Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida August 25, 2018 @ 3:00pm

Lelaki Terkejut Pinjam RM 2700 Tapi Dipaksa Bayar Bunga RM 6000

Dua lelaki membuat laporan polis kerana diugut peminjam wang tanpa lesen atau Ah Long ekoran kegagalan menjelaskan bunga pinjaman.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusuf berkata mangsa berusia 48 tahun dan bekerja sebagai juruteknik mendakwa telah membayar RM2,700 daripada RM3,000 yang dipinjamnya, namun dimaklumkan jumlah pinjamannya telah meningkat.

“ Mangsa diarahkan membayar bunga pinjaman sebanyak RM6,000 dan suspek dikenali sebagai Kenny telah mengunci pintu rumahnya pada Khamis lepas kerana tidak berbuat demikian,” katanya.

Seorang lagi mangsa, katanya iaitu tukang masak berusia 22 tahun yang mengakui membuat pinjaman sebanyak RM3,000 daripada Ah Long pada 8 Ogos, telah membuat laporan polis selepas rumahnya disimbah cat disyaki dilakukan Ah Long terbabit pada Khamis lepas.

“Mangsa mendakwa menerima wang tunai RM2,300 daripada suspek yang dikenali sebagai Weng dan telah membuat bayaran balik sebanyak RM600 pada Rabu, bagaimanapun mangsa diugut untuk membuat bayaran penuh, namun gagal.

Mohd Wazir berkata kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM1 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.- Bernama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 21 May 2024
Trending Thu, 3 May 2018

Tayang Dapat Bunga Di Instagram, Izreen Azminda Teruja Terima Kejutan Daripada Suami

Terima jambangan bunga daripada suami, Izreen tidak menyangka Ude rupanya seorang suami yang romantik kerana telah lama dia tidak mendapat sejambak bunga.

Featured Wed, 12 Apr 2023

Tunjuk Cincin Dan Inai Dijari, Tash Yong & Boss Kay Mengaku Sudah Bernikah

Hmm betul ke dah kahwin? Ada yang kata content semata-mata

Trending Thu, 11 Jul 2019

没经验!女子第一次搭飞机「雀跃」走入行李输送带

日前有旅客闹出大乌龙,这名第一次搭飞机的女乘客因为不熟悉流程,竟然误把「行李输送带」当成登机入口……

Featured Tue, 31 Dec 2024

“Kalau Rezeki Dapat Anak Selepas Umur 30 Tahun Pun Saya Terima” – Hannah Delisha

“Saya juga sudah tahu dengan keadaan tubuh badan saya sekarang…” – Hannah Delisha

error: Content is protected !!