Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida September 26, 2018 @ 9:16am

Sebak…Kehilangan Pak Ngah Beri Impak Besar Buat Siti Nurhaliza

Semalam, negara kehilangan seorang insan yang banyak menyumbang bakti dalam industri muzik tradisional tanah air.

Komposer terkenal dalam ciptaan lagu Irama Malaysia, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih mesra disapa Pak Ngah meninggal dunia sekitar jam 3.02 petang semalam.

Pemergian komposer berusia 60 tahun itu sesungguhnya memberi impak cukup besar dalam kalangan penyanyi yang pernah bekerjasama dengan Allahyarham dalam menghasilkan naskah hebat.

Antaranya, penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza yang cukup sedih dengan pemergian Allahyarham kerana jasa yang dicurahkan arwah cukup besar dalam karier seninya.

“Pak Ngah yang Siti kenali adalah seorang pejuang seni dan budaya, justeru pemergiannya satu kehilangan besar semua.

“Allahyarham antara insan yang mula-mula menjaga Siti dalam menyanyikan lagu berirama tradisional. Malah, Siti sudah menganggap beliau seperti bapa sendiri.

“Beliau banyak menghasilkan lagu terbaik dan harapan Siti semoga karyanya akan terus hidup meskipun dirinya sudah tiada. Segala kenangan manis, gurau sendanya akan Siti simpan dalam lipatan kenangan sampai bila-bila,” katanya kepada BH Online.

Allahyarham pernah mencipta banyak lagu buat penyanyi berusia 39 tahun ini antaranya Cindai, Balqis dan Nirmala. Menerusi laman Instagram Siti Nurhaliza, beliau ada memuatnaik sekeping foto bertulis ‘Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kami kembali’ beserta kapsyen Al- Fatihah.

Dalam masa sama, penyanyi Noraniza Idris turut berduka cita dengan kehilangan Allahyarham Pak Ngah.

Noraniza Idris yang mendapat jolokan Ratu Irama Tradisional melihat Pak Ngah sebagai seorang yang kuat semangat, penggerak utama dalam memartabatkan irama Malaysia, mentor dan idola buat dirinya.

“Pak Ngah meninggalkan kita sebagai pejuang negara yang mempertahankan irama Malaysia, sebuah lambang jati diri kepada rakyat. Kita patut bangga dengan jasa yang dicurahkan, bukan hanya sebagai pencetus kepada irama terbabit.

“ Allahyarham juga adalah wira negara yang pernah mengharumkan nama Malaysia dalam bidang muzik di luar negara.

“ Kita kehilangan permata negara yang sangat besar ertinya dalam hidup dan seni budaya kita,” katanya dalam nada sebak.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 24 Dec 2024

7 Tahun Sengketa Berakhir! Ifa Raziah, Roslan Shah Kembali Bersahabat

Setelah tujuh tahun bersengketa, penyanyi Ifa Raziah dan pengacara Roslan Shah akhirnya menamatkan perselisihan mereka. Memilih untuk berdamai, Ifa dan Roslan kembali bersahabat, menyambung ikatan yang pernah terjalin sejak 1998. Mengulas mengenai momen perdamaian tersebut, […]

Hiburan Wed, 25 Feb 2026

Fazura Elak Ditanya Soalan Peribadi – “Saya Tak Nak Apa Yang Saya Katakan Jadi Bahan Perbalahan”

Selebriti popular, Nur Fazura menjelaskan sebab dia jarang melakukan sesi siaran langsung menerusi akaun perniagaannya

Featured Sun, 9 Jul 2023

Wany Hasrita Selamat Melahirkan ‘Baby Girl’ Secara Normal

Awww…. Tahniah Wany & Suami atas kelahiran anak sulung mereka🥰

Hiburan Tue, 23 Jun 2026

Abby Abadi Beri Respons Berita Marissa Dania, Aslam Bukan Lagi Pasangan Suami Isteri – “Alhamdulillah”

Abby Abadi mencuri tumpuan apabila meluahkan rasa syukur terhadap status rumah tangga membabitkan anak perempuannya, Marissa Dania bersama bekas suami, Ahmad Aslam. 

Featured Fri, 1 Oct 2021

Penjawat Awam Wajib Lengkap Vaksin Sebelum 1 November, Berdepan Tindakan Tatatertib

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mewajibkan  semua penjawat awam mengambil vaksin dan perlu segera melengkapkan imunisasi itu sebelum 1 November ini. Menerusi satu kenyataan rasmi JPA, setakat ini seramai 16,902 atau 1.6 peratus penjawat awam […]

Hiburan Mon, 4 Mar 2019

Selepas Satu Peluang, Andi Bernadee Tampil Dengan Lagu Baharu!

Single terbaharu Andi bakal dikeluarkan pada Mac ini, tak sabarnya!

Hiburan Wed, 13 Nov 2024

Mantap! Nyalafest 2024 Himpun 8 Artis Terkenal Malaysia & Indonesia 30 November Ini

Nyalafest 2024 bakal menggabungkan lapan artis terkenal dari dua negara, Malaysia dan Indonesia dalam satu pentas di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 30 November ini.

Hiburan Tue, 29 Jul 2025

“Bukan Beli, Adik Ipar Banyak Buat Pembangunan” – Uqasha Bangga Nelydia Senrose Jadi Datin

Uqasha Senrose perjelas adik ipar ada darah kerabat Terengganu

error: Content is protected !!