Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida March 28, 2019 @ 1:49pm

‘Bukan Jual Mahal…’- Finalis PWM2018 Tolak Tawaran Rakam Single?

Finalis Pencarian Wanita Melayu 2018, Nadja Liza Mustafa mengaku menerima tawaran daripada Hot Sound Records untuk merakamkan single pada tahun lalu.

Finalis top 12 ini ketika ditemui di Pencarian Wanita Melayu 2019 (PWM 2019) semalam memberitahu bukan mahu ‘jual mahal’ tetapi dia perlu sedikit masa mempersiapkan diri dari segi mental.

“ Dengan kehadiran ramai penyanyi baharu masa kini, saya perlu berikan sesuatu yang berbeza daripada yang ada.

“ Bukan sengaja menolak peluang yang datang cuma saya belum bersedia. Lirik dan lagu sudah siap cuma saya perlukan sedikit masa untuk buat persiapan akhir sebelum masuk studio,” katanya kepada XTRA.

Nadja yang juga merupakan usahawan tudung memberitahu dia ada menerima tawaran berlakon daripada beberapa buah syarikat produksi.

“ Saya pernah berlakon sebelum menyertai PWM 2018 iaitu dalam drama popular Dunia Baru 3. Ramai orang cakap wajah saya nampak seperti pelakon Almy Nadia. Dari situ saya mula menerima tawaran berlakon.

“ Walau bagaimanapun, saya mahu mencuba nasib dalam bidang nyanyian dahulu berbanding lakonan. Saya tidak boleh bolot semua kerana saya juga perlu beri perhatian kepada produk tudung saya,” akhirinya.

Sementara itu, wanita berusia 31 tahun ini memilih konsep balada untuk single pertamanya yang dijangka keluar pada Jun nanti. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 13 Dec 2019

Ahmad Dhani Keluar Penjara 28 Disember, Mahu Fokus Jadi Ahli Politik

Ahmad Dhani dilaporkan akan lebih aktif dalam bidang politik berbanding di pentas nyanyian selepas dibebaskan nanti.

Hiburan Tue, 16 Jul 2024

“Tutup Pintu Hatiku & Ku Buang Rasa Cinta Terhadap Manusia”- Bekas Isteri Pertama Datuk Red

Semoga Allah beri kekuatan kepada Datuk Red dan bekas isteri pertamanya ❤️

#tilljannah Fri, 13 Jan 2023
Hiburan Thu, 28 Nov 2024
Hiburan Mon, 26 Aug 2019

Siapa Yang Cemburu Dan Ugut Elizabeth Tan?

Ada orang cemburu dan mahu menyimbah asid ke muka Elizabeth Tan.

Hiburan Tue, 9 Apr 2019

Simpan Foto Lucah, Bintang Korea Ini Bakal Berdepan Tindakan Mahkamah!

Pihak berkuasa Seoul kini sedang meneliti foto-foto berkenaan dan buat masa ini Jung Joon Young telah ditahan.

Hiburan Wed, 31 Dec 2025

Individu Pertahan Aidil Zafuan, Rita Rudaini Cabar Tunjuk Bukti Bayar Nafkah Anak

Rita meminta agar resit bayaran nafkah didedahkan secara terbuka bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada umum

Featured Wed, 14 Sep 2022
error: Content is protected !!