Euforia Bola 2026
Automobile By: Ad Ops March 4, 2019 @ 8:52pm

Jangan Terlepas Untuk Menonton Rancangan Menarik Di Saluran DW Mac Ini!

Saluran rancangan Inggeris, DW tampil dengan pelbagai variasi rancangan menarik pada bulan ini. Jangan melepaskan peluang untuk menonton rancangan seperti The Peaceful Revolution, Women Leaders, Charged Business, Ahoy Leipzing, Secrets of  The Stone Age, Costumes for Venice, All The Dictator’s Men dan The Dream Of Eternal Youth.

Dalam slot check in :The Peaceful Revolution membawa penonton bersama hos terkenal, Lucas Stege menelusuri bandar Leipzig di  German, bandar ini meninggalkan seribu satu sejarah pada zaman revolusi 1989 yang melibatkan bantahan orang awam terhadap keadaan sosiopolitik dan ekonomi yang berlaku di daerah Jerman Timur. Slot ini mula bersiaran setiap hari pada 23 Mac setiap hari Sabtu, jam 1.30 tengah hari. 

Jangan lepaskan peluang untuk menonton dokumentari A Charged Business di slot Doc Film yang berkisarkan jutawan dan ahli perniagaan terkemuka Elon Musk dalam mendepani cabaran dunia automotif bersama syarikat beliau, Tesla.  Slot ini akan bersiaran pada hari Isnin, 11 Mac jam 1.15 tengah hari.

Dokumentari Secrets of The Stone Age akan bersiaran hari Selasa 12 Mac jam 1.15 tengah hari manakala All The Dictator’s Men mengisahkan kemelut yang dihadapi oleh Korea Utama yang dipimpin oleh diktator Kim Jong Un. All The Dictator’s Men  akan bersiaran pada 29 Mac hari Jumaat, jam 1.15.

Ikuti rancangan di slot global iaitu Women Leaders bermula hari isnin 4 Mac, jam 12.3o dan  rancangan Ahoy Leipzing bermula 23 Mac pada pukul 4 petang.

Slot Euromaxx menampilkan rancangan Costumes for Venice, slot ini memaparkan kisah pereka fesyen terkenal Horst Raack dan kisah pengembaraannya ke Kota Venice. Racangan ini bersiaran bermula 2 Mac jam 4.30 petang.

Rancangan The Dream Of Eternal Youth akan membawa penonton bersama-sama seorang professor terkemuka membincangkan penyelesaian terbaik dalam mengatasi masalah penuaan. Slot Good in Shape ini akan bersiaran pada 1 Mac, jam 12.30 malam.

 

 

 

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 24 Jul 2024

Gara-Gara Kongsi Ketagihan Berjudi, Menang Wang RM68,000 Sampai Kena Kepung Gangster… Shuib Mohon Maaf

Shuib pun dah mengaku khilaf so, janganlah panjangkan isu ni lagi okay!👀🔥

Hiburan Wed, 14 Aug 2019
Hiburan Sat, 11 Aug 2018

“Tiada Hubungan Istimewa Bersama Puteri” – Faisal

Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin menafikan hubungan istimewa bersama Puteri Aisyah. Hanya sekadar teman biasa sahaja.

Events Thu, 23 May 2019

‘Check In Kampung’ With Media Prima And Samsung Galaxy Squad A

Guys, don’t forget to  spread good deeds in the holy month of Ramadhan with Samsung Squad A

Hiburan Mon, 16 Sep 2019

Dapat Sambutan Hangat…Alif Satar Tak Sabar Nak Turun Padang!

Saya boleh nampak keterujaan penonton yang menyanyikan kesemua lagu sepanjang persembahan!

error: Content is protected !!