Euforia Bola 2026
Sihat By: Yanie Baharom July 23, 2019 @ 2:44pm

Badan melengkung, tetanus kekejangan yang boleh membawa maut!

Pasti ramai diantara kita yang pernah mengalami kekejangan otot. Meskipun kejang otot adalah perkara biasa, tetapi ada serangan kejang otot tertentu perlu diambil serius kerana boleh menyebabkan komplikasi lebih serius.

Seperti lampiran foto bayi diatas ia dikenali sebagai kekejangan tetanus. Apa yang dimaksudkan dengan tetanus ini?

Tetanus atau kancing gigi  berlaku di seluruh dunia. Ia kerana spora bakteria Clostridium tetani terdapat di mana-mana terutama di kawasan pertanian dan kawasan yang terlibat dalam aktiviti mengendalikan najis haiwan. Spora Clostridium tetani masuk ke dalam tubuh manusia melalui luka; sama ada luka terpijak paku karat atau luka terbuka.

Foto: Verywell Health

Agen penyebab: Bakteria Clostridium tetani. Gejala jangkitan ini disebabkan oleh neurotoksin berbahaya yang dihasilkan oleh bakteria berkenaan dalam tisu mati (contohnya dari luka yang kotor).

Cara jangkitan: Terdedah kepada spora Clostridium tetani.

Tempoh pengeraman: 3 hingga 21 hari, purata tempoh: 10 hari.

Tanda dan Gejala

Foto: Pa&Ma

* Kekejangan otot yang menyakitkan, lazimnya ia bermula dengan otot-otot rahang dan dipanggil lockjaw atau trismus.

* Kekejangan juga boleh melibatkan otot leher, otot peha, otot belakang badan, otot pernafasan dan lain-lain kumpulan otot badan.

* Kekejangan yang berpanjangan boleh menyebabkan otot koyak dan tulang patah.

* Rangsangan luar yang sederhana boleh mencetuskan kekejangan, sehingga menyebabkan komplikasi kancing gigi yang serius.

Komplikasi

Kadar kematian antara 10% hingga lebih 80% terutama di kalangan mereka yang tidak pernah menerima pelalian, mereka yang berumur 60 tahun ke atas atau bayi baru lahir.

Selain otot koyak dan tulang patah akibat kekejangan yang lama, jangkitan paru-paru (pneumonia) boleh berlaku akibat aspirasi makanan atau cecair ke dalam paru-paru semasa kekejangan.

Rawatan khusus

Antitoksin dan antibiotik hendaklah diberikan seiring; antitoksin untuk menawarkan toksin bakteria dalam badan dan antibiotik untuk membunuh bakteria yang ada.

Immune Globulin (GIT) disuntik ke dalam otot dengan dos sebanyak 3000 – 6000 IU; atau antitoksin tetanus dalam satu dos yang besar disuntik ke dalam vena selepas ujian sensitiviti dijalankan.

Antibiotik Metronidazole dalam dos yang besar disuntik ke dalam vena dan diberikan dalam tempoh 7 hingga 14 hari.

Foto: Dog Bites

Pelalian Pencegahan

Kanak-kanak:

Pelalian menggunakan vaksin Toksoid Tetanus diberikan sekurang-kurangnya 3 dos semasa bayi, dan dos tambahan mengikut jadual yang ditetapkan.

Jadual pelalian: Dos prime pada umur 2, 3 dan 5 bulan; dos tambahan pada umur 18 bulan, 7 dan 15 tahun (Jadual Program Imunisasi Kanak-kanak di Malaysia).

Kontraindikasi: Jika mengalami kesan sampingan selepas menerima pelalian terhadap dos sebelumnya.

Kesan sampingan vaksin: Setempat atau sistemik ringan. Lazimnya ia ringan dan pulih dengan sendiri.

Ibu mengandung:

Ibu mengandung diberi pelalian toksoid tetanus supaya antibodi boleh memasuki tubuh bayi yang baru lahir dan mencegah bayi dari mendapat tetanus.

boleh mendapat tetanus sekiranya tali pusat dipotong dengan menggunakan peralatan yang tidak disucikuman dan juga melalui penjagaan tali pusat yang tidak bersih seperti meletakkan ubat-ubatan tradisional di pusat.

Pelalian toksoid tetanus sebanyak 5 dos mengikut jadual ditetapkan (0, 1 dan 6 bulan; setahun dan setahun) boleh memberi perlindungan sepanjang hayat.

Pelalian Rawatan

Sekiranya individu mengalami luka terutama luka yang kotor, dapatkan pelalian toksoid tetanus kerana antibodi yang lazimnya terbentuk dalam masa empat (4) hari selepas pelalian akan dapat melawan toksin bakteria.

Manakala paras toksin bakteria Clostridium tetani yang boleh menyebabkan gejala lazimnya berlaku dalam tempoh enam (6) ke tujuh (7) hari selepas mengalami luka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Thu, 4 Oct 2018

Betul Ke ‘Gigi Bongsu’ Akan Tumbuh?

Pembentukan gigi bongsu terjadi seawal usia 12 hingga 25 tahun.

Featured Tue, 9 Jul 2019
Sihat Mon, 4 Mar 2019

6 perkara yang anda perlu tahu sebelum membeli suplemen pilihan anda

Wanita dan suplemen tidak boleh dipisahkan.

Featured Sun, 19 Apr 2020

Kaji Selidik Solidariti fokus empat regimen rawatan COVID-19

Pesakit turut dikenal pasti sertai kajian

Sihat Thu, 1 Nov 2018

Virus RSV Boleh Meragut Nyawa Bayi. Jom Ketahui Punca Penyakit Ini!

1 atau 2 daripada 100 bayi berumur 6 bulan ke bawah akan dijangkiti RSV dan perlu dimasukkan ke dalam hospital.

Sihat Mon, 21 Oct 2019

Yap Chan Kor, pusat perubatan tradisional untuk sakit kronik

Apakah yang dimaksudkan dengan sakit kronik?

Sihat Sat, 11 Jan 2020
Featured Wed, 25 Jul 2018

Terjatuh Di Dalam Bilik Mandi Akibat Diserang Strok, Apa Punca Sebenarnya

Pengaliran darah secara mendadak di bahagian kepala menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan inilah yang mendorong saluran darah pecah.

Sihat Thu, 11 Oct 2018

Khasiat Terung Untuk Wanita Hamil Yang Perlu Anda Tahu

Terung boleh meningkatkan sistem daya tahan tubuh.

error: Content is protected !!