Euforia Bola 2026
Trending By: Padin October 22, 2021 @ 6:43am

“Saya Tak Raikan Pendapat Mereka, Tapi…” – Yasin Rasakan Golongan Antivaksin Bukanlah Ancaman

Penyanyi dan komposer Yasin Sulaiman berpendapat kewujudan golongan yang masih belum atau menolak vaksin adalah bergantung kepada pendirian dan hak masing-masing.

Menurut Yasin, di sekelilingnya ramai orang yang tidak mengambil vaksin lagi dengan pelbagai alasan.

“Mereka ada banyak sebab atau mungkin juga mereka berasakan tak nak terbabit dengan agenda vaksin. Ikut kepercayaan masing-masing.

“Tapi bagi saya ia tak jadi masalah pada negara pun. Sebab kadar vaksinasi seluruh negara pun sudah mencapai 90 peratus.

“Lagi satu, kita tak boleh paksa mereka. Dalam perubatan pun sama. Cuma, pengambilan vaksin ini adalah untuk kesedaran bersama bagi melindungi diri kita,” katanya.

Bagaimanapun, Yasin turut merasakan mereka yang digelar antivaksin ini bukanlah ancaman buat mereka yang sudah mengambil suntikan vaksin.

“Saya tak raikan pendapat mereka, tapi saya hormat pendirian mereka. Sebab soal masukkan sesuatu dalam badan adalah atas diri sendiri. Jadi, apa pun keputusan mereka, itu hak mereka.

“Bagi saya, buat masa sekarang ini bukan satu masalah. Melainkan kalau majoriti yang tak nak vaksin, itu baru masalah. Antivaksin bukanlah ancaman buat kita. Kalau tengok sekarang pun kes harian kita makin turun. Tak perlu nak kecoh atau saling bergaduh di media sosial. Pada akhirnya yang tak nak ambil tetap tak nak ambil,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Yasin tampil dengan lagu Vaksin Rindu ciptaan AkhMas bersama dirinya dan lirik pula hasil nukilan Yasin sendiri bersama Suhaimi dan Ghazali.

Lagu yang dilancarkan oleh Persatuan Amal Kemanusiaan Malaysia ini menjadi salah satu usaha dan inisiatif agar orang ramai yang belum mendapatkan vaksin boleh berbuat sedemikian.

“Saya mendapat tawaran menyanyikan lagu ini bulan lepas. Apabila saya dengar melodi dan baca lirik, saya tak fikir panjang untuk kata ya. Saya terus terima dan nak buat. Lagi pula, saya suka idea yang dibawa Persatuan Amal Kemanusiaan Malaysia ini.

“Dalam masa sama, saya lebih kepada nak sokong kempen dijalankan mereka. Saya nak raikan matlamat kempen mereka menerusi lagu Vaksin Rindu ini. Melihat usaha mereka ini, ia sesuatu yang bagus kerana ada kesedaran dan mahu tingkatkan kesedaran kepada masyarakat terhadap suntikan vaksin di kala virus Covid-19 masih melanda negara,” katanya.

Berkongsi lanjut mengenai lagu itu, Yasin berkata dia juga turut memberikan sedikit sentuhannya pada melodi dan lirik.

“Pada awalnya memang saya kena menyanyi saja. Apabila tengok lirik, ia ‘cute’ juga. Lagu sederhana dan santai saja. Disebabkan karya ini daripada NGO, saya tidak boleh ‘treat’ mereka macam orang lain. Jadi, saya ada baiki sikit pada bahagian lirik supaya lagu itu lebih baik hasilnya.

“Sebelumnya saya minta izin dan mereka okay. Ketika dapat tawaran itu pun, muzik sudah siap. Jadi, saya bantu dalam proses ‘mixing’ sikit. Alhamdulillah, hasilnya diharap dapat diterima baik peminat dan sama-sama kita menghayati lagu ini,” katanya.

Lagu Vaksin Rindu bakal dilancarkan secara rasmi pada 21 Oktober ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 27 Jun 2018
Featured Sat, 12 Apr 2025
Hiburan Sat, 30 Nov 2024

Roziana Cindy Cipta Sejarah Tersendiri, Jadi Penyanyi Singapura Pertama Berkolaborasi Dengan Ade Govinda

Roziana Cindy berkolaborasi dengan Ade Govinda menerusi lagu Paling Sejati.

Featured Thu, 23 Sep 2021

“Memang Sebab Pertahankan Agama Atau Dendam & Dengki?” – Netizen Persoal Niat Pihak Tertentu Didakwa Dedah Aib Ebit Lew

Isu video tular melibatkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) mendapat perhatian warganet yang mempunyai pelbagai pandangan. Terbaharu, sebuah video yang dikongsi oleh pendakwah bebas, Firdaus Wong bersama penganalisis jenayah terkemuka, Kamal Affandi di laman […]

Featured Tue, 2 Sep 2025

Duda Anak Dua Didakwa Kekasih Baru Nora Danish?

‘A new chapter, Bismillah’ – Nora Danish

Hiburan Fri, 8 May 2026

Awie ‘Berkurung’ Di Studio Tiga Bulan Demi Konsert ‘Awie Rock King – Last Man Standing’, Risau Faktor Kesihatan Jejaskan Persembahan

Awie mendedahkan proses perbincangan bagi merealisasikan konsert tersebut mengambil masa kira-kira enam bulan

Hiburan Sat, 12 Nov 2022

“Tajam Sangat Ke Bahu Saya Bang?” – Gelagat Aedy Ashraf & Peminat Buat Netizen Terhibur

Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon Aedy Ashraf yang sering kali membuat ramai tak keruan melihat ketampannya. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik seorang pengguna TikTok iaitu @nis4s0 yang merakamkan aksinya sedang bergambar […]

error: Content is protected !!