Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: Shaidah Shafie July 12, 2019 @ 8:04pm

Thiamidol pelenyap bintik hitam pada wajah

Wajah ialah titik tumpu yang sering menjadi perhatian bagi kebanyakan wanita, oleh itu ia kerap dibelek atau dilihat di hadapan cermin kerana bimbang jika ada jerawat atau cela lain yang muncul.

Antara lain yang sentiasa diigini wanita mengenainya ialah memiliki kulit wajah yang cerah, lembap dan berseri tanpa cela seperti jerawat, jeragat mahupun parut.

Tidak mustahil dikatakan ada yang sanggup berhabis ratusan ringgit setiap bulan demi kesempurnaan kulit wajah selain ingin dilihat cantik dan menarik perhatian ramai.

Bagi yang rajin mengamalkan penjagaan kulit wajah dengan memilih kaedah penjagaan tradisional, pelbagai bahan alami seperti oren, madu, oat dan susu boleh digunakan untuk mencantikkan wajah, tetapi bagaimana pula dengan mereka yang  memilih kaedah penjagaan moden seperti penggunaan krim?

Krim pemutih

Ada pelbagai krim pemutih wajah di pasaran, namun himpunan krim Eucerin Ultrawhite + Spotless mempunyai keistimewaan yang tersendiri kerana berupaya menjadikan kulit wajah kembali cerah putih selepas penggunaannya dalam tempoh terentu.

Pengurus Serantau Beiersdorf Malaysia, Ng Hock Guan, berkata Eucerin sentiasa berusaha dengan melakukan pelbagai penyelidikan bagi membantu wanita mencapai kulit idaman.

Pengurus Serantau, Beiersdorf Malaysia and Singapura, Ng Hock Guan (tengah) bersama Ketua Farmasi Beiersdorf Malaysia, Sharon Yeoh (kiri) serta Pengarah Jualan Beiersdorf Malaysia, Shirley Toh melancarkan produk ‘Eucerin Ultrawhite + Spotless” keluaran Beiersdorf Malaysia, di pusat membeli belah Midvalley, baru-baru ini. Foto: NSTP/KHAIRUL AZHAR AHMAD.

“Selama lebih dari 100 tahun, Eucerin bereputasi tinggi dalam menyediakan penyelesaian terhadap penjagaan kulit yang selamat dan berkesan untuk wanita.

“Hari ini, kami dengan bangganya memperkenalkan Eucerin® UltraWHITE+ SPOTLESS, rangkaian produk yang telah dikaji lebih dari 10 tahun dengan formula produk yang mengandungi bahan aktif dinamakan thiamidol,” katanya ketika acara pelancaran memperkenalkan krim penjagaan wajah terbau Eucerin di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Thiamidol telah dipatenkan dan terbukti paling berkesan daripada 50,0000 kompaun yang diuji dalam Makmal Sains Kulit Eucerin dan bahan dinamakan thiamidol ini berjaya mengurangkan bintik-bintik hitam dalam masa empat minggu sambil mengekalkan kelembutan kulit.

Apakah thiamidol?

Sementara itu, Pakar Dermatologi dan Perunding Kulit, Dr Tan Wooi Chiang, berkata thiamidol berfungsi untuk mengurangkan melanin terus dari sumbernya dengan menghalang produksi Tyrosinase.

Pakar Dermatologi, Dr Tan Wooi Chiang pada pelancaran produk Eucerin Ultrawhite + Spotless keluaran Beiersdorf Malaysia, di Midvalley. NSTP/KHAIRUL AZHAR AHMAD.

“Thiamidol adalah sejenis bahan yang menjadi punca kepada penyebab wujudnya hiperpigmentasi dengan mengurangkan pengeluaran melanin terus dari sumbernya dengan menghalang produksi Tyrosinase.

“Ia diaplikasikan terus ke bintik atau tompok gelap pada wajah dan secara klinikal serta dermatologinya, ia terbukti dapat mengurangkan dan mencegah kemunculan semula bintik hitam pada wajah,” katanya ketika ditemui di acara yang sama.

Katanya lagi ada wanita yang mempunyai bintik hitam pada wajah disebabkab keturunan, faktor usia, kerosakan kulit disebabkab matahari dan thiamidol bertindak mengurangkan penghasilan melanin dalam kulit seterusnya mengurangkan kesan bintik hitam pada wajah.

“Ia juga diuji dengan berkesan untuk mengurangkan bintik-bintik hitam secara perlahan dan selamat. Seperti ditunjukkan dalam ujian, rejim penjagaan kulit yang mengandungi Thiamidol™ menunjukkan hasil dalam masa kurang dari dua minggu dan penggunaan berterusan membantu mencegah bintik-bintik hitam daripada terbentuk.”

Eucerin® UltraWHITE+ SPOTLESS adalah rangkaian produk penjagaan kulit baru dengan bahan aktif Thiamidol™ yang menawarkan solusi yang lebih lembut serta efektif sambil memberikan faedah jangka masa panjang untuk menangani masalah bintik hitam.

Berdasarkan ujian dilakukan Eucerin terhadap dua wanita yang menggunakan Eucerin® UltraWHITE+ SPOTLESS selama empat minggu,  di akhir minggu ke empat kedua-dua wanita yang menggunakan krim pemutih ini dilaporkan mengalami peningkatan yang ketara, di mana bintik hitam berkurangan secara dramatik dan kulit mereka menjadi lebih cerah dan didapati lebih berseri.

Ng Hock Guan (tengah) bersama Dr Tan Wooi Chiang (empat dari kiri) bergambar beramai bersama pengguna menjadi testimoni menggunakan produk ‘Eucerin Ultrawhite + Spotless’ pada pelancaran produk ‘Eucerin Ultrawhite + Spotless’ keluaran Beiersdorf Malaysia, di Midvalley. Foto: NSTP/KHAIRUL AZHAR AHMAD.

Eucerin UltraWHITE+ SPOTLESS dengan Thiamidol™ yang baru antaranya ialah  Double Booster Serum menggunakan sistem inovatif dua-ruang – ia mengandungi Thiamidol ™ yang dipatenkan dan sepuluh kali lebih efektif untuk mengurangkan bintik-bintik hitam dan yang kedua mengandungi Asid Hialuronik berkonsentrasi, dengan molekul yang dirumuskan agar menjadi 40 kali lebih kecil untuk menyerapan yang lebih baik kedalam kulit (RM189, 30ml).

Day Fluid menawarkan Sun Protection Factor (SPF) 30 untuk melindungi kulit daripada sinar UV yang mencetuskan pengeluaran melanin (RM123, 50ml),  Night Fluid menyokong pembaharuan sel kulit pada waktu malam dengan Dexpanthenol (RM159, 50ml), Corrector membantu aplikasi produk kepada sasaran hiperpigmentasi yang khusus supaya rawatan lebih tertumpu (RM109, 5ml) dan Body Lotion untuk kulit lembut dan berseri secara keseluruhan (RM42.45, 250ml).

Semuanya boleh di dapati di gedung beli-belah utama seluruh negara  dan ebarang maklumat lanjut mengenai Eucerin, layari www.eucerin.my atau www.facebook.com/EucerinMY.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Thu, 11 Oct 2018

Label Norish Kareem Couture Bakal Membuka Rumah Fesyennya Di London November Ini

Norish Kareem tawar peluang kepada pereka fesyen tempatan untuk menempatkan koleksi mereka di London.

Oh Lawa Thu, 1 Feb 2018

Aksesori Tip Top For Hijabista

Peranan aksesori untuk hijabista tidak mampu disangkal lagi. Fungsi dan fesyen bergabung satu menjadikan item fesyen ini keperluan untuk hijabista melaram dan menggayakan stail terkini.

Oh Lawa Sat, 23 Jun 2018

Mahu Banggakan Malaysia-Indonesia, Nurul Shamsul Gementar Hadapi Ogos

Nurul Shamsul berjaya melakar sejarah pabila menjadi wanita Melayu pertama yang memasuki pusingan akhir Miss Universe New Zealand 2018.

Featured Fri, 3 Apr 2020

Koleksi jubah dan abaya artis, mana paling cantik?

Persalinan yang selesa dan cantik

Featured Sun, 20 May 2018

Enggan Ketinggalan Dalam Bergaya? Ikuti Lima Trend Popular Fesyen Lebaran 2018 Ini

Rekaan klasik kebaya pendek dan baju kurung pesak gantung, kembali mencuri tumpuan pereka fesyen terkenal.

Featured Thu, 14 Feb 2019
Oh Lawa Wed, 3 Oct 2018

Ini Cara Betul Pakai Shawl Bersama Subang. Barulah Stailo!

Tidak kiralah tudung bawal ataupun shawl, kedua-dua jenis tudung ini memang cantik dipadankan dengan subang.

Featured Thu, 6 Sep 2018

Lady Gaga Nampak Macam Gula-Gula Kapas Gergasi Apabila Menghadiri Venice Film Festival

Tekstur busananya yang nampak lembut itu buat kita rasa nak curi makan.

Oh Lawa Fri, 1 Jun 2018
Oh Lawa Wed, 3 Apr 2019

Dijemput ke perkahwinan rakan? Guna batik untuk kelihatan elegan!

Cuba selongkar almari ibu untuk dapatkan kain batik klasik!

error: Content is protected !!