Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Fas May 15, 2019 @ 1:24pm

‘Tugas Saya Bukan Buka Aib Restoran’- Naz Rahman JJCM

Pengacara Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) Naz Rahman mengaku sentiasa berhati-hati sepanjang tujuh tahun mengendalikan program berkonsep travelogue itu.

Naz atau nama sebenarnya Nazrudin Rahman memberitahu dia perlu berhati-hati setiap kali membuat ulasan mengenai restoran dikunjungi kerana bimbang menjejaskan periuk nasi pemilik.

“ Setiap manusia memiliki citarasa tersendiri yang mana kalau saya rasa sedap belum tentu orang lain rasa sedap.

“ Tugas saya sebagai pengacara bukan untuk buka aib restoran tetapi perlu mengolah juadah yang dihidangkan dalam cara dan nada tepat.

“ Ini kerana saya sedar, apa yang saya sebutkan ketika membuat review tentang sesebuah restoran bakal memberi impak. Silap hari bulan jika tersalah sebut ia mungkin boleh menjejaskan periuk nasi peniaga. Oleh itu saya sangat berhati-hati ketika mengulas,” katanya kepada Xtra ketika ditemui di ruang legar utama Suria KLCC sempena pelancaran dekorasi Raya bertemakan ‘Semurni Ikatan, Seindah Lebaran’ hari ini.

Dalam perkembangan lain, Naz turut berkongsi program JJCM juga bakal memasuki musim baharu bermula Oktober depan.

“ JCM sudah berubah konsep di mana program ini lebih menekankan mengenai kesihatan bersama komuniti sambil menjamu selera.

“ Dalam masa sama, konsep JJCM juga adalah untuk mengelakkan pembaziran. Jika dulu saya akan makan 10 hingga 12 jenis menu untuk setiap restoran, kini JJCM akan memilih juadah terbaik sahaja,” akhirinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 27 Feb 2024
Hiburan Tue, 4 Nov 2025

Nur Fazura Berserah Soal Jodoh Pada Takdir – “Yang Sayang Saya & Fatima, Faham Agama.. Itu Saya Doakan”

Fazura berkata setiap doa yang dipanjatkan hanyalah untuk kebaikannya dan Fatima

Hiburan Wed, 9 May 2018

Tak Mampu Beli Tiket, Peminat Ed Sheeran Patah Kedua Belah Kaki

Gara-gara ingin menonton persembahan Ed Sheeran dengan lebih dekat, sanggup memanjat bumbung …

Hiburan Tue, 5 Feb 2019

‘Malaysia Tolong Buka Mata’- Amylea Mohon Bakat Kaer Azami Tak Dipandang Sepi

Malaysia, wake up! Betul apa kata Amylea tu…sayang sekali kalau orang berbakat besar macam Kaer tak dapat perhatian ramai.

Hiburan Wed, 27 Mar 2019

AfroJr and J.M3’s ‘Friendzone’ EP is All About Self Love

Two singers from different genres united with a meaningful tracklist.

Events Mon, 27 Aug 2018

What a Great Year to Celebrate #KitaPunya Merdeka!

Our 61st independence day feels like a brand new one.

Bulan Madu Mon, 14 Jul 2025
error: Content is protected !!