Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida February 21, 2019 @ 11:56am

‘Di Saat Aku Susah Nak Makan Pun Tak Lepas…’- Sharnaaz Ahmad Respon Mengenai Rantai Emas

Sejak kebelakangan ini, laman Instagram pelakon Sharnaaz Ahmad mula mendapat tumpuan netizen selepas timbul desas desus laporan mengatakan rumah tangganya sedang berantakan.

Laman Instagram milik Sharnaaz lebih mendapat perhatian apabila pelakon Cinta Bukan Kristal itu memuatnaik sekeping gambar yang memaparkan dirinya menyarungkan seutas rantai emas.

 
 
 
View this post on Instagram

Setelah dua bulan tidak bergolf.. akhirnya bola aku semua shank masuk hutan saujana.. herem jades sunggoh.. Salam magrib sahabat semua. Dah potong rambut dan jambang dah.. baru nampak manusia sikit.. kalau tak dah macam red indian .

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

Tinjauan di ruangan komen menunjukkan rata-rata netizen berpesan agar pelakon kesayangan mereka itu tidak menyarung sebarang perhiasan emas pada tubuh. 

Tidak berdiam diri, Sharnaaz tampil dengan penjelasan tersendiri memandangkan ramai yang bertanya perihal rantai emas berkenaan. 

” Ramai tanya pasai rantai emas tu kan…ada sejarah dibelakang rantai itu yang tak mungkin anda semua faham. Disaat aku susah nak makan pun tak lepas, rokok Dunhill 10 pun tak mampu beli…dialah yang aku gadai untuk bagi aku makan,” tulisnya. 

Akui bapa kepada bayi comel Jebat Jayden ini, dia faham tentang hukum dalam agama Islam namun memiliki alasan tersendiri memiliki barang kemas untuk simpanan peribadi. 

” Haram buat kita lelaki pakai tetapi ia tetap pernah berjasa pada ku dan hidup ku…bagi anda ianya seutas rantai tapi bagi saya ia perjalanan hidup saya menjadi dewasa dalam dunia pinjaman,” katanya penuh bermakna.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 20 Mar 2019
Featured Wed, 18 Jun 2025
Hiburan Sat, 2 Jun 2018

Shuib Gembira Melihat Perubahan Siti Sarah

Shuib mengakui gembira melihat perubahan isterinya, Siti Sarah Raisuddin yang kini perlahan-lahan berhijab

Hiburan Fri, 20 Dec 2019
Hiburan Sat, 20 May 2023
Hiburan Tue, 7 Nov 2023
Hiburan Mon, 16 Dec 2024
error: Content is protected !!