Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 23, 2026 @ 7:04pm

Hobi Pickleball Buka Peluang Arfie Shah Beraksi Bersama Anna Jobling

Fenomena sukan pickleball yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat tempatan kini menemukan dua wajah popular, Anna Jobling dan Arfie Shah, dalam sebuah kisah yang menyatukan semangat kesukanan, persahabatan dan cinta.

Lebih menarik, buat Arfie, minatnya terhadap sukan berkenaan secara tidak langsung membuka peluang untuk bergandingan dengan Anna dalam sebuah naskhah yang mengangkat dunia pickleball sebagai latar utama.

Menurut Arfie, dia tidak pernah menyangka hobi yang sekadar mengisi masa lapang akhirnya membawa dirinya ke set penggambaran sebagai seorang atlet pickleball.

“Pada mulanya saya bermain sekadar untuk berseronok, tetapi tak sangka minat itu akhirnya membawa saya kepada peluang yang cukup istimewa ini.

“Bila dikenang semula, semuanya berlaku dengan pantas dan saya sangat bersyukur kerana dapat melakonkan watak yang dekat dengan diri saya sendiri,” katanya.

Lebih mengujakan, Arfie mengakui pengalaman bekerja bersama Anna Jobling dan Aedy Ashraf menjadi antara momen paling bermakna sepanjang penggambaran.

“Anna seorang yang sangat profesional dan mudah memberikan kerjasama. Aedy pula banyak berkongsi pengalaman dan sentiasa memberikan semangat supaya saya dapat memberikan yang terbaik dalam setiap babak,” katanya.

Sementara itu, Anna mengakui dia langsung tidak mempunyai pengalaman bermain pickleball sebelum menerima tawaran tersebut. Namun, pelakon berusia 26 tahun itu sanggup menjalani latihan bagi memastikan wataknya dapat dibawakan dengan sebaik mungkin.

“Saya ambil peluang ini untuk belajar sesuatu yang baharu. Sebelum penggambaran bermula, saya luangkan masa mempelajari asas permainan dan menjalani latihan.

“Pada mulanya memang agak mencabar, tetapi lama-kelamaan saya mula menikmati rentak permainan ini. Saya harap penonton dapat melihat kesungguhan kami dalam menjayakan cerita ini,” katanya.

Populariti sukan itu turut menjadi inspirasi kepada telefilem Dink! I Love You arahan Boy Koci terbitan Motio Studio yang kini boleh ditonton menerusi platform penstriman UTV bermula 18 Jun lalu.

Arfie memegang watak Ghazali, seorang pelajar cemerlang yang tidak mempunyai latar belakang dalam sukan sebelum dipilih menjadi pasangan baharu Diba lakonan Anna Jobling.

Menurut Arfie, cabaran terbesar adalah memaparkan perubahan seorang individu yang pada mulanya kekok sehingga berjaya membina keyakinan diri.

“Apa yang menarik tentang Ghazali ialah hubungan persahabatannya dengan Diba. Diba bukan sekadar pasangan sepasukan, tetapi individu yang sentiasa memberi kepercayaan dan sokongan kepadanya.

“Bagi saya, watak ini membawa mesej bahawa seseorang tidak perlu mempunyai bakat sejak awal. Dengan disiplin, usaha dan sokongan daripada orang sekeliling, kita mampu menjadi versi yang lebih baik,” katanya.

Presiden UTV, Datuk Adzliana Hasan berkata, pemilihan pickleball sebagai tema utama dibuat kerana perkembangan pesat sukan tersebut yang kini dimainkan oleh pelbagai lapisan masyarakat.

“Kalau sebelum ini kami banyak menghasilkan naskhah romantik, komedi, seram dan thriller, kali ini kami mahu membawa sesuatu yang lebih segar.

“Pickleball sedang menjadi fenomena dan saya rasa inilah masa yang sesuai untuk memperkenalkannya menerusi sebuah telefilem. Kalau badminton dan bola sepak sudah biasa dipaparkan, apa salahnya kita beri ruang kepada sukan lain yang sedang berkembang.

“Saya berharap karya ini bukan sahaja menghiburkan, malah dapat memperkenalkan lagi sukan pickleball kepada lebih ramai masyarakat,” katanya.

Dink! I Love You mengisahkan Diba, seorang pemain pickleball berbakat yang meninggalkan pasangan regunya, Arman sebelum memilih Ghazali sebagai rakan sepasukan baharu.

Daripada hubungan sebagai rakan sepasukan, mereka akhirnya disatukan dengan kisah cinta yang berkembang seiring usaha memburu kejayaan di gelanggang, sambil membawa mesej mengenai persahabatan, disiplin dan semangat berpasukan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 17 Sep 2018

Dakwaan Dah Kahwin, Tunang Justin Bieber Mula Bersuara

Penyanyi terkenal Justin Bieber dilaporkan sudah berkahwin dengan tunangnya yang merupakan seorang supermodel, Hailey Baldwin, baru- baru ini.

Featured Mon, 18 Jul 2022

Naqiu Tolak Tawaran Menyanyi Jika Bukan Bersama Boboy – “Tak Adil Minta Saya Nyanyi Lagu…”

Ini baru betul ketua kumpulan yang hebat! 👏🏻 Naqiu kata nak tebus semula peluang Boboy yang hilang 15 tahun dahulu. Yass, Min suka lagu Episod Cinta 🤩👏🏻

Trending Thu, 22 Feb 2018

INILAH WAJAH BABY NEY NEY

Wahh!!! Comel sungguh Baby Ney Ney!!!

Trending Fri, 24 Oct 2025

“Pelanggan Saya Memang Kaya, Tak Perlu Diskaun” – Haliza Maysuri Letak Sasaran RM10 Juta Di Pahang, Mahu Bantu Golongan Memerlukan

“Lagi banyak kami berniaga, lagi banyak zakat yang boleh dibayar” – Haliza Maysuri

Hiburan Tue, 20 Jan 2026
Kisah Viral Fri, 23 Dec 2022

Bahasakan Netizen Persoalkan Kenapa Mangsa Banjir Tak Pindah Awal, Ramai Puji Sajat

Usahawan kontroversi, Nur Sajat Kamaruzzaman sering melayan karenah pengikutnya ketika bersiaran langsung di TikTok. Baru-baru ini, menerusi perkongsian yang dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok @hazrinempire, Sajat sedang menjawab persoalan pengikutnya yang memarahi segelintir […]

Featured Fri, 6 Jun 2025

[VIDEO] Rossa Bagi ‘Greenlight’ Mahu Nyanyi Di Wedding Fattah Amin & Amira Othman?

Datuk Rossa mencuri perhatian apabila telatahnya bersama pelakon dan penyanyi, Amira Othman, Fattah Amin dan pengurusnya, Aca Sakirin tular di TikTok.

Featured Tue, 27 Sep 2022
error: Content is protected !!