Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 2, 2026 @ 12:24pm

Luqman Hafidz Buat Debut Sebagai Pengarah, Angkat Sisi Spiritual Dalam Filem Seram Keramat Gunung Jerai

Pelakon, Luqman Hafidz melakar satu lagi pencapaian dalam karier seni apabila buat pertama kali menggalas tanggungjawab sebagai pengarah menerusi filem psikologi seram, Keramat Gunung Jerai.

Filem terbitan Lumatic Films itu bukan sahaja menjadi penampilan sulung Luqman di kerusi pengarah, malah mencipta sejarah sebagai naskhah Tonton Originals pertama yang ditawarkan menerusi konsep Pay-Per-View (PPV) atau Transactional Video on Demand (TVOD).

Dijadualkan menemui penonton bermula 8 Julai ini, Keramat Gunung Jerai menampilkan barisan pelakon terdiri daripada Niezam Zaidi, Cristina Suzanne, Iedil Putra dan Sara Ali.

Menurut Luqman, peluang mengarahkan filem itu hadir selepas melalui proses perbincangan dan pembangunan idea selama hampir dua tahun bersama pengarah berpengalaman, Nik Amir Mustapha.

Katanya, sepanjang tempoh itu beliau banyak menimba ilmu serta bertukar pandangan dengan pengarah filem seperti Imaginur, Bru dan Terbaik Dari Langit itu sebelum diberikan kepercayaan mengemudi projek berkenaan.

“Dapat berguru dan bertukar pandangan secara dekat dengan beliau sepanjang proses ini adalah satu rezeki dan pengalaman yang saya akan sentiasa hargai.

“Terima kasih kerana mempercayai saya dan membawa nama saya kepada pihak Tonton sehingga mereka terbuka hati memberi peluang kepada saya,” katanya.

Mengulas mengenai pemilihan Gunung Jerai sebagai latar utama filem, Luqman berkata, dia tidak mahu sekadar mengeksploitasi kisah mistik yang sering dikaitkan dengan lokasi berkenaan.

Sebaliknya, dia berharap filem itu mampu mengangkat semula nilai sejarah dan spiritual Gunung Jerai yang disifatkan semakin tenggelam dek lambakan cerita berunsur khurafat di media sosial.

“Saya mahu penonton melihat bahawa sebuah tempat yang mempunyai sejarah yang begitu baik tidak seharusnya hanya dikenali melalui cerita-cerita yang menimbulkan syak wasangka atau fitnah.

“Kadang-kadang sesuatu yang baik lebih mudah dihargai apabila ia diletakkan dalam kontras dengan sesuatu yang gelap,” katanya.

Latar belakang Luqman dalam bidang Neuro-Linguistic Programming (NLP) turut dimanfaatkan dalam pembikinan filem ini apabila beliau menyuntik elemen psikologi manusia ke dalam jalan cerita yang mengisahkan keretakan hubungan tiga sahabat akibat sebuah ritual terlarang pada masa lalu.

Dalam masa sama, Luqman berkata, pengalaman bertahun-tahun sebagai pelakon memberinya kelebihan untuk memberi tumpuan terhadap pembinaan karakter dan persembahan lakonan yang lebih natural.

Luqman menjelaskan dia banyak menggunakan pendekatan acting treatment sepanjang proses penggambaran bagi memastikan setiap pelakon benar-benar menghayati watak masing-masing.

“Saya percaya penonton hari ini semakin bijak. Mereka mencari sesuatu yang terasa benar. Jadi saya cuba membina persembahan yang lebih natural, lebih terkawal dan lebih dekat dengan kehidupan sebenar.

“Apabila penonton percaya kepada manusia dalam cerita itu, barulah mereka akan percaya kepada segala perkara yang berlaku selepas itu, termasuk elemen seramnya,” katanya.

Mengakui teruja menantikan reaksi penonton, Luqman berharap Keramat Gunung Jerai bukan sekadar menghiburkan, sebaliknya mampu mengajak masyarakat merenung soal pilihan hidup, adab dan akibat daripada setiap tindakan manusia.

Keramat Gunung Jerai boleh ditonton secara eksklusif menerusi platform Tonton bermula 8 Julai ini melalui perkhidmatan PPV pada harga RM12.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 2 Aug 2019

Farah Diana Mahu ‘Pancing’ Ernie Zakri

Tidak menolak merakam single bergenre ‘jiwang’.

Hiburan Mon, 14 May 2018

Meriah! Tahniah Pemenang DFKL 2018

Manakala, gandingan serasi Syafiq Kyle dan Ayda Jebat menerusi Dekatkan Jarak Kita membuatkan mereka berjaya meraih trofi Pasangan Pilihan. Tahniah!

Hiburan Thu, 23 Jan 2020

八度空间全新「亲子合唱节目」1月29日展开网上招募

全马唯一的亲子合唱节目,将于1月29日展开网上招募!

Kisah Viral Sat, 22 Feb 2025
Featured Wed, 17 Feb 2021
Events Thu, 31 May 2018

Kempen Terima Kasih Rangkaian Televisyen Media Prima: 5 Acara Padang Paling ‘Awesome’!

uat anda yang tidak mahu melepaskan peluang menyertai pelbagai aktiviti menarik bersama para duta kempen, xtra senaraikan 5 Acara Padang Paling ‘Awesome’ sepanjang Ramadan dan Syawal kali ini!

Featured Thu, 23 Jun 2022
FESYEN Wed, 10 Jul 2019

Pertama Kali Di Malaysia, Pameran Fesyen Mewah Ini Curi Tumpuan Neelofa!

Wow, pameran jenama fesyen apa tu sampai Neelofa pun datang..

Trending Mon, 16 Aug 2021

‘Dulu Lebih 200, Sekarang Sekitar 20 Pesakit Sahaja’ – Pengarah HKL

Jika kelmarin seorang pegawai kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkongsi khabar gembira mengenai situasi pesakit Covid-19 di Jabatan Kecemasan yang semakin berkurangan, semalam pengarahnya mengesahkan perkara itu. Dr Rohana Johan berkata, trend penurunan berlaku […]

error: Content is protected !!