada empat hari lalu kembali tular di media sosial yang memaparkan momen Umisya menceritakan pengalamannya bersalin anak keempat.

@_umisyamazlan

Setiap anak ada cerita dia sendiri 🤍 Dan journey baby no 4 ni memang lain dari yang lain. Apa pun, Alhamdulillah semuanya dipermudahkan.

♬ original sound – _umisyamazlan – _umisyamazlan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menitipkan pesanan kepada Aslam agar menghargai pengorbanan Umisya, selain berharap agar dia mengambil iktibar terhadap tindakannya sebelum ini.

Pada pagi Selasa, mahkamah telah memutuskan Marissa dan Aslam sudah tidak lagi mempunyai hubungan sah sebagai suami isteri.

Terdahulu, Aslam dilaporkan telah memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk pada 10 Mac lalu.

Menurut peguam syarie mewakili Aslam iaitu Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri berkata Aslam dipercayai pernah melafazkan cerai terhadap Marissa sebanyak dua kali pada September 2024 dan April 2025.

Imbas kembali, Marissa mendirikan rumah tangga bersama Aslam sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Perkahwinan berkenaan mencetuskan perhatian apabila didakwa berlangsung tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan serta keluarga kedua-dua belah pihak termasuk ibu bapa Marissa, Norman Hakim dan Abby Abadi.

Pasangan tersebut dikurniakan seorang cahaya mata namun meninggal dunia ketika kandungan usia lima bulan.

Artikel Berkaitan: Abby Abadi Beri Respons Berita Marissa Dania, Aslam Bukan Lagi Pasangan Suami Isteri – “Alhamdulillah”

Artikel Berkaitan: Marissa Dania Ziarah Kubur Anak Undang Rasa Sayu Netizen – “Al-Fatihah Wildan Syurga, Untung Ada Yang Menanti Depan Pintu”

Artikel Berkaitan: Umisya Mazlan Dedah Aslam Pernah Lafaz Taklik, Tampil Bongkar Kisah Sebenar Di Sebalik Poligami – “Saya Pernah Minta Pihak Sana Buat Laporan…”

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Lakukan Sebarang Provokasi Selepas Bernikah ”- Marissa Dania Akui Tak Dapat Hak Sebagai Seorang Isteri Secara Adil

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 3 May 2023
Hiburan Sat, 20 May 2023
Featured Tue, 11 Oct 2022

Didie Alias Akui Pernah Berniaga Di Kelab Malam – “ Saya Beli Barangan Wanita Dan Jual Kepada…”

Min sebak dengar kisah hidup Didie Alias.. Semoga kita semua tabah menghadapi cabaran hidup ini..

Hiburan Tue, 28 Apr 2026

Cik B Respons Persembahan Beremosi Dikritik ‘Cringe’ – “Benda Itu Tak Dibuat-Buat”

Cik B menjelaskan tindakannya di atas pentas bukan sesuatu yang dilakonkan, sebaliknya berlaku secara spontan.

error: Content is protected !!