Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 2, 2026 @ 10:29am

Bergelar Duta, Sarimah Ibrahim Kongsi Aspirasi Gaya Hidup Lebih Sihat

Pengacara dan pelakon terkenal, Che Puan Sarimah Ibrahim percaya amalan menjaga kesihatan bukan lagi sekadar pilihan, sebaliknya satu keperluan dalam menjalani kehidupan yang lebih seimbang, terutama apabila perlu menggalas pelbagai tanggungjawab setiap hari.

Menurut Sarimah, kesihatan yang baik memberi ruang untuk seseorang terus aktif, yakin dan menikmati setiap fasa kehidupan bersama keluarga serta insan tersayang.

Seiring dengan aspirasi itu, Sarimah kini menggalas tanggungjawab baharu apabila diumumkan sebagai duta jenama kesihatan Labrich menerusi majlis The Labrich Reveal: Nurturing Generations, Empowering Vitality yang berlangsung di Hemisphere Luxury Hall, KL Tower, baru-baru ini.

Pada majlis sama, Labrich turut memperkenalkan dua rangkaian produk terbaharu iaitu TriBio Women Wellness dan TriBio Kids yang dibangunkan bagi memenuhi keperluan kesihatan wanita serta menyokong tumbesaran kanak-kanak.

Pengasas Labrich berkata, penubuhan jenama itu bermula daripada pengalaman merawat pesakit yang semakin berdepan masalah metabolik dan penyakit kronik berkaitan gaya hidup.

“Sepanjang bertugas sebagai doktor, saya melihat semakin ramai pesakit mengalami masalah kesihatan yang berpunca daripada berat badan berlebihan dan rintangan insulin. Dari situ, kami percaya penjagaan kesihatan perlu bermula dari asas iaitu usus yang sihat kerana keseimbangan sistem pencernaan memainkan peranan penting terhadap kesejahteraan tubuh secara keseluruhan.

“Idea itu kemudian membawa kepada pembangunan rangkaian produk yang bukan sahaja memberi perhatian kepada kesihatan usus, malah memenuhi keperluan wanita dan kanak-kanak mengikut fasa kehidupan masing-masing,” katanya.

Menurutnya lagi, penghasilan TriBio Women Wellness tercetus selepas melihat sendiri cabaran yang dihadapi ramai wanita moden dalam mengimbangi kerjaya, keluarga dan komitmen harian.

“Ramai wanita berkongsi mereka sering berasa cepat penat, kurang bertenaga dan berdepan pelbagai isu kesihatan. Kami mahu menghasilkan satu formulasi yang dapat menyokong kesejahteraan harian mereka berdasarkan gabungan bahan yang dipilih secara teliti,” katanya.

Selain itu, Labrich turut memperkenalkan TriBio Kids selepas menerima maklum balas daripada pengguna yang mahukan formulasi khusus untuk kanak-kanak.

Produk berkenaan dibangunkan bagi menyokong kesihatan usus, sistem imun, perkembangan otak serta tumbesaran anak-anak menerusi formulasi yang disesuaikan dengan keperluan mereka.

Pemilihan Sarimah sebagai duta jenama disifatkan selari dengan imej yang dibawanya sebagai wanita aktif yang sentiasa mengutamakan kesejahteraan diri dan keluarga.

Mengulas hala tuju jenama itu, pengasas Labrich berkata setiap inovasi yang dibangunkan mempunyai matlamat sama iaitu membantu masyarakat mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat pada setiap peringkat usia.

“Bagi kami, kesihatan bukan hanya tentang mengelakkan penyakit, tetapi membantu setiap individu menjalani kehidupan dengan lebih berkualiti. Itulah prinsip yang akan terus menjadi panduan kepada setiap inovasi yang kami bangunkan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 22 Oct 2021

“Saya Tak Raikan Pendapat Mereka, Tapi…” – Yasin Rasakan Golongan Antivaksin Bukanlah Ancaman

Penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman berpendapat kewujudan golongan yang masih belum atau menolak vaksin adalah bergantung kepada pendirian dan hak masing-masing. Menurut Yasin, di sekelilingnya ramai orang yang tidak mengambil vaksin lagi dengan pelbagai alasan. […]

Events Thu, 15 Dec 2022

Rezeki Semakin Murah Dalam Lakonan, Shiha Zikir Jaga Batas

Selebriti serba boleh, Shiha Zikir mengutamakan pemilihan watak dalam memberikan hasil kerja yang terbaik selagi ia tidak melanggar batas. Mula dikenali dalam bidang nyanyian, Shiha juga aktif dalam bidang pengacaraan serta mendapat banyak tawaran lakonan. […]

Trending Thu, 28 May 2020

[TERKINI] Palsu Dokumen Rentas Negeri, Penjawat Awam Ini Didenda RM1,800

Inilah akibatnya palsukan dokumen rentas negeri.

Featured Tue, 25 Nov 2025

Tular Video Belakang Tabir Edry KRU Pengsan, Netizen Titip Kata Semangat – “Moga Allah Jaga & Beri Kesembuhan”

Edry dilaporkan telah pengsan dan mengalami kekejangan otot lebih 45 minit.

Hiburan Mon, 11 Dec 2017

吉祥物“GoGo”可爱到爆!迎接2018狗年的到来

继往年的吉祥物“威力羊”、“满吉”、“發仔”,广受大众喜爱与好评,首要媒体集团在即将到来的2018戊戌狗年也设计了吉祥物——“GoGo”,并以《GoGo旺得福》为主题的新春活动和同名贺岁专辑。

Trending Mon, 4 Dec 2017

Majikan WhatsApp lepas waktu kerja beri tekanan?

Pekerja yang berhadapan dengan situasi demikian mengakui arahan majikan melalui WhatsApp menjejaskan kehidupan peribadi.

Hiburan Thu, 14 Feb 2019

Baim Wong, Isteri Tersenarai Antara Vlogger Terkenal Dunia

Hebat penangan suami isteri ni, sentiasa terhibur tengok telatah mereka di Vlog Bapau. Cuba try layan, menghiburkan!

Featured Wed, 10 Sep 2025

Tumpang Bahagia Di Hari Pernikahan Amira Othman & Fattah Amin, Uyaina Arshad Pesan Netizen Jaga Lisan

Uyaina mohon netizen jaga lisan dan doakan yang terbaik buat Amira, Fattah.

error: Content is protected !!