Euforia Bola 2026
Featured By: Shaidah Shafie June 15, 2020 @ 1:11pm

Tag roti Gardenia jadi aksesori cantik penyambung pelitup muka

Walaupun semakin banyak kelonggaran diberikan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Pemulihan (PKPP) ini, menjadi tanggungjawab setiap individu untuk mengenakan pelitup muka bagi melindungi diri daripada jangkitan wabak COVID-19.

Tidak hairanlah kini pelbagai fesyen pelitup muka yang dijual di pasaran, namun kebanyakannya datang dalam bentuk tali yang digantung di telinga, sekali gus menyukarkan pemakaian bagi wanita berhijab.

Tag roti Gardenia yang berwarna -warni ini boleh dijadikan penyambung pelitup muka.

Oleh itu, kini timbul pelbagai gaya penyambung pelitup muka (mask extension) di pasaran. Ada yang menggunakan bahan seperti getah atau plastik dan tidak kurang juga yang menjual penyambung pelitup muka yang diperbuat daripada kain atau dikait dengan butang menarik di kedua-dua hujung penyambung berkenaan.

Kreativiti kitar semula dengan menggunakan tag roti Gardenia pelbagai warna.

Atas nama fesyen juga, ada penyambung pelitup muka dihasilkan daripada klip kertas dan dikait menggunakan benang bulu.

Namun begitu, konsep kitar semula dan penjimatan belanja yang diamalkan sesetengah individu nyata amat praktikal dan menarik perhatian kerana hanya menggunakan getah dengan kombinasi tag pengikat roti Gardenia sahaja.

Penyambung berkenaan bukan sahaja murah, malah amat kreatif kerana anda hanya memerlukan sekeping tag roti Gardenia dan jika mahu lebih longgar, gunakan dua getah pada kiri dan kanan pelitup muka.

Tag roti Gardenia dan dua helai getah dijadikan penyambung pelitup muka, kreatif!

Seorang pengunjung kafe yang ditemui di sebuah kafe di Bangsar baru-baru ini berkata, beliau menggunakan tag roti Gardenia kerana suka dengan warna yang terdapat pada tag berkenaan.

“Saya beli roti Gardenia setiap minggu dan tidak akan buang tagnya kerana suka dengan warnanya yang pelbagai, banyak perkara yang boleh saya lakukan dengan kepingan plastik kecil berkenaan selain mengingatkan saya mengenai tarikh luput roti.

“Saya gunakan tag itu sebagai penanda buku, pengikat wayar elektrik dan terkini saya jadikan tag roti Gardenia sebagai penyambung pelitup muka, seronok pula bila setiap hari boleh tukar warna ikut kesesuaian tudung atau baju yang saya pakai,” katanya yang tidak mahu dikenali.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 27 Mar 2022
Featured Fri, 27 Jan 2023
Featured Tue, 12 Oct 2021

“Ini Impian Arwah Masa Hidup”- Ibu Tiri Teruskan Legasi Perniagaan Siti Sarah

Kerinduan kepada mereka yang telah tiada pastinya tidak pernah akan dapat ditanggung. Kehilangan penyanyi Siti Sarah Raissuddin meninggalkan kesan yang mendalam buat mereka yang pernah mengenali allahyarham. Walaupun sudah dua bulan pemergiannya, peninggalan legasi perniagaan […]

Featured Sat, 23 Aug 2025
Featured Wed, 20 Nov 2024

Permohonan Rujuk Farid Kamil, Diana Danielle Sah… Tarikh 2 Disember Kes Cerai Disebut Semula

Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan tetapkan 2 Disember sebagai perbicaraan kes cerai.

Featured Fri, 13 Dec 2024

Elak Kesihatan Mental Terjejas, Nora Ariffin Jumpa Psikiatri Sejak 6 Bulan Lalu

Nora dan anak-anak menjalani sesi terapi tersebut sejak enam bulan lalu dan menunjukkan hasil yang positif.

error: Content is protected !!