Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida October 2, 2018 @ 12:36pm

Bang Bang! Giliran Caprice ‘Tegur’ PU Amin

Nampaknya status ‘panas’ di laman Twitter PU Amin berhubung mangsa bencana Tsunami di Sulawesi berkait rapat dengan komuniti LGBT masih menjadi bualan.

Walaupun status itu telah dipadam, rata-rata netizen tidak boleh terima apa yang ditulis oleh pendakwah terkenal itu. 

Bukan saja menimbulkan kemarahan netizen, penyanyi dan penceramah bebas Caprice juga  terpanggil untuk menasihatkan PU Amin.

Menerusi Instagram Caprice, dia menegur pendakwah terkenal itu secara terbuka.

“Salam PU, maaf Caprice nak tegur secara buka. Tapi tweet umum anda tentang peristiwa tragis di Indonesia benar-benar tidak dipedulikan dan amat menyedihkan saya.

“Kita kena hormat juga sensitiviti pada keluarga yang kehilangan orang yang mereka sayang.

“Sebab tweet ni, kalau PU baca komen kat IG/FB, ada netizen yang pandai-pandai tambah cakap kawasan ini memang ada ‘pesta LGBT’ dan sebab tu la kena Tsunami.

“Macam mana kalau mereka salah?” soalnya menerusi laman Instagram.

Menerusi status tersebut, pendakwah terkenal itu berkata Allah telah menurunkan laknat agar manusia beringat selepas nasihat diberikan.

“Kita harus berdoa untuk keselamatan dan kesejahteraan saudara-mara kita sesama Islam di Indonesia.

“Doa untuk mereka bukan dengan membuat andaian agama sebagai sebab mengapa ini berlaku. Harap PU faham. Salam dan semoga Allah merahmati.

“Doa saya untuk mangsa-mangsa dan seluruh keluarga di Indonesia,” katanya.

Lebih 200 gempa susulan berlaku di Sulawesi Tengah selepas gempa bermagnitud 7.4 Skala Richter menggoncang Kota Palu dan Donggala pada 28 September lalu menyebabkan berlakunya Tsunami setinggi lebih tiga meter di pantai Palu dan Donggala.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 28 Aug 2025
Hiburan Fri, 22 Mar 2019
Hiburan Thu, 29 Aug 2019

黄明志下最后通牒!AMOi-AMOi新单曲成绩若不理想将解散

黄明志下最后通牒!AMOi-AMOi新单曲《BYE BYE BYE BYE》成绩若不理想将解散。

Featured Thu, 21 May 2026

Ikmal Amry Mengaku Isteri Tak Restu Tayang Badan – “Memang Tak Boleh Nak Elak, Tapi Kalau Sendiri Post Maknanya…”

Ikmal Amry mendedahkan isterinya berasa kurang selesa melihat dirinya terlalu kerap menayangkan badan di media sosial.

Hiburan Sat, 28 Jun 2025

Amira Othman Hayati Derita Wanita Terluka Menerusi Lagu ‘Dalam Sujudku’

lagu baharu Amira Othman terima respons positif orang ramai

Featured Tue, 2 Apr 2024

“Memang Tak Ada Rupa Manusia Kalau Dapat Ni”- Neelofa Panas Hati, Titip Komen Isu Pengasuh Biadab Dera Kanak-Kanak

Mau tak geram! Kalau tengok budak tu kena pukul hati ni pun auto panassss je tengok maid dia🔥🔥🔥

error: Content is protected !!