Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 2, 2019 @ 10:17am

‘You Senang Jadi Artis, Ada ‘Kabel’ Besar’- Arena Iman Nafi Guna Status Bapa Lonjak Nama!

Bergelar kepada anak komposer terkenal Iman Wan bukan tiket mudah buat Finalis Pencarian Dewi Remaja 2018/19, Arena Iman menempatkan diri sebagai selebriti.

Sejak kecil, Arena Iman atau nama sebenarnya Arena Wan Mun-Yo memaklumkan dirinya sentiasa diajar mendapatkan sesuatu atas usaha sendiri.

“ Ramai yang datang jumpa saya beritahu ‘You senang jadi artis, ada ‘kabel’ besar’ sedangkan orang tidak tahu saya tidak pernah sesekali menggunakan pengaruh bapa sebagai seorang komposer dikenali.

“ Saya tidak mahu harapkan bapa dalam melonjakkan nama dalam dunia seni. Atas sebab itu, saya rajin menghadirkan diri ke casting lakonan untuk mencuba nasib. Sejak kecil, ayah mengajar saya untuk berusaha tanpa mengharapkan ‘kabel’ dimaksudkan,” katanya kepada XTRA.

Dalam perkembangan lain, Arena Iman turut dipilih menjadi duta produk kecantikan Syahirah Korean Secrets selama dua tahun

Tambah Arena yang mahir bermain alat muzik seperti gamelan, piano, gitar dan ukelele, dia juga berhasrat tampil dengan sebuah single tidak lama lagi.

“ Perancangan itu ada memandangkan saya memang minat menyanyi. Saya pernah berbincang dengan ayah sama ada saya sudah bersedia untuk masuk ke studio rakaman. Ayah pun bagi ‘green light’ lebih-lebih lagi selepas saya menyertai Dewi Remaja musim lalu.

“ Jika ada peluang saya mahu merakam sebuah lagu berentak ala Kpop kerana ia sesuai dengan karakter diri,” akhirinya.

Wartawan: SGMS Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 3 Apr 2025

[VIDEO] AG Azmeer Bantu Pemuda Terkandas Di R&R Buat Ramai Sebak

AG Azmeer bantu pemuda terkandas di R&R motosikal rosak

Hiburan Mon, 19 Mar 2018

何念兹写真书《念你在身边》上架半个月销售破万

「大马女神」Michiyo何念兹第一本写真书《念在你身边》于3月1日推出;上架在短短的半个月,目前已是第三刷,销售量破一万本,好成绩也让她晋升「性感女神」不败的地位。

Hiburan Tue, 22 May 2018

Syabas! Festival Martabat Warisan Bangsawan Jelajah Lapan Negeri

Teater Bangsawan Dendam Laksamana yang pernah dipentaskan tahun lalu akan menampilkan wajah-wajah lama dan juga baharu. Gandingan segar tahun ini membariskan pelakon antaranya Nadia Aqilah Bajuri, Hairi Safwan, Asmidar, Jay Iswazir, Anwar Rusdini, Fitri, Naque Ariffin, Nazurah, Tria Aziz, Ucop, Azman Hassan dan ramai lagi.

Hiburan Tue, 24 Feb 2026

MAY, Sofea, Bloodshed & Ramai Lagi Himpun Peminat Dalam ‘Rock Car Park 2026’

Konsert Rock Car Park bakal menggegarkan Kuala Lumpur pada 9 Mei 2026!

Hiburan Tue, 20 Dec 2022
Trending Hari Ini Mon, 1 Jun 2020
Hiburan Fri, 6 Oct 2023
error: Content is protected !!