Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida January 21, 2019 @ 12:16pm

Isteri Hamil Anak Kedua, Ini Doa Hairul Azreen Buat Isteri Tercinta…

Pelakon filem Paskal, Hairul Azreen memaklumkan isterinya, Hanis Zalikha yang kini hamil anak kedua dijangka melahirkan pada Mei ini.

Ditanya tentang jantina anak yang bakal lahir, dia dan isteri sepakat untuk mengetahuinya pada hari bersalin nanti.

“ Kalau boleh, nak tahu ketika bersalin nanti. Macam isteri, dia nak anak perempuan. Saya pula tak kisah. Asalkan anak yang bakal lahir sihat dan sempurna,” katanya.

Dalam masa sama, Hairul risau jika jadual penggambarannya bertembung dengan tarikh bersalin isteri.

“ Kalau boleh saya nak ada di sisi isteri sama macam Yusuf dulu. Jadi, saya berharap dia tak bersalin sewaktu saya masih di set penggambaran. Jika diizinkanNYA, saya mahu ada di sisi isteri dan menyambut kelahiran anak kami,” akhirinya.

Pasangan selebriti ini berkahwin pada 5 Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor dan dikurniakan seorang anak bernama Yusof Iskandar yang lahir pada 3 Jun 2016.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 27 Sep 2019

Abby Abadi Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Pramatang

Alhamdullillah..semuanya selamat.

Hiburan Wed, 21 Aug 2024

Terbit Semula Lagu Terlalu Cinta, Yovie Widianto Pilih Lyodra

Lagu ini pernah dipopularkan Rossa pada 2006.

Hiburan Wed, 29 Oct 2025

“Anda Semua Memang Sweet” – Kamal Adli Hargai Usaha Netizen Pujuk Uqasha Senrose

Kamal Adli sebak dan terharu netizen bantu pujuk Uqasha Senrose

Hiburan Tue, 3 Sep 2019
Hiburan Fri, 12 Oct 2018

Munafik 2 ‘Bocor’ Di Internet, Skop Productions Saman Sasuke Kun

Suspek dikenali sebagai nama profil Sasuke Kun atau nama sebenarnya Muhammad Izwan Shah Bin Kamal Shah di dalam bentuk Facebook Wall Post dan Instagram Post dengan nama profil @muhammad_izwan_shah.

error: Content is protected !!