Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida August 31, 2018 @ 2:00pm

Jadual Makin Padat, Khai Bahar Kongsi Rahsia Tak Cepat Letih!

Nama penyanyi Khai Bahar kini semakin mendapat tempat di hati peminat industri muzik tanah air.

Tak hairanlah jika penyanyi berusia 24 tahun ini kini dihujani tawaran mengadakan persembahan di merata tempat termasuklah di Konsert HaVOOC yang bertempat di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Ahad lalu. 

 

konsert havooc oppo F9 tv3 , tq smua yg dh hadir dn tonton di rumah , youtube . ❤️???. #tv3 #oppof9 #khaibahar #bayang #jazz

A post shared by Khai Bahar (@khaibahar94) on

Dalam kesibukan jadualnya yang padat, Khai sentiasa terlihat bertenaga setiap masa. Apa rahsianya?

“ Saya pastikan saya cukup rehat. Sibuk macam mana pun, saya mesti curi-curi tidur sekejap.

“ Dari segi pemakanan pula, sebenarnya saya tak ada pantang larang cuma dua jam sebelum membuat persembahan, saya tidak akan ambil makanan berat. Maksud saya, makanan mengenyangkan.

“ Saya juga kurangkan pengambilan ais sebelum naik ke pentas. Selepas habis persembahan, baru saya berani makan,” katanya kepada xtra.com.

Dalam perkembangan lain, single Jodohku nyanyian Khai Bahar turut mendapat sambutan luar biasa pada masa ini.

Muzik video lirik lagu tersebut disiarkan menerusi saluran YouTube Nartvnetwork sehingga kini mendapat lebih dua juta tontonan. Terbaiklah! 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 21 Dec 2023
Featured Tue, 29 Nov 2022
Featured Fri, 24 Mar 2023
Events Sun, 7 Apr 2019
Featured Wed, 28 Sep 2022
Featured Thu, 9 Nov 2023
error: Content is protected !!