Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Enal May 18, 2019 @ 1:26pm

Aizat Amdan Cipta Lagu Untuk Arwah Ayah

Penyanyi Aizat Amdan mengaku kesedihan dialaminya selepas pemergian bapa tercinta pada bulan lalu masih terkesan pada dirinya.

Aizat ketika ditemui di majlis pelancaran muzik video single Angin Lalu turut berkongsi kesedihan itu dalam lagu ini yang disifatkan sebagai sebuah naskan berbeza dari sebelum ini.

“ Lagu ini untuk arwah ayah. Saya tidak boleh nafikan sampai sekarang saya masih bersedih dengan kehilangannya.

“ Saya tidak mampu menipu diri sendiri untuk hasilkan lagu berkisar cinta atau menggembirakan buat masa ini kerana rasa kehilangan itu masih menebal.

“ Ayah merupakan penyokong terbesar semenjak penglibatan saya dalam dunia seni. Sudah tentu saya tak akan lupa dengan mudah segala jasa yang telah dicurahkan,” kata Aizat yang mula belajar menerima hakikat kehilangan terbesar ini.

Single Angin Lalu ciptaan Aizat Amdan, Mel Ramlan dan Anas Amdan mula dilancarkan sejak 26 April lalu. Lebih menarik, sebuah filem pendek dihasilkan dalam projek single mengangkat tema kehilangan ini.

Kata Aizat lagi, impak ketiadaan bapanya mula lebih dirasai selepas beberapa bulan arwah bapanya pergi.

“ Ramai kenalan arwah datang bercerita tentang kebaikan yang membuatkan saya lebih kenal selepas pemergiannya.

“ Saya cukup tersentuh mendengar perkongsian cerita rakan-rakannya yang bercerita mengenai kebaikan arwah. Saya berharap arwah bangga dengan apa yang saya sampaikan dalam lagu Angin Lalu yang mana arwah akan tetap menjadi inspirasi saya sampai bila-bila,” akhiri Aizat.

Bapa kepada penyanyi Aizat Amdan iaitu Datuk Amdan Mat Din meninggal dunia kerana angin ahmar pada 9 Januari lalu.

Sebelum ini, Aizat juga pernah menghasilkan lagu ‘Harapan Jadi Nyata’ yang diilhamkan daripada sajak yang ditulis bapanya pada pertengahan tahun lalu. Al-Fatihah…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 3 Jun 2026

“Selamanya Manja Dari Kecil” – Noniswara Imbau Kembali Keadaan Erysha Emyra ‘Rapuh’ Di Hospital, Hilang Selera Hingga Perlu Dipaksa Makan

Noniswara berkata Erysha seorang anak yang manja dan sentiasa disuap makan oleh keluarga tersayang. 

Featured Mon, 23 Mar 2026

Setahun Tak Berani Lalu Terowong Sunway Pyramid, Muaz Zabir Imbau Trauma Kehilangan Ayah Tercinta

Kata Muaz, meskipun sudah 7 tahun perisitiwa hitam itu berlaku, namun kehadiran susuk itu masih dirasai kerana bapanya adalah figura penting dalam keluarga.

Hiburan Thu, 12 Sep 2019

Penangan ‘Azura’ Dalam Hidup Dato’ Jamal Abdillah

Siapa ingat Zack dan Azura, angkat tangan!

Hiburan Fri, 5 Apr 2024
Featured Sat, 6 May 2023

Kes Baru Pasangan Selebriti Hadir Mahkamah Untuk Bercerai?

Makin banyak kes pasangan selebriti yang nak bercerai 🥹🥵 Siapalah agaknya kali ni… hmm.. semoga semua urusan baik baik saja

Hiburan Wed, 30 Apr 2025
Hiburan Wed, 26 Dec 2018

Kahwin Dengan Afieq Shazwan? Nanti Dulu Lah…

Wani memberitahu Afieq ada merancang untuk datang ke Jakarta bagi menyaksikan persembahannya di pentas DAA 4, sebelum ini.

error: Content is protected !!