Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Padin June 23, 2026 @ 7:24pm

Miliki Lebih 4 Juta Pengikut, ‘Durian Influencer’ Edison Ang Buka Pusat Pengalaman Raja Buah Terbesar Asia… Mahu Dunia Kenali Kisah Musang King!

Dengan lebih 4 juta pengikut di laman sosial Malaysia dan China, nama pempengaruh dan usahawan Edison Ang mungkin cukup dikenali dalam kalangan pencinta durian dan netizen.

Digelar sebagai durian influencer, anak tempatan itu tidak sekadar berkongsi kandungan mengenai raja buah, malah kini membawa minatnya ke satu tahap lebih besar.

Semuanya menerusi pembukaan Kuala Lumpur Durian Experience Centre (KLDEX), pusat pengalaman durian pertama dan terbesar di Asia.

Diasaskan bersama Ang Kean Wee dan dibangunkan menerusi syarikat MyBolehBoleh, KLDEX bakal dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 4 Julai ini dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia serta Tourism Malaysia.

Bagi Edison, durian bukan sekadar makanan kegemaran rakyat Malaysia, tetapi sebahagian daripada identiti dan warisan budaya negara yang perlu dipelihara untuk generasi akan datang.

“Ramai mengenali Musang King, D24 atau Black Thorn, tetapi tidak ramai yang mengetahui kisah di sebalik varieti-varieti ini.

“Malaysia mempunyai sejarah dan budaya durian yang sangat kaya. Saya rasa kisah-kisah ini perlu didokumentasikan dengan lebih tersusun supaya ia tidak hilang ditelan zaman,” katanya.

Menurut pengasas MyBolehBoleh itu, walaupun durian Malaysia semakin mendapat perhatian di peringkat antarabangsa, masih banyak cerita dan sejarah yang belum diketahui umum.

“Kalau kita tidak mula memeliharanya sekarang, saya bimbang banyak kisah berharga ini akan dilupakan. Sebab itu KLDEX diwujudkan sebagai ruang untuk orang ramai memahami durian bukan sekadar dari sudut rasa, tetapi juga sejarah dan budaya,” katanya.

Berkeluasan lebih 20,000 kaki persegi, KLDEX membawa pengunjung menyelami perjalanan durian Malaysia menerusi pameran interaktif, arkib sejarah, kandungan imersif serta pelbagai kisah menarik mengenai varieti ikonik tempatan.

Pengunjung turut berpeluang merasai pengalaman seolah-olah berada di dusun menerusi zon khas yang memperkenalkan ekosistem pokok durian, kaedah penanaman serta kisah di sebalik perkembangan industri tersebut.

Selain muzium, pusat itu turut dilengkapi teater imersif yang menggabungkan elemen drama, tarian, rap dan muzik untuk memperkenalkan budaya durian Malaysia dengan pendekatan yang lebih moden dan mesra pelancong.

Tidak ketinggalan, ruang makanan dan runcit yang menawarkan pelbagai produk berasaskan durian termasuk tart dan kopi durian, sekali gus memberikan pengalaman rasa yang lebih pelbagai kepada pengunjung.

MyBolehBoleh yang diasaskan Edison pada 2023 sebelum ini aktif mempromosikan durian Malaysia ke pasaran antarabangsa. Kini, melalui KLDEX, Edison berharap pusat tersebut mampu menjadi salah satu tarikan pelancongan baharu negara serta memperkenalkan budaya durian Malaysia kepada dunia dengan cara yang lebih menyeluruh.

“Visi kami bukan sekadar memperkenalkan durian, tetapi berkongsi kisah dan identiti Malaysia kepada dunia.

“Harapan saya, apabila pelancong datang ke sini, mereka bukan hanya pulang dengan rasa durian yang sedap, tetapi juga membawa bersama pengalaman dan cerita yang membuatkan mereka lebih mengenali Malaysia,” katanya.

Pada masa hadapan, KLDEX turut merancang memperkenalkan lawatan khas ke dusun-dusun tempatan bagi memberi peluang kepada pengunjung menikmati sendiri pengalaman dari ladang hingga ke meja hidangan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 12 Jan 2024

Individu Dakwa Chef Wan Potong Separuh Gaji Pekerja Gred A, Bongkar Restoran De.Wan Tiada Untung?

Eh, takkanlah sampai gaji chef-chef hebat & pekerja lain RM1,500 je?

Hiburan Thu, 14 Mar 2024
Featured Mon, 6 Oct 2025

Isu Fitnah & Buli Siber, Aaron Aziz Ambil Tindakan Undang-Undang – “Permudahkan Urusan Kami”

Datuk Aaron Aziz akhirnya mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang didakwa terlibat dalam perbuatan buli siber serta penyebaran fitnah membabitkan dirinya dan keluarga baru-baru ini.

Trending Sat, 3 Mar 2018

Tempah Uber Ketika Mabuk, Rupanya Tersalah Set Balik Rumah

Dikenakan bayaran tambang Uber sebanyak AS$1,635 (RM6,426) kerana tersalah set balik rumah iaitu kampung halaman

Hiburan Wed, 12 Jul 2023
Featured Fri, 9 Dec 2022
Featured Sat, 25 May 2024

Dituduh Tak Hormat Tempoh Idah, Adira Suhaimi Tampil Beri Respons : “Anak 4 Orang Tu Siapa Nak Bagi Makan?”

Haa, dengar penjelasan Adira tu okay jangan asyik tanay nanti kena babap. Awas!😅

Featured Tue, 27 Nov 2018
error: Content is protected !!