Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal April 21, 2019 @ 11:21am

Video Pergaduhan Dua Pelajar Kolej Vokasional Tular

Seorang pelajar vokasional di sini menjadikan tasik rekreasi kolejnya sebagai gelanggang tinju manakala rakan-rakannya yang lain hanya mampu melihat menyebabkan seorang lagi pelajar dipukul hingga tidak berdaya.

Pergaduhan pada Khamis lepas itu dirakam oleh seorang pelajar menggunakan telefon pintarnya yang kemudian dipaparkan dalam talian sehingga menjadi tular.

Punca pergaduhan dua pelajar lelaki yang kedua-duanya berumur 16 tahun itu masih tidak dapat dipastikan.

Rakaman video itu menunjukkan seorang pelajar yang memakai seragam kolej hanya melihat pergaduhan itu tanpa cuba untuk meleraikan keadaan. Dia hanya menjadi pihak pendamai selepas serangan terakhir pada lutut pelajar terbabit.

Berikutan pergaduhan yang tular dalam talian itu, ibu bapa mangsa membuat laporan polis hari ini.

Ketua Polis Labuan Supt Muhamad Farid Ahmad memberitahu Bernama bahawa siasatan kejadian itu sedang dilakukan.

Beliau berkata mangsa berada di balai polis semasa laporan dibuat dan kenyataannya diambil untuk siasatan lanjut.

“Kami masih belum mendapat butiran lengkap kejadian itu daripada pihak berkuasa kolej dan kami ingin menasihati orang ramai supaya tidak berkongsi rakaman video itu di mana-mana platform media sosial.

“Mangsa telah memberikan kerjasama, kami akan mendapatkan suspek untuk soal siasat,” katanya.- BERNAMA

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 13 Dec 2023
Hiburan Tue, 11 Nov 2025
Hiburan Tue, 15 Jul 2025
Featured Sat, 22 Oct 2022
Featured Wed, 9 Nov 2022

[VIDEO] Kongsi Foto Di Restoran Gordon Ramsay, Netizen Dakwa Shuib & Anak-Anak Keluar Makan Dengan Watie? – “Ada Pantulan Camerawoman Kat Belakang Tu”

Wowwwww family dinner ke ni? Dah kantoi kali keberapa ni? Hihi apapun min doakan yang terbaik saja untuk Shuib

Featured Thu, 24 Nov 2022

Anwar Ibrahim Perdana Menteri Ke-10, Syed Saddiq Zahirkan Ucapan Tahniah

Terjawab sudah penantian selama lima hari berkenaan siapa Perdana Menteri kesepuluh Malaysia. Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk dilantik menjadi Perdana Menteri. Sehubungan dengan […]

Featured Wed, 2 Nov 2022

“Dia Beritahu Apa Saya Patut Buat…” – Pernah Alami Depresi, Alyph Dedah Sifat Caprice

Sebab tu kita tak boleh judge orang sebelum mengenali mereka…

error: Content is protected !!