Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 3, 2026 @ 12:00pm

“Nak Menangis Tengok Mereka Berebut Tiket…” – Siti Nurhaliza Tersentuh Pengorbanan Peminat Sanggup Labur Duit & Masa Demi Konsert Gema Bumantara

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui tersentuh melihat kesungguhan peminat yang sanggup ‘bertempur’ mendapatkan tiket Konsert Mega Tradisional Gema Bumantara yang bakal berlangsung pada 17 Oktober depan.

Siti berkata, dia sempat mengikuti perkongsian peminat di media sosial yang memaparkan pelbagai reaksi ketika sesi jualan tiket berlangsung sehingga ada yang berjaya, malah tidak kurang juga yang kecewa apabila gagal mendapatkannya.

“Saya rasa terharu, nak menangis pun ada, kelakar pun ada bila tengok peminat ‘battle’ beli tiket.

“Kita ada buat cabaran, peminat pun rakam reaksi mereka ketika berebut tiket. Saya sempat tengok di Threads, ada yang yakin sangat tetapi akhirnya kena tolak (reject), jadi memang suspens dan mendebarkan,” katanya.

Siti berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single Bahasa Mandarin sulungnya bersama Firdhaus berjudul Be Like Water di Menara Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Siti, sokongan tidak berbelah bahagi daripada peminat dan rakyat Malaysia menjadi pembakar semangat buatnya untuk memberikan persembahan terbaik pada konsert berkenaan.

“Saya rasa terharu kerana rakyat Malaysia dan peminat saya tak pernah berhenti memberi sokongan.

“Bila tengok kesungguhan mereka menyimpan duit semata-mata nak beli tiket konsert saya, saya tak boleh hampakan mereka. Saya akan buat yang terbaik,” katanya.

Dalam perkembangan sama, pelatun lagu Balqis itu berkata, Konsert Mega Tradisional Gema Bumantara bukan sekadar sebuah persembahan hiburan, sebaliknya menjadi platform mengangkat martabat muzik tradisional ke tahap lebih tinggi.

Katanya, Siti mahu membuktikan karya tradisional mampu dipersembahkan dalam skala besar dengan kualiti bertaraf antarabangsa tanpa menghilangkan nilai seni dan warisan budaya.

“Ini juga satu sumbangan kepada budaya Malaysia. Saya nak tunjukkan walaupun kita menyanyikan lagu tradisional, ia tetap boleh dipersembahkan pada tahap yang tinggi.

“Saya harap Tourism Malaysia juga boleh berbangga dengan usaha saya dan pasukan kerana konsert ini bukan untuk diri saya seorang.

“Saya ada lebih 200 orang tenaga kerja profesional yang bersama-sama menjayakan konsert ini,” katanya.

Terdahulu, Siti mengumumkan bakal mengadakan Konsert Mega Tradisional Gema Bumantara di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 17 Oktober depan.

Selain meraikan peminat, konsert itu turut membawa misi memartabatkan muzik tradisional supaya terus relevan dan dihargai oleh masyarakat, sekali gus memperkenalkannya kepada generasi baharu melalui sebuah pementasan berskala mega.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 4 Nov 2019

Kutipan Caj 20 Sen Beg Plastik akan Diserah Kepada PBT

Kutipan caj 20 sen yang dikenakan ke atas penggunaan beg plastik di pasar raya di seluruh Selangor akan diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini, bermula 1 Januari tahun depan. Pengerusi Jawatankuasa Tetap […]

Hiburan Sun, 1 Apr 2018

Cristina Suzanne Pilih Lelaki Johor!

Diam tak diam, tiada ribut tiada angin, tiba-tiba diberitakan pelakon ‘Surf This Love’ ini sudah dengan sebenarnya melayari bahtera percintaan apabila selemat melansungkan perkahwinan pada Sabtu lalu.

Hiburan Sat, 21 Dec 2024
Selebriti Sun, 1 May 2022
Featured Fri, 21 Jun 2024
Featured Wed, 6 Apr 2022
Trending Thu, 23 Aug 2018

Video Pakcik Jitra Terus Tular, Tukang Rakam Nafi Reka Cerita

Hang susun kerepek hang penuh meja, tak payah berjalan dari semasa ke semasa. Ni kerepek habis hang pandai pergi top up pulak. Hampa pakat kata dia kaya kan? P beli meja satu. Payung tak payah pun tak apa memandangkan meniaga awaktu malam.

Hiburan Sat, 24 Aug 2019
error: Content is protected !!