Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal October 18, 2018 @ 8:13am

Sila Berlindung Jika Berlaku Fenomena ‘Awan Bergulung’

empar pagi tadi apabila fenomena ‘awan bergulung’ berjaya dirakam oleh seorang pengguna facebook dan menjadi tular di media sosial sejak awal pagi tadi.

Susulan itu, Jabatan Meterologi Malaysia menyatakan fenomena awan bergulung itu adalah disebabkan penumpuan angin di kawasan utara Semenanjung.

Menerusi satu portal berita tempatan, dalam satu maklum balas emel yang dihantar Unit Komunikasi Korporat Jabatan Meterologi Malaysia turut menyatakan ‘awan bergulung’  juga dikenali sebagai awan rak atau shelf cloud.

Dalam kenyataan itu menyebut awan rak biasanya terbentuk semasa kejadian garis badai iaitu garisan ribut petir multisel yang bersaiz sehingga beberapa ratus kilometer.

Awan ini akan bergerak serta menyebabkan hujan lebat, angin kencang dan petir serta mempunyai jangka hayat sehingga tempoh beberapa jam lamanya.

Justeru itu, orang ramai yang terlihat awan rak ini dinasihatkan supaya tidak berada di kawasan terbuka dan disarankan untuk berlindung di dalam bangunan yang kukuh.

Selain itu, jauhi struktur tinggi seperti pokok, tiang elektrik dan lain-lain serta struktur tidak kukuh supaya perkara yang tidak diingini dapat dielakkan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 8 Dec 2020

Orang Ramai Diminta Tangguh Rancangan Balik Kampung Jika…

Bak kata pepatah melayu, “sudah terhantuk, baru nak terngadah”

Trending Fri, 21 Oct 2022

Eleh He Eleh! Rupanya Lagu Viral Nyanyian Timah Ini Ciptaan Faizal Tahir

Lagu Eleh He Eleh nyanyian bintang cilik, Fatimah Noryyah Mohd. Noor Kosygin atau lebih mesra dengan sapaan Timah menjadi perbualan semenjak minggu lalu. Persembahan Timah yang menyampaikan lagu terbabit di sebuah program televisyen menjadi perbualan […]

Hiburan Thu, 13 Nov 2025

“Tak Suka, Tolak Saja… Tak Perlu Heboh Di Media Sosial” – Dafi Pesan Hargai Rezeki Sendiri

Dafi menganggap isu bayaran dan gaji tidak wajar dijadikan bahan umum

Featured Sat, 16 Dec 2023
Hiburan Mon, 13 Jan 2025
error: Content is protected !!