Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida January 26, 2019 @ 5:56pm

‘Mana Ada Tiru Lagu KPOP?’- Ayda Jebat Komen Isu Lagu Temberang

Penyanyi Ayda Jebat mengakui terkejut apabila dimaklumkan lagu Temberang nyanyiannya dikatakan meniru lagu pop Korea.

Menafikan hal itu, Ayda memaklumkan lagu Temberang sebenarnya lebih kuat dengan elemen muzik ala ‘dangdut timur tengah’.

“ Kalau orang kata lagu ni sebijik macam lagu KPOP, saya tak setuju. Kalau anda dengar betul-betul, lagu ini lebih kepada gelek ‘dangdut arab’.

“ Cuma untuk muzik video, saya mengaku ia diinspirasi daripada muzik Korea,” katanya kepada XTRA.

Single Temberang yang mendapat sentuhan komposer Hael Husaini dan Ezra Kong ini menerima hampir lapan juta tontonan di Youtube pada masa ini. 

Ayda Jebat atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat memberitahu penggambaran muzik video ini sepatutnya dijalankan di Dubai namun disebabkan kekangan waktu, perancangan akhirnya ditukar. 

“ Rancangan awal sepatutnya ke sana tapi tak sempat kerana kita kena ambil kira banyak faktor. Jadi kita buat di sini sahaja. 

“ Dubai menjadi pilihan kerana saya bayangkan muzik video lagu ini sesuai menjalani penggambaran di sana. Ala-ala Arab, tetapi hasilnya bila dilakukan di sini, saya tetap berpuas hati,” akhirinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 14 Nov 2024

Neelofa Gembira Lihat Nora Danish Hadir Ke Kelas Ilmu – “Bidadari Syurga, Tak Ada Sebab Tak Luangkan Masa Peroleh Ilmu Akhirat”

Neelofa berasa gembira melihat perkongsian pelakon jelita, Nora Danish hadir  ke kelas ilmu baru-baru ini.

Hiburan Thu, 14 Nov 2024
Hiburan Mon, 21 May 2018

Kris Wu Releases New Single and Returns to The Rap of China

Rap of China will be coming to Malaysia too!

Hiburan Fri, 28 Feb 2020

Belum Move On Dengan Camelia, Diana Danielle Bakal Beraksi Dalam “Syurga Untukmu” Pula!

Lakonan Diana tak pernah mengecewakan. Tak sabar nak tengok Syurga Untukmu pulak!

Featured Mon, 18 Mar 2024
Hiburan Wed, 26 Nov 2025
error: Content is protected !!