Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops March 27, 2018 @ 12:18pm

Punggung Hitam & Berselulit? Cuba Skrub Ini Untuk Hasil Yang Terbaik

Selulit di bahagian punggung merupakan antara masalah paling tidak ‘cool’ yang dihadapi oleh wanita. Namun, disebabkan bahagian tersebut tertutup, maka tidak ramai wanita yang mengambil berat untuk menjaga bahagian tersebut.

Walau bagaimanapun, bagi yang sudah berkahwin, sudah pasti tahap keyakinan akan berkurangan jika mengalami masalah selulit. Biarpun suami tidak kisah, namun jangan sesekali ambil ringan perkara ini.

Apa kata anda cuba skrub semulajadi ini. Bukan setakat mengurangkan masalah selulit, skrub ini juga mampu melembutkan kulit, menghilangkan stretch mark, menegangkan serta mencerahkan punggung anda. Tak percaya, jom cuba!

Bahan-bahan:

3 sudu kecil tepung beras

1 sudu kecil madu

1 sudu kecil jus lemon

1 sudu kecil minyak kelapa

Kebaikan

Tepung beras – Tepung beras bukan sahaja mempunyai kesan mencerahkan kulit, malah ia juga mempunyai sifat pengelupasan hebat yang mampu membuang lapisan kulit mati serta memberikan kulit baru yang bersinar.

Madu – Madu merupakan humectant semulajadi dan bertindak sebagai agen pelunturan. Ia mampu melembut serta mencerahkan kulit.

Jus lemon – Juga merupakan agen pelunturan semulajadi yang mampu melembut serta mencerahkan kulit. Jus lemon juga mempunyai efek anti-jerawat.

Minyak kelapa – Minyak kelapa merupakan ramuan anti radang yang hebat dan mampu mengekalkan kulit lembut dan licin.

Cara-cara:

Masukkan tepung beras di dalam mangkuk. Kemudian masukkan satu persatu bahan-bahan lain bermula dengan madu, jus lemon dan akhir sekali minyak kelapa.

Gaulkan kesemua bahan dengan sebati dan skrub anda sudah siap untuk digunakan!

Sapukan skrub di bahagian punggung dan biarkan selama lima minit. Kemudian urut dan bilas. Gunakan skrub setiap hari sebelum mandi untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Sumber dan foto: The Indian Spot

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 26 Jul 2019

Starbucks Malaysia rai 3 barista ‘istimewa’

Penggemar kopi, cuba buat langkah ini!

Gaya Hidup Thu, 27 Dec 2018

Gaji Wanita Ini RM4400 Sebulan Dengan Hanya Duduk Di Atas Sofa Sahaja!

Wanita ini bertuah dipilih sebagai penguji sofa.

Featured Sat, 10 Dec 2022

Imran Bard Selar Peniaga Makanan Obses Ikut Trend – “Semua Benda Nak Letak Cheese”

Pempengaruh media sosial, Imran Bard atau nama sebenarnya Muhammad Al Imran Badaruddin, 21, menerima pujian netizen setelah menyelar tindakan peniaga kerana obses menjenamakan produk jualan mengikut trend terkini. @kucengnanges dia bukan viral eh, dia TULAR […]

Gaya Hidup Wed, 20 Feb 2019

Kajian terkini dapati hubungan cinta boleh lindungi anda daripada dijangkiti demam selesema

Orang yang dilamun cinta didapati mempunyai sistem imuniti lebih kuat

Gaya Hidup Wed, 24 Jul 2019
Gaya Hidup Tue, 17 Mar 2020
Featured Tue, 18 Sep 2018

Adakah Kafein Menyebabkan Ketagihan?

Adakah anda ketagih kafein?

Featured Tue, 20 Mar 2018

Bila Masa Yang Paling Sesuai Untuk Buang Air Di Atas Kapal Terbang? Ini Jawapannya

Memang tak syok bila anda berada 30,000 kaki di udara dan tiba-tiba terasa macam nak buang air. Kalau flight anda sejam je, bolehlah tahan lagi.

Featured Sun, 5 Apr 2020
error: Content is protected !!